Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah MABBIMIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v1.0Bahasa Sukuan v2.0Kamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)Glosari Sains Untuk Sekolah
Kata Takrif Sumber
pimpingsj tumbuhan (rumput spt gelagah yg batangnya tidak berongga dan digunakan utk batang kalam, joran, dll), Themeda gigantea; bagai ~ di lereng prb orang yg berpendirian tidak tetap; lampai bagai ~ di lereng, lemah bagai lenggundi muda prb puji-pujian ter­hadap perempuan yg cantik potongan badan­nya; kesat daun ~ prb lemah tetapi memba­hayakan; kesat-kesat daun ~, kalau kesat daun labu boleh dicelur prb orang miskin dan tidak berilmu yg tidak berguna tetapi jika berperangai baik ada juga faedahnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
kesat1 tidak licin; kasar apabila diraba: Kulit ikan pari ~ tetapi kulit ikan sembilang licin. 2 menyakiti hati (bkn kata-kata atau ucapan); kasar (perkataan): Dia mengeluarkan kata-kata yg ~ kpd kami. mengesat menggosok atau menyapu supaya kering (bersih drpd habuk dll): Dia ~ peluh di dahinya. mengesatkan menggunakan sesuatu (kain, kertas tisu dsb) utk mengesat: Kakak ~ kain buruk pd kaki kerusi itu. pengesat sesuatu yg digunakan utk mengesat: ~ tangan; ~ kaki.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kesat1. tidak licin, kasar (apabila diraba), kering (tidak lembap): kulitnya yg halus dan segar mulai beransur-ansur ~ dan layu, sebab sentiasa bekerja berat dlm panas; 2. ark tidak lembik (bkn tubuh), keras: tubuhnya ~; 3. yg menyakiti atau menimbulkan kemarahan, keras atau kasar (bkn kata-kata seseorang atau sesuatu perkataan): kata-kata ~ yg dikeluarkan oleh jirannya itu menghilangkan kesabarannya; ~ daun pimping, kalau ~ daun labu boleh dicelur prb orang yg miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang-orang yg bijak pandai, tetapi kalau baik kelakuannya ada juga faedahnya; ~-~ daun pimping prb perihal orang yg lazimnya lemah tetapi pd masa-masa yg tertentu berlaku keras juga; bertunggal ditarah ~ diempelas prb, Mn sudah diselesai­kan dgn sempurnanya (perselisihan atau pertelingkahan); mengesat 1. menyapu-nyapu atau meng­gosok supaya kering: budak itu menggeleng-geleng sambil ~ air matanya; ~ peluh; ~ darah; 2. bp menyapu-nyapu (menggosok) kerana membersihkan sesuatu (drpd habuk, kotoran, dll); pengesat; ~ kaki sesuatu yg dibuat drpd sabut (getah dll) tempat mengesat kaki; ~ tangan kain (sapu tangan, kertas, dll) utk mengesat tangan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kesat1. tidak licin; kasar apabila diraba:Kulit ikan pari ~ tetapi kulit ikan sembilang licin. 2. menyakiti hati (bkn kata-kata atau ucapan); kasar (perkataan):Dia mengeluarkan kata-kata yg ~ kpd kami. mengesat menggosok atau menyapu supaya kering (bersih drpd habuk dll):Dia ~ peluh di dahinya. pengesat sesuatu yg digunakan utk mengesat: ~ tangan; ~kaki.Kamus Pelajar
sagat, = penyagat benda bergerigis tajam yg digunakan utk memarut ubi dll. menyagat 1 memarut (ubi dll) dgn menggunakan sagat. 2 meng­gosok kuat-kuat dgn benda kesat supaya bersih, licin dll. menyagatkan menggosokkan (benda bergerigis, ben­da kesat) pd sesuatu supaya bersih, licin dll: Dia ~ bahagian yg bergerigis itu pd kukunya supaya licin.Kamus Pelajar Edisi Kedua
licin I1. tidak kesat (rambut yg disapu minyak dsb), berlendir (menyebabkan mudah ter­gelincir): rambutnya disisir ~; 2. tidak meng­gerutu (cermin, kaca, dll), sama rata (sesuatu permukaan dll), halus; 3. tidak ditumbuhi apa­apa (kepala yg botak, betis yg tidak berbulu, dll); 4. ki habis sama sekali (harta dll), habis langsung; 5. pandai menipu atau memperdaya (orang lain), pandai memutarbelitkan per­kataan orang, licik: apa yg kita mahu ialah satu tipu muslihat yg ~ spt yg dilakukan oleh Tengku Anum di negeri Siam; 6. pandai melarikan diri (pencuri, penyeluk saku, dll), tidak mudah tertangkap: pencuri yg ~; 7. tidak tergendala (perjalanan, sesuatu kerja, dll), berjalan lancar: perniagaannya berjalan dgn ~; ~ (ber)dalik Kl tidak ada lagi yg tinggal (harta), habis langsung; ~ kening = ~ dahi manis muka (perempuan); ~ lecat terlalu licin; ~ licau licin sekali, safan-safa; ~ moner Kl tidak ada yg tertinggal lagi (harta, wang, dll); ~ tandas habis, tidak berbaki lagi (wang dll); ~ bagai basuh perahu prb menderita kerugian; melicinkan 1. menjadikan licin (tidak kesat, berlendir dan mudah tergelincir): gunakan minyak kelapa hijau yg dimasak harum utk ~ rambut; 2. menjadikan sesuatu (permuka­an) licin (dgn mengetamnya dsb): dia meng­gosok kemejanya utk ~nya; 3. menjadikan (menyebabkan sesuatu rancangan dsb) berjalan dgn lancar, melancarkan: mereka mengambil semua langkah bagi ~ perjalanan upacara itu; memperlicin menjadikan lebih licin: ~ perjalanan pemerintahan; kelicinan 1. perihal atau keadaan licin (tidak kesat, berlendir dan mudah tergelincir): ~ jalan raya itu telah menyebabkan banyak kemalangan berlaku; 2. perihal atau keadaan licin (sama rata, tidak menggerutu, dsb): ~ pipi yg empuk akan hilang apabila tua; 3. perihal (keadaan dsb) berjalan dgn licin (lancar), kelancaran: ~ pentadbiran kerajaan akan terganggu sekiranya sentimen politik dicampuradukkan dgn tugas sehari-hari; 4. kepintaran (menipu atau memperdaya orang lain), perihal licin (dlm perlakuan atau tindak­-tanduknya): kecurangan Tuai Kancu yg menipu anak-anak buahnya melalui kekuasaan dan ~nya mendapatkan wang drpd jalan yg mudah; pelicinan perihal (proses) melicinkan sesuatu; pelicin benda (minyak, sabun, dll) yg diguna­kan utk melicinkan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
bahasa kesatbahasa kasar yg digunakan utk percakapan atau tulisan yg menyakitkan hati orang lain apabila mendengar atau membacanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
berkerapukasap, kesat; ®gerapu I.Kamus Dewan Edisi Keempat
kasap Ikesat, tidak licin (spt daun empelas dll); kekasapan perihal (keadaan, rasa dsb) kasap.Kamus Dewan Edisi Keempat
menggerutukasap, kesat, berkerut-kerut (kulit pokok, binatang, dll): paip itu menggerutu spt limau purut; ®kerutu.Kamus Dewan Edisi Keempat
Tesaurus
 
kesat (adjektif)
1. Bersinonim dengan kasap: kasar, seregai, menggerutu, berkerut-kerut, bergerapu,

2. Dalam konteks kata-kata
bersinonim dengan kasar, keras, pedas, tajam,

Kata Terbitan : mengesat, pengesat,

Puisi
 

Kain buruk tepi perigi,
     Budak-budak kesat belanga;
Hari ni saya pergi,
     Tunggu tuan di taman bunga.



Lihat selanjutnya...