Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SCHONGAUER, MARTIN | Schongauer, Martin (1450?1491), salah seorang pelukis Jerman yang bekerja keras sebagai pengukir. Dia menjadi pengukir yang paling mahir di Eropah pada tahun 1470-an dan tahun 1480-an. Karyanya sangat mempengaruhi pelukis muda, terutamanya Albrecht Dürer, dan ditiru secara meluas di kebanyakan negara. Lukisan Martin Schongauer yang paling mashyur ialah Virgin in the Rose Arbor (1473) dan mural yang besar, iaitu Last Judgement (kira-kira tahun 1491) di Bréisach. Ukirannya yang paling terkenal ialah The Death of Virgin Mary, The Temptation of Saint Anthony, dan Christ Bearing the Cross. Martin Schongauer lahir dan bekerja di Columer, Alsace (kini Perancis). | UMUM | |
KEMPAS | Kempas. Sejenis pokok yang sangat besar dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana berat. | PERTANIAN | Flora dan Fauna |
|
Tesaurus |
---|
| keras | 1. Bersinonim dengan kuat ( kukuh, teguh, tegap, liat, ) (adjektif:) Berantonim dengan lembut
2. Bersinonim dengan bersungguh-sungguh ( giat, tekun, tekal, ceka, nekad, tabah, sepenuh hati, penuh minat, ) (adverba:) Berantonim dengan sambil lewa
3. Bersinonim dengan tegas ( teguh pendirian) (adjektif:) Berantonim dengan tolak ansur
4. Dalam konteks kawalan bersinonim dengan ketat, rapi, (adjektif:) Berantonim dengan longgar
5. Dalam konteks penyakit bersinonim dengan teruk, tenat, berat, payah, yang membahayakan, (adjektif:) Berantonim dengan ringan
6. Bersinonim dengan hebat ( kuat, gagah, berani, ) (adjektif:) Berantonim dengan lemah
7. Dalam konteks angin bersinonim dengan kencang, deras, kuat, laju, (adjektif:)
8. Dalam konteks suara bunyi bersinonim dengan nyaring, kuat, (adjektif:) Berantonim dengan lembut, lunak
9. Dalam konteks kata-kata bersinonim dengan kesat, kasar, tidak sopan, biadap, (adjektif:) Berantonim dengan lembut
10. Bersinonim dengan berpuaka ( berhantu, berpenunggu, ) (kata kerja:)
11. Dalam konteks minuman bersinonim dengan memabukkan, beralkohol, (kata kerja:)
12. Dalam konteks kritikan bersinonim dengan pedas, tajam, (adjektif:)
| Kata Terbitan : berkeras, mengeras, mengerasi, mengeraskan, terkeras, kekerasan, pengerasan, |
|
|