Kata |
Takrif |
Sumber |
kendali | Jw 1. kekang; 2. tali kekang (kang); peluru ~ peluru berpandu; mengendalikan 1. mengenakan kekang: ~ kuda; 2. mengekang, menahan (hawa nafsu, kenaikan harga barang, dll), menguasai, mengawal (pasukan dsb): sungguh banyak sekali manusia yg lemah dan tidak dapat ~ dirinya utk menahan hawa nafsu; 3. mengurus(kan), mentadbir(kan), mengawal perjalanan: engkau mesti mempelajari cara-cara ~ pertubuhan; beliau akan ~ syarikat tersebut bersama-sama dua orang lagi; terkendalikan dapat (berupaya) dikendalikan: persaingan yg tidak ~; kendalian 1. bahagian dlm sesuatu bidang kerja: kerja-kerja percetakan adalah ~ terakhir dlm proses penerbitan; 2. hasil perbuatan mengendalikan; pengendalian perihal mengendalikan (mengekang, menguasai, mengurus, dll); ~ harga pengawalan harga (supaya tidak dinaikkan dgn sesuka hati); pengendali pemimpin, pengurus, pentadbir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kendali | tali yg dipasang pd kepala kuda utk mengemudikannya; tali kekang. mengendalikan 1 memasang atau mengenakan kendali. 2 menahan hawa nafsu dll; mengekang. 3 mentadbirkan sesuatu persatuan dll; mengurus; memimpin. kendalian yg dikendalikan; hasil mengendalikan: Persatuan ~nya telah berjaya meningkatkan pendapatan para anggota. pengendalian perbuatan atau hal mengendalikan; pengurusan: Graf itu menunjukkan kecekapan ~ ladang dgn modal yg terbatas. pengendali 1 orang yg mengendalikan. 2 alat yg digunakan utk mengendalikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kendali | tali yg dipasang pd kepala kuda utk mengemudikannya; tali kekang. mengendalikan 1. memasang atau mengenakan kendali. 2. menahan hawa nafsu dll; mengekang. 3. mentadbirkan sesuatu persatuan dll; mengurus; memimpin. kendalian yg dikendalikan; hasil mengendalikan:Persatuan ~nya telah berjaya meningkatkan pendapatan para anggota. pengendalian perbuatan atau hal mengendalikan; pengurusan:Graf itu menunjukkan kecekapan ~ ladang dgn modal yg terbatas. pengendali 1. orang yg mengendalikan. 2. alat yg digunakan utk mengendalikan. | Kamus Pelajar |
kekang | 1. besi bergerigi yg dikenakan pd mulut kuda (utk mengendalikannya), kendali; 2. = tali ~ tali drpd kulit dll utk mengendalikan kuda; 3. ki sesuatu (spt undang-undang dll) yg digunakan utk mencegah keburukan (kejahatan dll), larangan: terdapat ~ yg akan menimpa perkembangan bahasa; ~ yg mengikat mereka sudah tidak ada lagi; mengekang 1. menarik tali kekang (utk memberhentikan kuda); 2. ki menyekat, menahan atau mencegah (hawa nafsu, kejahatan, dll), melarang, memberangus (surat khabar): seakan-akan ada sesuatu kekuasaan yg ~ kebebasannya; ~ hawa nafsu; ~ kemerdekaan akhbar; terkekang dihentikan (kuda yg berlari), terkendali, tertahan, tercegah (kejahatan, hawa nafsu, dll); pengekangan perihal atau perbuatan mengekang (hawa nafsu dll); kang II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peluru kendali | peluru berpandu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aksara kendali(operational character) | Aksara tertentu yang digunakan sebagai unsur kawalan untuk memulakan, mengubah suai, atau memberhentikan proses. | Kamus Komputer |
tali kang (kekang, kendali, tum) | tali utk mengemudikan kuda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cais | ark tali kekang, kendali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengendalikan | 1 memasang atau mengenakan kendali. 2 menahan hawa nafsu dll; mengekang. 3 mentadbirkan sesuatu persatuan dll; mengurus; memimpin. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terkekang | dihentikan (kuda yg berlari), terkendali, tertahan, tercegah (kejahatan, hawa nafsu, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
bridle | vt 1. put a bridle on, memasang /kekang, kendali/ pd; 2. curb, restrain, mengekang, mengawal: he managed to ~ his temper, dia dapat mengekang kemarahannya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bridle | n 1. headgear for a horse etc, kekang, kendali: he put the ~ on the horse, dia memasang kekang pd kuda itu; 2. st that curbs or restrains, pengekang; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
curb | n 1. chain or strap attached to horses bit, kekang(an), kendali; 2. check, restraint, kawalan, mengawal; (on feelings, appetites) kekangan, kawalan: a ~ on foreign imports, kawalan ke atas import asing; these laws act as a ~ on corruption, undang-undang ini merupakan kekangan thdp rasuah; /put, keep/ a ~ on, mengekang, mengawal: he kept a ~ on his temper, dia mengekang kemarahannya; 3. (US) kerb, susur jalan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
rein | n 1. (often in pl) straps for controlling a horse, tali kekang; (for restraining a child) kendali: he pulled hard on the ~s and the horse stopped, dia menarik tali kekang dgn kuat dan kuda itu berhenti; 2. (in pl) means of controlling, /teraju, tampuk/ /pemerintahan, kuasa/: she assumed the ~s of power following the revolution, dia memegang tampuk kuasa berikutan revolusi itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
run | (in card games) berturut-turut: the ~ of the stock market has been upward, kecenderungan pasaran saham menaik; the ~ of the cards favoured him, daun yg berturut-turut menguntungkannya; 10. quantity of a product produced in one period of time, jumlah [sst] sekali kendali: the factory decided to have a trial ~ of 100,000, kilang itu memutuskan utk mengeluarkan jumlah keluaran sekali kendali sebanyak 100,000 secara percubaan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
chirographic control | kendali tulis | kendali tulis | kendali tulis | Kesusasteraan |
authorial control | kendali pengarang | kendali pengarang | kendali pengarang | Kesusasteraan |
control bus | bus kendali | bas kendali | bas kendali | Kejuruteraan |
attitude control | kendali atitud; kendali perilaku | kawalan atitud | kawalan atitud | Aeroangkasa |
gain control | kendali laba, kendali peroleh | kawalan gandaan | kawalan gandaan | Kejuruteraan |
manual control | kendali manual | kawalan manual/kendali manual | kawalan manual/kendali manual | Komunikasi Massa |
ACR (approach control radar) | Radar Kendali Sua (RKS) | radar kendali sua | radar kendali sua | Kejuruteraan Kapal Terbang |
file handle | kendali berkas | pengendali fail | kendali fail | Teknologi Maklumat |
self-control | kendali/kawal diri | Tiada | kawal diri/kendali diri | Sosiologi |
AGC (Automatic Gain Control) | Kendali Tambah Otomatis (KPO) | kawalan tambahan outomatik | kendali tambah outomatik | Kejuruteraan Kapal Terbang |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
fixed operating expenses | belanja kendali tetap | Pentadbiran | Tiada | Perbelanjaan kendali syarikat yang tetap, tidak bergantung kepada jualan atau pengeluaran. |
products and completed operation insurance | insurans keluaran dan kendali lengkap | insurans | Tiada | Perlindungan kepada insured terhadap masalah tuntutan yang akan timbul daripada penjualan, penghasilan, pengurusan atau pengedaran barang keluarannya. Tuntutan dilindungi hanya setelah barang keluaran dijual dan dipindah milik. Bahagian kendali lengkap dalam polisi insurans ini pula menyediakan perlindungan terhadap tuntutan yang timbul hasil daripada kendalian yang telah dilengkapkan oleh atau untuk insured atau yang telah ditinggalkan oleh insured yang dinamakan. Pengeluar biasanya membeli perlindungan ini, manakala kontraktor membeli perlindungan kendali lengkap. |
products and completed operation insurance | insurans keluaran dan kendali lengkap | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perlindungan kepada pihak yang diinsuranskan terhadap masalah tuntutan yang akan timbul daripada penjualan, penghasilan, pengurusan, atau pengedaran barang keluarannya. Tuntutan dilindungi hanya setelah barang keluaran dijual dan dipindah milik. Bahagian kendali lengkap dalam polisi insurans ini pula menyediakan perlindungan terhadap tuntutan yang timbul hasil daripada kendalian yang telah dilengkapkan oleh atau untuk pihak yang diinsuranskan atau yang telah ditinggalkan oleh pihak yang diinsuranskan yang dinamakan. Pengeluar biasanya membeli perlindungan ini, manakala kontraktor membeli perlindungan kendali lengkap. |
operation | kendali/operasi | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
foot-operated | kendali kaki | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |
operate | mengoperasikan;kendali | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
operate | mengoperasikan;kendali | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
chirographic control | kendali tulis | Kesusasteraan | Tiada | Tulisan tangan dalam naskhah yang menggunakan sistem-sistem tertentu. |
interoperability | saling kendali | Teknologi Maklumat | Tiada | Keupayaan menggandingkan satu sistem dengan satu sistem yang lain. |
operating handle | gagang kendali | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd yang tinggi. Sinonim kawalan aliran maklumat. kawalan aliran maklumat (Ig. information flow control) Lihat kawalan aliran data. kawalan capaian biometri (Ig. biometric access control; Br. kawalan capaian biometrik; Id. kontrol/kendali akses biometrik) Penentuan capaian kepada suatu sistem yang diberikan kepada pengguna setelah pengesahan melalui kaedah biometri dilakukan. kawalan capaian mandatori (Ig. mandatory access control (MAC); Br. kawalan capaian mandatori (MAC); ld. kontrol/ kendali akses mandatori) Fungsi keselamatan dalam sistem pengendalian untuk membolehkan kawalan capaian dibuat oleh pihak berkuasa dan Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 50 6/6/11 4:01:42 PM 51
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
kendali | [ken.da.li] | کندالي |
|
|