Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Khidmat Nasihat ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Istilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v1.0Bahasa Sukuan v2.0Daftar Rumi-Jawi(Beta)
Kata Takrif Sumber
bimbing; berbimbing ada yg memimpin; berpegang tangan; berpimpin: Seorang ibu tua telah datang ~ ke pusat pembuangan undi. berbimbingan 1 saling berpegang tangan; bergandingan. 2 bekerjasama; bantu-membantu. membimbing 1 memegang tangan utk memandu; memimpin; menuntun: Seorang pegawai di pusat pembuangan undi telah ~ ibu tua itu ke kotak undi. 2 ki memberikan petunjuk (asuhan, penjelasan dsb); mengasuh; melatih: Dia sendirilah yg ~ anak-anaknya sehingga mereka mencapai kejayaan. bimbingan 1 kata pendahuluan; kata pengantar. 2 petunjuk ttg cara melakukan sesuatu; pimpinan: kelas ~. pembimbing 1 orang yg membimbing; penuntun. 2 sesuatu yg digunakan utk membimbing (spt buku-buku tertentu).Kamus Pelajar Edisi Kedua
bimbing; berbimbing; ~ tangan berpegang (tangan), berpimpin, berpandu: ~ tanganlah ia dgn gadis itu; berbimbingan, berbimbing-bimbingan; ~ tangan a) berpegangan tangan; b) bekerjasama; membimbing 1. memegang tangan dan memandu, memimpin: ia segera keluar ~ anaknya yg rupa-rupanya sakit; 2. ki memberi petunjuk (huraian dll), memimpin: keperluan besar utk ~ pelajar-pelajar sastera ialah buku-buku tentang hakikat puisi dan pengulas-pengulas sajak; agama Islam ~ manusia ke jalan yg benar; bimbingan perbuatan membimbing (memberi petunjuk, huraian, dll), pimpinan: mereka belajar muzik di bawah ~ seorang guru muzik yg terkenal; pembimbing orang yg membimbing, pemandu.Kamus Dewan Edisi Keempat
bimbingberbimbing ada yg memimpin; berpegang-tangan; berpimpin: Seorang ibu tua telah datang ~ ke pusat pembuangan undi. berbimbingan 1. saling berpegang tangan; bergandingan. 2. bekerjasama; bantu-membantu. membimbing 1. memegang tangan utk memandu; memimpin; menuntun: Seorang pegawai di pusat pembuangan undi telah ~ ibu tua itu ke kotak undi. 2. ki memberikan petunjuk (asuhan, penjelasan dsb); mengasuh; melatih: Dia sendirilah yg ~ anak-anaknya sehingga mereka mencapai kejayaan. bimbingan 1. kata pendahuluan; kata pengantar. 2. petunjuk ttg cara melakukan sesuatu; pimpinan: kelas ~. pembimbing 1. orang yg membimbing; penuntun. 2. sesuatu yg digunakan utk membimbing (spt buku-buku tertentu dsb).Kamus Pelajar
murabbiAr orang yg mendidik atau mem­bimbing, pendidik, pembimbing: tugas lain yg perlu ditangani ialah melatih imam dan khatib agar mampu menjadi ~ yg berkesan dlm masyarakat.Kamus Dewan Edisi Keempat
penyinarki yg memberikan harapan, se­mangat dsb: ibu tua itulah yg menjadi pem­bimbing, teman dan ~ hidupnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
sinarpancaran cahaya (sesuatu yg berkilau): pagi pun tibalah bersama ~ matahari; ~ alfa (Fiz) sj sinar bercas positif yg terdiri drpd nukleus helium; ~ beta (Fiz) sj sinar bercas negatif yg terdiri drpd elektron; ~ gama (Fiz) sj sinar yg bertenaga tinggi; ~ kosmos (Fiz) sinar dr ruang angkasa yg bertenaga tinggi (lazimnya terdiri drpd proton, elektron, dll); ~ mata a) cahaya yg tajam dr mata (ketika marah dll); b) kelipan mata; ~-semi­nar mengeluarkan cahaya yg gilang-gemilang, memancar-mancar; bersinar, menyinar 1. mengeluarkan sinar, memancarkan (cahaya): matahari ~ mene­rangi alam; ~ titisan air matanya di pipi; 2. ki berseri atau harum namanya dll: kali ini pasti ucapannya akan disiarkan dan akan ~lah tokohnya kelak; bersinar-sinar memancarkan sinar yg gi­lang-gemilang, memancar-mancar, sinar-­seminar: lampu yg ~ bergemerlapan meng­hiasi malam; menyinari 1.memancarkan cahaya kpd, menerangi, menyuluhi: tubuh badannya te­rang-benderang kerana disinari oleh cahaya bulan itu; 2. ki mengajar makhluk Allah (manusia, dll) supaya dapat melihat kebenar­an-Nya: al-Quran itu ~ alam ini supaya tidak kegelapan; menyinarkan memancarkan (mengham­burkan) sinar: matahari telah pun ~ cahaya­nya; sinaran 1. sinar; 2. (Fiz) pancaran dan rambatan gelombang, spt cahaya atau bunyi, yg menghantar tenaga melalui ruang atau medium lain; ~ elektromagnet rambatan tenaga yg dihasilkan oleh getaran medan elektrik dan medan magnet, mis gelombang radio dan X-ray; 3. (Fiz) aliran zarah, spt zarah alfa, beta, gama, elektron dan neutron; penyinaran perbuatan menyinarkan atau menyinari; penyinar ki yg memberikan harapan, se­mangat dsb: ibu tua itulah yg menjadi pem­bimbing, teman dan ~ hidupnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bimbing