Kata |
Takrif |
Sumber |
menyambalewa | tidak sungguh-sungguh (dlm melakukan sesuatu), sambil-sambilan, sambil lewa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sambalewa | (sambaléwa) = menyambalewa tidak sungguh-sungguh (dlm melakukan sesuatu), sambil-sambilan, sambil lewa; menyambalewakan melakukan sesuatu tidak dgn sungguh-sungguh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sambil lewa | tidak bersungguh-sungguh (mengerjakan sesuatu dll), sambil-sambilan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sambil lewa | tidak sungguh-sungguh membuat sesuatu: Bersawah padi bukanlah suatu pekerjaan yg dpt dibuat sambil ~ saja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
beretorik | berpidato, berbicara dsb dgn menggunakan bahasa yg muluk-muluk (tetapi biasanya tidak didasari keikhlasan yg sungguh-sungguh) yg bertujuan utk menarik perhatian serta mempengaruhi pemikiran pendengar: pertubuhan tersebut tidak lagi boleh bergerak secara sambil lewa dan banyak ~; kita tidak perlu ~ dgn teori ekonomi yg muluk-muluk yg langsung tidak difahami oleh rakyat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lewa | /léwa/; sambil ~ tidak sungguh-sungguh membuat sesuatu: Bersawah padi bukanlah suatu pekerjaan yg dpt dibuat sambil ~ saja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lewa I | (léwa); sambil ~ tidak bersungguh-sungguh (mengerjakan sesuatu dll), sambil-sambilan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
retorik | (rétorik) 1. (Lin) kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dlm penulisan atau pertuturan; 2. seni menggunakan atau memakai bahasa yg indah dan menarik utk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar, seni berpidato; 3. pertuturan atau tulisan yg menggunakan bahasa atau kata-kata yg indah atau muluk-muluk utk mempengaruhi pemikiran pendengar; 4. berkaitan dgn, penuh dgn atau menggunakan bahasa atau kata-kata yg indah atau muluk-muluk utk mempengaruhi pemikiran pendengar: kita tidak boleh terlalu ~ hingga hilang pegangan dan hanya bercakap tentang cabang tanpa menyedari pokok sebenarnya sudah reput; dia menyifatkan ucapan belanjawan itu penuh isi dan tidak ~ selain bahasa mudah yg digunakan; soalan ~; beretorik berpidato, berbicara dsb dgn menggunakan bahasa yg muluk-muluk (tetapi biasanya tidak didasari keikhlasan yg sungguh-sungguh) yg bertujuan utk menarik perhatian serta mempengaruhi pemikiran pendengar: pertubuhan tersebut tidak lagi boleh bergerak secara sambil lewa dan banyak ~; kita tidak perlu ~ dgn teori ekonomi yg muluk-muluk yg langsung tidak difahami oleh rakyat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
flippant | adj marked by frivoulousness, sambil lewa: her answer was too ~, jawapannya terlalu sambil lewa. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
flip | adj (colloq) sambil lewa, sambalewa: dont be so ~ about your mothers misfortunes, jangan bersikap sambil lewa thdp nasib malang ibumu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
perfunctory | adj done without care or interest, sambil lewa, jangan tidak: the customs inspection was carried out in a ~ manner, pemeriksaan kastam dijalankan dgn sambil lewa saja. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
levity | n sikap /acuh tak acuh, sambil lewa/: his ~ on that occasion was completely out of place, sikap acuh tak acuhnya pd masa itu sungguh tak kena pd tempatnya; this is no time for ~, ini bukan masanya utk bersikap sambil lewa. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
levity | n sikap /acuh tak acuh, sambil lewa/: his ~ on that occasion was completely out of place, sikap acuh tak acuhnya pd masa itu sungguh tak kena pd tempatnya; this is no time for ~, ini bukan masanya utk bersikap sambil lewa. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
flippancy | n sikap sambil lewa: her ~ hurt Johans feelings, sikap sambil lewanya menyinggung perasaan Johan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
casual | adj 1. accidental, secara kebetulan: a ~ meeting, pertemuan secara kebetulan; 2. without specific purpose, biasa: a ~ conversation, perbualan biasa; 3. indifferent, nonchalant, bersahaja: a ~ glance, pandangan yg bersahaja; a ~ manner, gaya yg bersahaja; 4. informal, kasual, bersahaja: ~ wear, pakaian kasual; 5. unmethodical, careless, sambil /lewa, lalu/; (of person), (bersikap) sambil lewa: ~ inspection, pemeriksaan sambil lewa; 6. not permanent, sambilan: ~ labourers, buruh-buruh sambilan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
lie 2 | ~ down, berbaring: she is feeling ill and has gone to ~ down, dia berasa tdk sihat lalu pergi berbaring; take st lying down, menerima sst dgn tdk melawan: how can you take her rude remarks lying down, macam mana kamu boleh terima kata-kata kesatnya dgn tdk melawan; ~ down on the job, bekerja sambil lewa: he warned the workers not to ~ down on the job, dia memberikan amaran kpd pekerja-pekerja supaya tdk bekerja sambil lewa; ~ face down, berbaring /menelangkup, meniarap/: to ~ face down on the bed, berbaring menelangkup di atas katil; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
lie 2 | ~ down, berbaring: she is feeling ill and has gone to ~ down, dia berasa tdk sihat lalu pergi berbaring; take st lying down, menerima sst dgn tdk melawan: how can you take her rude remarks lying down, macam mana kamu boleh terima kata-kata kesatnya dgn tdk melawan; ~ down on the job, bekerja sambil lewa: he warned the workers not to ~ down on the job, dia memberikan amaran kpd pekerja-pekerja supaya tdk bekerja sambil lewa; ~ face down, berbaring /menelangkup, meniarap/: to ~ face down on the bed, berbaring menelangkup di atas katil; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
frivolous | adj 1. a. (of person), (light-hearted, fun-loving and silly) gemar bersuka-suka; (not serious, flippant) tdk serius, semberono: a serious man who could not stand ~ women, lelaki serius yg tdk tahan dgn perempuan yg gemar bersuka-suka; when asked about her future plans she suddenly laughed and became ~, apabila ditanya ttg rancangan masa depannya, dia tiba-tiba ketawa dan menjadi tdk serius; b. (of remark, criticism, etc) semberono, sambil lewa, sambalewa: ~ replies, jawapan-jawapan semberono; 2. silly and trifling, a. (of activity) semberono: she made it plain that, for her, going to parties was a ~ way of spending os time, dia menyatakan dgn jelas bahawa, baginya, menghadiri majlis merupakan cara semborono utk sso menghabiskan masa; b. (of object) remeh-remeh. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
political apathy | apati politik | Sejarah | Tiada | Sifat yang memperlihat ketidaksuaian dalam arena politik yang dilakukan secara sambil lewa sahaja dan tidak serius dalam sebarang tindakan. |
potboiler | karya periuk nasi | Kesusasteraan | Tiada | Karya khas yang ditulis dalam keadaan terdesak untuk menyara hidup penulisnya. Karya ini diolah sambil lewa oleh pengarangnya untuk memenuhi minat orang ramai, tanpa mementingkan mutu dan nilainya. Salah satu contoh karya klasik ialah novel falsafah yang berjudul Rasselas (1759), ditulis oleh S. Johnson. Novel ini ditulis dalam jangka masa seminggu, dan keuntungan jualannya digunakan untuk membiayai perbelanjaan pengebumian ibunya serta menjelaskan hutang piutang ibunya. Contoh dalam sastera Arab ialah al-Madaih oleh al-Mutanabbi. Karya ini mengisahkan Sayf al-Dawlah al-Hamadani (Raja Pemerintah). |
surface rising fish | ikan timbul | Perikanan | Tiada | Ikan yang bergerak di permukaan air untuk bernafas atau menangkap serangga. Sesetengah ikan akan timbul di permukaan air berulang kali dan berenang sambil lewa atau sepantas kilat. |
accountability deficit | defisit kebertanggungjawaban | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kelemahan atau kekurangan dalam menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada individu atau organisasi pada tahap yang sepatutnya. Individu yang diberikan tanggungjawab, menjalankan tugas secara sambil lewa, lalai, leka dan tidak serius seperti melepaskan batuk di tangga. Defisit ini boleh berlaku kerana kelemahan individu seperti etika kerja yang lemah, tamak, ego, kurangnya pendidikan dan penghayatan nilai-nilai murni, tidak bersikap professional, kurang dedikasi, tidak nampak kelemahan sendiri dan akibat tekanan hidup yang tinggi. Defisit kebertanggungjawaban akan menjejaskan pengurusan dan pencapaian misi serta objektif organisasi, menggugat kepercayaan orang awam serta melemahkan semangat kerja berpasukan. |
red tape | pita merah | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Perkara-perkara yang mengganggu, melambatkan dan menghalang kelancaran pengurusan khususnya dalam konteks pembuatan keputusan birokratik. Biasanya pita merah dikaitkan dengan sikap atau cara kerja kakitangan dalam sesebuah organisasi yang suka melengah-lengahkan kerja dan memberikan lebih perhatian kepada perkara-perkara yang kurang penting, manakala perkara-perkara yang penting dilakukan secara sambil lewa. Keadaan ini boleh menyumbang kepada corak pengurusan dan pentadbiran yang lemah. Pita merah bukan sahaja wujud dalam hal ehwal pentadbiran kerajaan, tetapi juga wujud dalam pertubuhan-pertubuhan lain seperti syarikat, agensi dan NGO. Pita merah juga dikenali sebagai kerenah birokrasi. |
burlesque | burlesque | Kesusasteraan | Tiada | Gaya penulisan atau persembahan yang meniru suatu gaya penulisan atau persembahan yang lain dengan tujuan mempersendakannya. Ada dua jenis burlesque iaitu burlesque tinggi dan rendah. Ciri utama kedua-dua burlesque iaitu burlesque tinggi dan rendah. Ciri utama kedua-dua burlesque ini ialah ketidakserasian antara isi dengan gaya. Burlesque tinggi memaparkan perkara remeh-temah dengan menggunakan gaya tinggi dan halus. Contoh burlesque tinggi dalam persembahan drama ialah The Rehearsal oleh George Viliers, sementara contoh dalam penulisan ialah The Rape of the Lock oleh Alexandera Pope. Burlesque rendah pula memaparkan perkara yang serius dengan gaya yang kasar dan sambil lewa. Contoh burlesque rendah dalam pementasan drama muzikal ialah Springtime for Hitler yang dirancang untuk filem Mel Brooks bertajuk The Producers. Contoh dalam penulisan novel ialah Nightmare Abbey oleh Thomas L. Peacock yang mempersendakan gaya novel gotik. Lihat juga novel gotik. |
|
|