Kata |
Takrif |
Sumber |
kawalan kredit | (Eko) kawalan yg dikenakan terhadap sistem perbankan bagi mengawal jumlah pinjaman, khususnya dlm pemberian pinjaman dan overdraf; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kawalan pemindahan data(data transfer control) | Ciri kawalan yang biasanya terdiri daripada maklumat kawalan, format bingkai data, dan peraturan berjabat tangan, supaya data dapat dikirim dan diterima dengan selamat tanpa sebarang ralat. | Kamus Komputer |
kawalan suap balik(feedback control) | Kawalan sistem yang mengirim semula sebahagian daripada isyarat output kembali ke bahagian input. Kawalan suap balik membolehkan isyarat output yang tidak sejajar diselaraskan kembali secara automatik kepada aras isyarat yang dikehendaki. | Kamus Komputer |
mesin tiket automatik(automatic ticketing machine) | Mesin kawalan berkomputer atau kawalan mikropemproses yang mencetak dan mengeluarkan tiket secara automatik apabila wang dimasukkan ke dalam mesin atau apabila diperintahkan oleh pengendali mesin. | Kamus Komputer |
misil | senjata yg dilancarkan utk menuju ke sasarannya secara kawalan jarak jauh atau kawalan automatik: ~ balistik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
misil | senjata, spt peluru, roket, yg dilancarkan utk menuju ke sasaran secara kawalan jarak jauh atau kawalan automatik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sampukan(interrupt) | 1. Isyarat kawalan khas yang memberitahu pemproses utama supaya berhenti mengerjakan tugas yang sedang dibuatnya dan melompat ke suatu kawasan ingatan tertentu. Ini adalah untuk menjalankan tugas kawalan tertentu apabila sesuatu peristiwa kawalan terjadi. 2. Ciri pengendalian sistem yang membolehkan proses tak segerak dikelolakan. | Kamus Komputer |
kawalan mutu | pemeriksaan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan utk menjamin atau memastikan barangan yg dihasilkan atau perkhidmatan yg diberikan itu mematuhi piawai mutu yg telah ditetapkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kawalan | usaha mengawal (menjaga, mengawasi); hasil mengawal: ~ keselamatan akan dijalankan di sepanjang pantai. ~ mutu pemeriksaan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan utk menjamin atau memastikan barangan yg dihasilkan atau perkhidmatan yg diberikan itu mematuhi piawai mutu yg telah ditetapkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kawalan mutu | pemeriksaan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan utk menjamin atau memastikan barangan yg dihasilkan atau perkhidmatan yg diberikan itu mematuhi piawaian mutu yg ditetapkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
control | n 1. power, kuasa: the area is under the ~ of rebels, kawasan itu di bawah kuasa pemberontak; 2. means of regulating, restraining, kawalan: parental ~, kawalan ibu bapa; ~ of traffic, kawalan lalu lintas; ~ on imports, kawalan thdp import; good voice ~, kawalan suara yg baik; 3. self-restraint, mengawal diri; 4. (usu in pl) device by which a machine etc is operated, alat kawalan: the ~s are simple to operate, alat kawalan itu mudah dikendalikan; ~ panel, panel kawalan; ~ box, kotak kawalan; 5. standard of comparison used in experiment etc, kawalan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
clamp | ~ down on, mengetatkan kawalan: to ~ down on corruption, mengetatkan kawalan thdp amalan rasuah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
clamp-down | n kawalan ketat: the government has ordered a ~ on tax evasion, kerajaan telah memerintahkan kawalan ketat dikenakan thdp pengelakan cukai. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
curb | n 1. chain or strap attached to horses bit, kekang(an), kendali; 2. check, restraint, kawalan, mengawal; (on feelings, appetites) kekangan, kawalan: a ~ on foreign imports, kawalan ke atas import asing; these laws act as a ~ on corruption, undang-undang ini merupakan kekangan thdp rasuah; /put, keep/ a ~ on, mengekang, mengawal: he kept a ~ on his temper, dia mengekang kemarahannya; 3. (US) kerb, susur jalan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
guard | ~ of honour, kawalan kehormatan; catch so. off ~, sso tdk bersedia utk: his question caught me off ~, saya tdk bersedia utk menerima soalannya itu; /keep, stand/ ~ over /so., st/, mengawal /sso, sst/; mount (a) ~, berkawal; on ~, berjaga, berkawal: there is always a soldier on ~ at the door, di pintu itu sentiasa ada askar yg berkawal; on os ~, berjaga-jaga: youve always got to be on your ~ when he is around, kamu hendaklah sentiasa berjaga-jaga apabila dia ada; put so. on his ~, membuat sso berjaga-jaga; under ~, dikawal: the remand prisoner was under close ~, orang yg ditahan itu dikawal rapi; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ground control | n kawalan darat. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
flood control | n kawalan banjir. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dual-control | adj kawalan /duaan, dual/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
budgetary control | n kawalan belanjawan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
birth control | n kawalan kelahiran. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
motor control | kawalan motor | Sains Sukan | Biomekanik | Kajian berkaitan dengan postur dan pergerakan manusia serta mekanisme yang mengawal kedua-duanya. Kajian ini menjelaskan cara berlakunya organisasi semua proses yang terlibat dalam mekanisme kawalan pergerakan. Kawalan ini dicapai menerusi interaksi semua jenis lakuan motor yang mampu dihasilkan oleh sistem biologi. Lihat juga lakuan motor. |
electronic engine control system | sistem kawalan enjin elektronik | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Sistem pengurusan dan kawalan enjin yang terdiri daripada modul kawalan elektronik, penderia, suis dan penggerak. Sistem ini menerima isyarat input dari pelbagai penderia lalu diproses oleh modul kawalan elektronik dan menghasilkan isyarat output. Isyarat ini seterusnya dihantar ke penggerak untuk mengawal sistem pencucuhan, sistem suntikan bahan api, sistem kawalan pancaran dan sebagainya. |
knock sensor | penderia ketukan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Penderia yang mengesan letupan dalam kebuk pembakaran dan menghantar isyarat kepada modul kawalan elektronik atau modul kawalan rangkaian kuasa. Keadaan ini menyebabkan modul kawalan elektronik menghantar isyarat kepada sistem pencucuhan untuk merencat pencucuhan seketika sehingga letupan berakhir. |
control of importation | kawalan pengimportan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Kawalan yang dikenakan terhadap produk import. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR), hanya produk berdaftar yang boleh diimport oleh syarikat yang mempunyai lesen import yang sah. |
Nox control module | modul kawalan Nox | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Kawalan pencucuhan elektronik yang dipasang pada kenderaan dengan kawalan enjin. Tujuannya untuk mengubah suai ciri pe masaan pencucuhan enjin bagi mengurangkan pancaran Nox. |
pest control | kawalan perosak | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Kawalan yang dikenakan terhadap sebarang organisma yang menyebarkan penyakit, membawa penyakit atau menyebabkan kerosakan. Kawalan perosak bertujuan untuk mengawal, mencegah, memusnah, melemah, menghalau atau mengurangkan jumlah makhluk perosak. Antara contoh perosak ialah bakteria, virus, kulat, rumpai, serangga, tikus atau burung. |
control of supply | kawalan pembekalan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Kawalan yang dikenakan ke atas pembekalan produk dan kosmetik herba. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR), seseorang hanya boleh membekal sebarang produk sekiranya produk tersebut ialah produk berdaftar dan memiliki lesen yang bersesuaian dan sah. Kosmetik pula perlu dinotifikasikan, bagi membolehkan kosmetik ini dibekalkan. Namun, peraturan pemilikan lesen tidak tertakluk kepada peruncit untuk membekal sebarang produk. |
control of sale | kawalan penjualan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Kawalan yang dikenakan ke atas penjualan produk dan kosmetik herba. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR), seseorang hanya boleh menjual sebarang produk sekiranya produk tersebut ialah produk berdaftar dan memiliki lesen yang bersesuaian dan sah. Kosmetik pula perlu dinotifikasikan, bagi membolehkan kosmetik ini dijual. Namun, peraturan pemilikan lesen tidak tertakluk kepada peruncit untuk menjual sebarang produk. |
closed-loop control | kawalan lingkaran tertutup | Sains Sukan | Biomekanik | Mekanisme kawalan motor manusia yang boleh dipengaruhi oleh maklum balas sensori terkini yang diterima. Mekanisme kawalan ini melibatkan jenis pergerakan yang perlahan dan berterusan. Contohnya, seorang tekong yang ingin melakukan servis perlu mengubah suai tindakannya bergantung kepada lambungan bola daripada pemain apit. |
control of manufacture | kawalan pengilangan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Kawalan yang dikenakan ke atas pengilangan produk dan kosmetik herba untuk tujuan penjualan. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR), seseorang hanya boleh mengilang sebarang produk sekiranya produk tersebut ialah produk berdaftar dan memiliki lesen yang bersesuaian dan sah. Kosmetik pula perlu dinotifikasikan, bagi membolehkan kosmetik ini dikilangkan. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
kawal | kawalan kawalan; | kedayan | |
Kamus Sains.indb atau motor yang belum disambung pada mesin atau beban. Contohnya, alat pemanas atau motor yang mengendalikan sesuatu kelengkapan. (KEJ) applied ecology (ekologi gunaan) Kajian tentang pengurusan hidupan liar, pemuliharaan hutan, kawalan biolo- gi, perusahaan haiwan, kawalan pencemaran dan berbagai-bagai aspek lagi. (BIO) applied force (daya kenaan/daya gunaan) Daya luar yang dikenakan terhadap jasad. Daya kenaan menyebabkan jasad itu bergerak atau cenderung untuk bergerak. Daya
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd ini memberikan laluan melalui port rangkaian pada hos yang dijangkiti untuk dicapai apabila diperlukan. Contohnya, perisian Back Orifice merupakan perisian pintu belakang yang boleh dipasang oleh pengguna hasad untuk memberikannya kawalan jarak jauh dan capaian kepada sistem komputer dengan hak pentadbir sistem. Perisian Back Orifice ini diklasifikasikan sebagai kod hasad dan boleh dikesan oleh kebanyakan antivirus. Sinonim pintu jebak. pintu jebak Br. bahagian depan tak dipercaya (UFE); Id. bagian depan tak terpercaya) Aplikasi antara muka pengguna yang dipasang untuk membolehkan pengguna mencapai data dari pangkalan data. Aplikasi ini tidak melakukan sebarang kawalan terhadap hak capaian pengguna dan kandungan data yang ingin dicapai. bangunan pintar (Ig. smart building; Br. bangunan pintar; Id. bangunan pintar) Bangunan yang dilengkapi litar khas untuk membolehkan penghuni bangunan
|
Kamus Thai 2.indb แน ่ นหนารอบบ ้ านของเขา Dia membina pagar yang kukuh di keliling rumah- nya. 2 ketat: รัฐบาลจัดให ้ มีการคุ ้ มกันอย ่ าง แน ่ นหนาที่ สนามบินในวันที่ บุชเดินทางมาถึง Kerajaan mengadakan kawalan yang ketat di lapangan terbang pada hari ketibaan Bush. แนบ [nε:p] ว 1 (เอกสาร) melampirkan: ฉันแนบรูปถ ่ ายสองใบพร ้ อมกับจดหมายฉบับนี ้ Saya melampirkan dua keping foto ber- sama-sama perenggan, paragraf ย ่ อหย ่ อน [-y:n] ว longgar: ผู ้ คนจำนวน มากถือโอกาสขนของหนีภาษีเพราะการควบคุม ที่ เขตแดนย ่ อหย ่ อน Ramai orang mengam- bil kesempatan menyeludup barang- barang kerana kawalan di pintu sem- padan sangat longgar. ยอก [y:k] tertusuk: เขาเดินเขยก ๆ เพราะเท ้ าเขาถูกหนามยอก Dia berjalan terdengkot-dengkot kerana kakinya tertusuk duri. ยอกย ้ อน [-y:n] ก berbelit
|
Kamus Thai 2.indb ttaya:] น psikologi, ilmu jiwa: เขาเป็นนักศึกษาสาขาวิชาจิตวิทยา Dia pelajar jurusan psikologi. จำนอง จิต Kamus Thai 2.indb 110 4/15/2008 11:05:48 AM จ 111 จิตสำนึก [-samnk] น kawalan diri: ถึงแม ้ คุณพ ่ อจะอายุมากแล ้ วแต ่ จิตสำนึกของ ท ่ านยังดีอยู ่ Sungguh pun ayah sudah berusia, namun kawalan dirinya masih baik. จิตรกร [citrak:n] น pelukis: เลโอนาโด ดาวินซีเป็นจิตกรเอกของโลก Leonardo da Vinci merupakan pelukis teragung dunia. จิตรกรรม [citrakam] น seni lukis: จ ิตรกรรมฝาผนังในวัดไทยมีชื่ อเส ี ยงมาก Seni lukis pada |
Kamus Thai 2.indb sedikit. เล็ดลอด [-l:t] ก menyusup: คนร ้ าย ไม ่ สามารถเล็ดลอดเข ้ าประเทศมาเลเซียได ้ เพราะ มีการควบคุมอย ่ างเข ้ มงวด Penjenayah tidak dapat menyusup masuk ke Ma- laysia kerana kawalan yang ketat. เลน [le:n] น lumpur เล ่ น [len] ก bermain: เด็ก ๆ กำลังเล ่ น ฟุตบอลอยู ่ ในสนาม Budak-budak sedang bermain bola sepak di padang. เล สำเหนียกในคำชี้ แนะของคุณแม ่ เขาเสมอ Dia sentiasa mendengar nasihat ibunya. สำออย [sam:y] ก merengek-rengek: เด็กคนนั้ นสำออยให ้ พ ่ อซื้ อรถบังคับ Budak itu merengek-rengek meminta ayahnya membelikan kereta kawalan jauh. สำอาง [sama:] น kosmetik, alat solek สิ [si]ว -lah: ช ่ วยอ ่ านจดหมายให ้ หน ่ อยสิ Tolonglah bacakan surat ini. สิง [si
|
Kamus Thai 2.indb rumah teres. กักตัว [-tu:a] ดู กักกัน กักตุน [-tun] ก menyorokkan: ร ั ฐบาล ห ้ ามพ ่ อค ้ าก ั กตุนสินค ้ าควบคุม Kerajaan melarang pekedai menyorokkan barang kawalan. กักขฬะ [kakkla] ว kasar, biadab กัง [ka] น beruk กั ้ ง [ka] น udang lipan กังขา [kaka:] ก meragui, mencurigai กังฉิน [kaci n] ว tidak jujur กังฟู [kafu |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
kawalan | [ka.wa.lan] | کاولن |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
kawalan | control | Tindakan yang diambil untuk memastikan faktor-faktor luaran tidak mempengaruhi eksperimen yang dijalankan. | Menengah Rendah |
kawalan biologi | biological control | Kawalan terhadap haiwan perosak dengan menggunakan organisma lain yang merupakan pemangsa semula jadi kepada perosak tersebut. Contohnya, kutu daun dikawal dengan menggunakan kumbang kura-kura yang memakan kutu tersebut. | Menengah Rendah |
kawalan biologi | biological control | Kawalan perosak dengan menggunakan organisma lain yang merupakan musuh semula jadi kepada perosak tersebut berdasarkan konsep mangsa-pemangsa. | Menengah Atas |
mekanisme kawal atur | regulatory mechanism | Sistem kawalan persekitaran dalaman untuk mengekalkan kestabilan sesuatu bahan, dan diselenggara dalam keadaan yang terbatas walaupun keadaan persekitaran luaran berubah. | Menengah Atas |
ventilasi udara | air ventilation | Pergerakan, pengaliran dan kawalan kualiti udara dalam tempat tertutup. | Menengah Rendah |
peparu besi | iron lung | Peranti mekanikal yang membolehkan pesakit bernafas apabila otot kawalan yang normal menjadi lumpuh atau sistem pernafasan pesakit terjejas. | Menengah Atas |
penyakit Parkinson | Parkinsons disease | Penyakit gangguan saraf kronik yang mengakibatkan kekurangan kawalan ke atas pergerakan, kurang keseimbangan dan koordinasi. | Menengah Atas |
faktor pewarisan | hereditary factor | Faktor yang menentukan komponen ciri sesuatu bahan secara kawalan genetik. Contohnya, faktor yang menentukan tekstur rambut dan warna kulit. | Menengah Atas |
|
Tesaurus |
---|
| kawal (kata kerja) | Bersinonim dengan jaga, awas, ronda, tunggu, kelola, pelihara, bela, didik, perintah,
tadbir, kuasai, arah, kemudikan, laksana, bimbing, pimpin, tunjuk ajar,
ketuai, pandu, iring, temani, kendali, selenggara, amati;, | | Kata Terbitan : berkawal, mengawal, terkawal, kawalan, pengawalan, pengawal, |
|
|