Kata |
Takrif |
Sumber |
lalak | ; melalak menjerit kuat-kuat; menangis kuat-kuat. terlalak-lalak dlm keadaan menjerit-jerit dgn kuat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melalak | menjerit kuat-kuat; menangis kuat-kuat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menekan | 1. mendesak kuat-kuat, menindih kuat-kuat: ia terus ketawa terbongkok-bongkok ~ perut; 2. ki memperkuda, memeras, menggencet, menindas: undang-undang yg spt ini hanyalah sbg senjata bagi golongan pemodal utk ~ golongan miskin; 3. ki menghentikan (sesuatu) dgn paksaan, mencegah, menge-kang: matanya sedikit basah, tetapi ia berhasil ~ perasaannya; 4. ki mengadakan desakan yg keras terhadap, mengasak, mendesak (hingga menyusahkan): askar kita sedang ~ pasukan pertahanan musuh dgn keras; atas nama keamanan sejagat, yg gagah ~ yg lemah; 5. ki mendesak keras (supaya), memaksa-maksa: Wan Uma dan kawan-kawannya sedang mengambil langkah-langkah ~ orang ramai supaya menyebelah kepadanya; 6. ki = menekankan mengatakan sesuatu dgn keras (kuat), mengeraskan (pengucapan): Jali ~-nekan suaranya; 7. ki menghimpit-himpit dan menyusahkan, menyesalkan: perubahan ini walaupun sedikit demi sedikit, tetapi terasa benar ~-nekan hidupnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengunjun | menghulurkan (tangan, tali, dll) dan menariknya kembali kuat-kuat, menarik (menyentak) kuat-kuat, merentak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
unjun | sl; mengunjun menghulurkan (tangan, tali, dll) dan menariknya kembali kuat-kuat, menarik (menyentak) kuat-kuat, merentak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menekan | 1 mendesak dr atas kuat-kuat; menindih: Ahli gusti itu telah merebahkan lawannya lalu ~nya kuat-kuat. 2 ki melakukan sesuatu utk menyusahkan orang lain; menindas: Walaupun pegawai tsb tidak tahu bekerja, dia suka sekali ~ orang-orang bawahannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sentak | /séntak/; menyentak menarik kuat-kuat dgn pantas; merenggut; menyentap: Hang Tuah telah ~ keris Taming Sari dr pinggang Hang Jebat. tersentak 1 tertarik kuat-kuat; tercabut. 2 terjaga atau tersedar dgn tiba-tiba. sentakan hal atau hasil menyentak; tarikan keras; renggutan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membanting | 1 menghempaskan sesuatu kuat-kuat ke bawah: Dlm masa cuti penggal lalu, saya menolong ayah ~ padi di sawah. ~ tulang bekerja keras atau bersungguh-sungguh melakukan sesuatu. 2 bergerak atau bergoncang kuat-kuat: Kereta itu ~ apabila melalui jalan yg lekuk-lekuk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
banting | ; membanting 1 menghempaskan sesuatu kuat-kuat ke bawah: Dlm masa cuti penggal lalu, saya menolong ayah ~ padi di sawah. ~ tulang bekerja keras atau bersungguh-sungguh melakukan sesuatu. 2 bergerak atau bergoncang kuat-kuat: Kereta itu ~ apabila melalui jalan yg lekuk-lekuk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tekan | ~ kundai sj hiasan pd kundai (drpd emas dll); bertekan bertumpu dgn tangan pd, bertelekan: Basi membongkok dgn kedua-dua tangan-nya ~ di meja; bersetekan Mn bertekan;menekan 1. mendesak kuat-kuat, menindih kuat-kuat: ia terus ketawa terbongkok-bongkok ~ perut; 2. ki memperkuda, memeras, menggencet, menindas: undang-undang yg spt ini hanyalah sbg senjata bagi golongan pemodal utk ~ golongan miskin; 3. ki menghenti-kan (sesuatu) dgn paksaan, mencegah, menge-kang: matanya sedikit basah, tetapi ia berhasil ~ perasaannya; 4. ki mengadakan desakan yg keras terhadap, mengasak, mendesak (hingga menyusahkan): askar kita sedang ~ pasukan pertahanan musuh dgn keras; atas nama keamanan sejagat, yg gagah ~ yg lemah; 5. ki mendesak keras (supaya), memaksa-maksa: Wan Uma dan kawan-kawannya sedang mengambil langkah-langkah ~ orang ramai supaya menyebelah kepadanya; 6. ki = menekankan mengatakan sesuatu dgn keras (kuat), mengeraskan (pengucapan): Jali ~-nekan suaranya; 7. ki menghimpit-himpit dan menyusahkan, menyesalkan: perubahan ini walaupun sedikit demi sedikit, tetapi terasa benar ~-nekan hidupnya; menekankan 1. menekan dgn sesuatu (pd), menindihkan sesuatu (pd), mendesakkan sesuatu (pd): Kamal ~ kepalanya pd pintu kuat-kuat; 2. mengucapkan kata (suku kata) dgn keras, mengeraskan suara utk menegaskan: ia ~ suku kata yg terakhir; 3. sangat-sangat mementingkan, mengutamakan, menitikberatkan, menegaskan: Menteri Besar itu ~ bahawa semua rakyat drpd semua lapisan keturunan telah bersatu padu; tulisan ini ~ hubungan antara karya novelis-novelis ter-sebut dgn masyarakat; tertekan ditekan, tertindas, tertindih: petani-petani yg sentiasa ~, dicukai berlebihan dan ini telah menimbulkan pemberontakan bersenjata; tertekan-tekan tidak lancar (perjalanan sesuatu), tersangkut-sangkut: Konah menceritakan lagi dgn suara yg agak ~ pula keluarnya;tekanan 1. keadaan atau hasil menekan: ~ darah; ~ udara; 2. sesuatu yg menekan dgn kuat, desakan, paksaan: ia menarik diri dr ~ politik; ditimpa oleh ~ emosi yg mengganggu perjalanan fikiran; 3. = ~ suara = ~ bunyi kata (suku kata) yg diucapkan lebih keras drpd yg lain, pengucapan kata yg dikuatkan: guru menggaris dgn kapur warna di bawah perkataan yg menghendaki ~ suara; 4. sesuatu yg dipentingkan (diutamakan); ~ atmosfera (Fiz) tekanan pd suatu titik di permukaan bumi yg disebabkan oleh berat udara yg berada di atas titik tersebut; ~ darah tekanan pd dinding arteri yg nilainya bergantung pd daya pengepaman jantung, ke-kenyalan dinding arteri, dan juga isi padu serta kelikatan darah; ketertekanan perihal (keadaan) tertekan; penekanan perihal menekan (menekankan); penekan alat dll utk menekan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
aloud | adv kuat-kuat, dgn kuat: read the story ~, baca cerita itu kuat-kuat; /call, cry/ ~, menjerit, memekik: she cried ~ when the boy kicked her, dia menjerit apabila budak lelaki itu menendangnya; say st ~, menyebut sst; think ~, menyatakan /apa-apa yg difikirkan, fikiran/ sso. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
go | b. be less active, tdk bekerja kuat-kuat: he should ~ slow as he is not fully recovered, dia sepatutnya tdk bekerja kuat-kuat oleh sebab dia belum sembuh betul; ~ to it, buat bersungguh-sungguh; be ~ing to, (expressing intention of future action) akan: theyre ~ing to arrest him, mereka akan menangkapnya; I am ~ing to win this time, saya akan menang kali ini; anything ~es, (colloq) apa pun boleh; from the word ~, sejak mula lagi: the project was a failure from | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
hold 1 | ~ down, a. keep down, memegang kuat-kuat: he had to ~ the dog down while the vet gave it an injection, dia terpaksa memegang anjing itu kuat-kuat apabila doktor menyuntik anjing tersebut; b. keep at a low level, mengawal: the government is trying to ~ prices down, kerajaan sedang mencuba mengawal harga; c. suppress, menindas: a nation cannot be held down forever, sst bangsa tdk boleh ditindas selama-lamanya; d. keep, kekal dgn: as he is unreliable, he cant ~ down any job, krn dia tdk boleh diharap, dia tdk boleh kekal dgn sst pekerjaan; ~ os head down, menundukkan kepala; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
hang | ~ on to, a. hold tightly, memegang kuat-kuat; (sos arm, rope, branch, etc) berpaut pd: she held onto the book as though she would never let it go, dia memegang buku itu kuat-kuat seolah-olah dia tdk akan melepaskannya; he hung on to the rope in desperation, dia berpaut pd tali itu dlm keadaan terdesak; b. keep, retain, tdk melepaskan: I am ~ing on to those shares although the value has gone down, saya tdk akan melepaskan saham-saham itu walaupun nilainya telah turun; c. find support in, tempat bergantung: I have nothing to ~ on to since my family deserted me, saya tdk ada tempat bergantung semenjak keluarga saya meninggalkan saya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
grip | vt 1. take hold of, grasp firmly, a. (with hand) menggenggam, memegang kuat, memegang /kuat-kuat, erat-erat/: she ~ped her friends hand warmly, dia menggenggam tangan kawannya itu dgn mesra; the policeman ~ped the thief by the collar, mata-mata tersebut memegang kuat kolar baju pencuri itu; he ~ped the rope with both hands, dia memegang kuat tali itu dgn kedua-dua belah tangannya; b. (with or as if with claws) mencengkam: the tiger ~ped the carcass, harimau itu mencengkam bangkai tersebut; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
hold 1 | ~ on to, a. grasp tightly, /berpegang kuat-kuat, berpaut/ pd: she held on to the ships railing tightly, dia berpaut dgn kuat pd susur kapal itu; b. restrain, menahan: he managed to ~ on to his temper, dia dapat menahan kemarahannya; c. keep in os possession, tdk menjual: he is ~ing on to those shares as the value is increasing, dia tdk menjual syernya krn nilainya sedang meningkat; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bone | ~ up (on st), (sl) belajar (sst) /kuat-kuat, bersungguh-sungguh/: shes boning up on her maths for the exam, dia sedang belajar matematik bersungguh-sungguh utk menghadapi peperiksaan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ingrained | adj 1. worked or fixed deeply into surface, fibre, etc, melekat: hard scrubbing would not remove the ~ dirt, kotoran itu yg melekat tdk akan tanggal walaupun diberus kuat-kuat; 2. deeply rooted, telah berurat berakar; (of habit) sudah mendarah daging: these prejudices are ~ in him, prasangka-prasangka ini telah berurat berakar dlm dirinya; ~ fears, rasa takut yg telah berurat berakar; 3. absolute, utter, betul-betul, benar-benar: an ~ liar, orang yg betul-betul pembohong. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bind | vt 1. fasten, secure, tie, mengikat: they bound him hand and foot, mereka mengikat kedua-dua belah tangan dan kakinya sekali; the captive was bound to a post, tawanan itu diikat pd tiang; to ~ the sticks together with a cord, mengikat batang-batang kayu itu dgn tali; ~ st fast, fasten tightly, mengikatkan sst kuat-kuat: to ~ the rope fast, mengikatkan tali itu kuat-kuat; 2. also ~ up, encircle as with a band, mengikat: she bound her hair with a ribbon, dia mengikat rambutnya dgn reben; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fling | vt 1. hurl, (book, stone, etc) melempar(kan), membaling, melontar(kan); (a short distance and downwards) mencampak(kan): he flung the stone at the dog, dia melempar batu pd anjing itu; he flung his hat into the air, dia melempar topinya ke udara; 2. place or push (st) roughly, mencampakkan: she flung her clothes onto the floor, dia mencampakkan pakaiannya ke lantai; ~ st open, membuka sst kuat-kuat: she flung open the windows and screamed for help, dia membuka tingkap kuat-kuat lalu menjerit meminta tolong; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
etching technique | teknik punaran | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Teknik menggunakan asid kuat dengan menggores permukaan logam bagi melihat struktur permukaan bahan. Contoh asid kuat yang digunakan ialah asid hidroklorik, asid nitrik, dan asid sulfurik. |
aside | aisik kuat | Kesusasteraan | Tiada | Teknik lakonan yang membolehkan pelakon mendedahkan pemikiran dan emosinya tentang watak lain atau sesuatu peristiwa kepada penonton. Pada waktu itu, pelakon lain berada di atas pentas, dan mereka seolah-olah tidak mendengar bisikan kuat itu. Teknik ini digunakan dalam drama Shakespeare, opera Cina, drama Sanskrit, dan bangsawan. Lihat juga senandika. |
knock | ketukan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | 1. Bunyi kuat yang berlaku akibat prapencucuhan dan letupan dalam kebuk pembakaran sehingga menghasilkan pem- bakaran dengan lebih cepat dan tidak terkawal sebelum pembakaran sebenar berlaku. 2. Bunyi kuat yang terhasil akibat lagaan beberapa komponen logam disebabkan oleh galas yang longgar, haus serta berubah-ubah mengikut laju enjin. |
monologue | monolog | Kesusasteraan | Tiada | Pertuturan panjang seorang watak pada dirinya sendiri bagi menyuarakan fikiran dan rasa hatinya. Pertuturan watak biasanya terdapat dalam drama, naratif dan puisi. Monologi boleh berbentuk bisikan kuat, senandika (soliloqui), monolog dramatik dan monolog dalaman. Bisikan kuat ialah pertuturan watak yang hanya dapat didengar oleh penonton manakala senandika ialah percakapan seorang watak untuk meluahkan perasaan dan fikiran kepada dirinya sendiri. Monologi dramatik merupakan percakapan seorang watak bagi menyampaikan pemikiran dan perasaannya terus kepada penonton. Monolog dalaman yang biasanya dikaitkan dengan naratif pula ialah bahagian teks yang mendedahkan pemikiran dalaman seorang watak kepada pembaca secara langsung. Dalam persembahan drama, monolog hanya dituturkan oleh seorang pelakon sahaja. Ujaran To be or not to be oleh Hamlet dalam drama Shakespeare yang berjudul Hamlet (Babak III, adegan i) merupakan contoh monolog dalam bentuk senandika. Dalam sastera Parsi, monolog ditemui dalam Sang-i-Sabur oleh Sabiq Chubak. Contoh monolog dramatik yang biasanya terdapat pada teater tradisional Makyung ialah ungkapan semasa Pakyung memperkenalkan dirinya seperti yang berikut: Yalah tuboh hambo bergelar Raja Bongsu Sakti dari negeri Pelenggang Cahaya. Bonda bernamo Raja Besar. Istilah monolog berasal daripada drama Yunani berjudul Oedipus Rex oleh Sophocles. Monolog menjadi bentuk popular dalam penulisan Barat pada kurun ke-16 dan pada era Elizabeth seperti dalam karya Shakespeare. Lihat juga monolog dalaman, monolog dramatik, senandika. |
mercury vapour lamp | lampu wap raksa | Kimia | Kimia Analisis | Lampu yang diisikan dengan wap raksa pada tekanan tinggi dan apabila dinyahcas menghasilkan spektrum garis yang cukup kuat pada 365,405, 436, 546, 577, 691 dan 773 nm. Apabila ia bertekanan rendah spektrum garis yang kuat pada 254 dan 313 nm dipancarkan. Ia digunakan sebagai sumber sinaran oleh kebanyakan fluorometer mudah. |
thermal | terma | Sains | Tiada | Isi padu udara yang mempunyai keapungan disebabkan ketumpatannya rendah berbanding dengan sekitarnya dan oleh itu ia membumbung. Terma terhasil dalam keadaan pemanasan suria yang kuat di atas tanah dan mengakibatkan kadar tukaran adiabatik di aras bawah. Terma yang kuat bercenderungan berlaku di wilayah yang permukaan buminya lebih panas daripada kawasan sekitarnya; cerun yang menghadap matahari dan bandar merupakan sumber terma yang diakui oleh penerbang gelungsur. Terma terdapat di awan kumulus walaupun selalu wujud tanpa bukti. Cerapan menunjukkan pola tipikal gerakan udara dalam suatu terma ialah halaju menegak maksimum berlaku dalam teras pusat bersama dengan gerakan peredaran (gelang vorteks) menuju ke salah satu tepi terma. Terma membesar apabila bahagian depannya bercampur dengan udara sekitarnya dan kemudian bercampur dengan udara di belakangnya. Jadi, kelebihan suhu dan keapungan terma nisbi terhadap sekitarnya berkurangan secara janjangan. |
amplified speech spectrum | spektrum pertuturan kuat | Sains Kesihatan | Tiada | Bunyi pertuturan berdasarkan frekuensi dan keamatan yang diperkuat dengan menggunakan alat bantu pendengaran. |
fortis | fortis | Sains Kesihatan | Tiada | Bunyi kuat yang disertai aspirasi. |
pica | pika | Perubatan | Psikiatri | Keinginan yang kuat untuk memakan sesuatu yang tidak boleh dimakan, seperti tanah liat, pasir dan kapur. |
polyphagia | polifagia | Perubatan | Psikiatri | Selera makan yang kuat terhadap pelbagai jenis makanan. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
tarabusau | kuat makan ganti nama bagi gergasi supaya orang tersebut gembira/senang hati dan tidak | - | - | - | - | - | Taboo | Iranun |
kedo | kuat dan deras | - | - | - | - | - | - | Bajau |
maikang | cergas, kuat, bertenaga | - | - | - | - | - | - | Murut |
temparik | petir kuat | - | - | - | - | - | Fenomena Alam | Bajau |
reges | arus | mareges kuat arus | - | - | - | - | Binaan Bangunan dan Idea Berasosiasi | Iranun |
oris | sj angin yang kuat dan berpuing-puing | - | - | - | - | - | Bentuk Muka Bumi dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
ganyur | menolak secara mendatar dengan kuat | binganyur-ganyur | saling tolak-menolak | - | - | - | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
kidangan | rasa ingin minum yang kuat, haus | - | - | - | - | - | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
pantung | katak yang boleh mengeluarkan bunyi kuat | - | - | - | - | - | - | Murut |
luwem | genggaman | ngeluwem | mengenggam dengan kuat | - | - | - | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Kenyah -> Cebup |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
sagou | kayuh kuat-kuat; | Melanau Mukah | |
pelahan, pelalahan, pelahan-lahan | perlahan, perlahan-lahan; 1 tidak terburu-buru (tergesa-gesa, cepat-cepat), lambat-lambat: makau ~ berjalan perlahan-lahan; 2 tidak kuat (percakapan, suara), lembut: telabaulah ~ cakaplah perlahan-lahan; 3 tidak dgn tenaga yg banyak, tidak kuat-kuat, sedi | Melanau Mukah | |
kuat | kuat. | kedayan | |
atud | tendang kuat, sepak kuat; | Melanau Mukah | |
sagem | pegang kuat: ~ berangau buweang pegang kuat dahan sialang teman; | Melanau Mukah | |
deraih | kuat; 1 banyak tenaga: anik ngak lakei siyen agei ~ kereja walaupun sudah tua dia masih kuat bekerja; 2 tidak mudah kalah, tumpas, tewas, dsb: tim wak ~ pisak bul pasukan yg kuat main bola; 3 teguh pendirian dsb: a ~ menahan adet a dana orang yg kuat memp | Melanau Mukah | |
mejed | kuat; 1 banyak tenaganya, tidak lemah, tegap: anik puun siyen ngak lakei agei ~ kereja walaupun dia sudah tua masih kuat bekerja; 2 tidak mudah roboh, rosak, patah, putus, dsb, tahan (tidak rapuh dsb), kukuh, teguh: talei itou ~ nda betaih tali ini kuat t | Melanau Mukah | |
kuat | jed [jd] | Melanau Dalat | |
kuat | sudip; ~ nasek sudip nasi; ~ anyi sudip lebah, sudip yg digunakan oleh penjolok sarang lebah; ~ kayou sudip kayu; ~ kawah sudip kawah. | Melanau Mukah | |
adel I | kuat (bkn makan, minum, main, dll): beruteang ~ bila tenageh siyen pelim berhutang kuat, apabila ditagih dia bersembunyi. | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
sirat Ib | jenis cawat yang digunakan oleh golongan lelaki Iban pada zaman dahulu. | Selepas itu isteri Irang teringat kepada sirat suaminya yang diperbuat daripada kain hitam sepanjang lima depa, sebagai sesuatu yang boleh digunakan untuk menyelamatkan diri dan bayinya. Seterusnya sirat itu dihulurkannya ke bawah dan hujung yang sebelah diikatnya kuat-kuat pada lantai. Melalui satu lubang di tengah bilik dia turun dengan menyusuri sirat yang telah diikatkan sambil mendukung erat bayinya. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tengang Ib | sejenis akar; seratnya kuat dan dapat digunakan sebagai benang untuk membuat tali kail, jerat dan jala. | Ikan ditangkap dengan pancing. Talinya diperbuat daripada benang yang didapati dari sejenis akar iaitu tengang. Bubu digunakan di sungai yang besar dan ensenga digunakan di anak sungai. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
embawang Ib | sejenis tumbuhan (pokok dan buahnya yang sangat kuat baunya). | Di sebelah lain, orang Nanga Tiga sibuk menggergajikan pokok embawang, ramin, merbung, tasak, mencantas cabang-cabang, ranting-ranting dan membuang daun-daun lebat. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngangkat abongan Bj Sm | kemuncak tarian runsai hentakan kaki semakin kuat dan rancak mengikut irama. | Tarian runsai tidak menggunakan sebarang alat-alat bunyian, bunyi-bunyi pengiring bagi tarian tersebut cuma timbul dari hentakan kaki dalam Ngangkat abongan dengan diselangi oleh suara kalang yang bertingkah-tingkah dari pihak lelaki dan wanita. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mitatabang Kd, Tb | gotong-royong. | Dengan perpaduan politik yang kuat yang dicapai melalui BN, majlis-majlis kebudayaan seperti Lawatan Tahunan ke Nunuk Ragang harus diberi sokongan penuh, khususnya oleh pemimpin-pemimpin KDM, untuk memperkukuh semangat mitatabang (gotong-royong) dan memperkukuh semangat kekitaan di kalangan masyarakat itu. | Daily Express (Harian Ekspres) | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
seruk MSr | mengundang seseorang menghadiri kenduri dari rumah ke rumah (secara bersemuka), amalan ini lebih menunjukkan hubungan silaturahim yang kuat atara penduduk di sesebuah tempat. | Dan yang paling dia pasti, sama ada pengilan di rumah orang berkahwin, majlis tahlil, majlis doa selamat, niga atau nujuh orang mati, makan hol atau apa-apa sahaja, pendek cerita, seruk sahaja dia akan datang. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kitak Ib, MSr | ganti nama kedua (jamak). | Mun anak tok pande kelak, muak juak kitak," tegas ibuku. Ibuku memang kuat meleter ayahku. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
datang kain MBr | datang bulan. | Dara pun tidak dapat diharapkannya kerana badannya naik subur terlalu cepat. Agaknya kerana dia terlalu kuat makan, fikirnya sejenak. Datang kain ketika berusia sebelas tahun, sebelum sempat ditebuk telinganya. Dewasanya lebih cepat daripada yang diharapkannya dan dijangkakannya juga. | Jambatan Laut China Selatan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
saging Mr | sejenis bakul rotan yg besar dan boleh memuatkan barang yang banyak. | Bila mentua membawa saging menantu sudah faham, beritahu Bauk. Dimisus pula mengakui sejak saging tiba dia perlu bekerja lebih kuat untuk mengumpul wang bagi mengadakan pesta tinau. | 7 Malam Mabuk di Pesta Tinau | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
menaul Ib | helang. | Burung menaul berkata, "Wah, sangat beruntung aku. Sekarang aku mempunyai terompet. Eloklah aku terbang sambil menyanyi dengan seruling ini." Menaul pun menyanyikan lagu, "Kuit, kuit." Semakin tinggi ia terbang semakin kuat pula ia menyanyikan lagu, "kuit. | Cerita-cerita Rakyat Bidayuh | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Parsi.indb لوق )ghowl dādan( نداد لوق )ghavī( ىوق )ghahr( ره َ ـق satelit kedai kuih-muih burung kenari angsa (putih) biri-biri katak, kodok teko teh buku lali pelangi janji berjanji kuat kemarahan satelit confectionary canary swan ram frog teapot ankle rainbow promise to promise strong wrath ره َ ـق هراوهام ،ىعونصم رمق Kamus Parsi.indb 110 5/18/11 9:02
|
Kamus Sains.indb kekisi hablur. (FIZ) acoustic energy flux (fluks tenaga akustik) Fluks tenaga gelombang akustik. (FIZ) acoustic horn (corong akustik) Corong yang digunakan untuk memancarkan atau menerima gelombang bunyi supaya menjadi lebih kuat atau menghala ke arah tertentu. (FIZ) acoustic impedance (impedans akustik) Nisbah tekanan bunyi rencam pada permukaan dengan fluks bunyi yang melalui permukaan dan diukur dalam ohm akustik. Banding acoustic resistance nisbah reaktans akustik) Nisbah antara reaktans akustik bagi satu medium dengan medium yang lain. (FIZ) acoustic reflex (refleks akustik) Penutupan mata sejenak secara tidak sedar kerana rangsangan akustik seperti bunyi kuat yang terjadi secara tiba-tiba. (FIZ) acoustic resistance (rintangan akustik) Bahagian nyata impedans akustik yang biasanya dinyatakan dalam unit ohm akustik. Sinonim acoustical radiation resistance. Banding acoustic impe- dance. (FIZ
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd Id. awagauss) Proses membatalkan data dalam medium magnetik seperti pita atau cakera magnetik yang melibatkan penghapusan medan magnetik dalam medium tersebut. Proses ini dilakukan dengan menjanakan fluks magnetik yang amat kuat untuk menjajarkan caj magnetik pada media. Proses ini dilakukan menggunakan alat penyahgauss. nyahsulitan (Ig. decryption; Br. nyahsulitan; Id. dekripsi) Proses menukarkan kembali teks sifer kepada teks biasa yang asal. Kamus
|
Kamus Thai 2.indb ์ [-kawi:nipon] น puisi บทความ [-kwa:m] น artikel, ren- cana, makalah บทคัดย ่ อ [-katy:] น abstrak บทเจรจา [-ce:raca:] น dialog บทเฉพาะกาล [-capka:n] น bab tempoh kuat kuasa บทนำ [-nam] น pendahuluan บทบรรณาธิการ [-banna:tika:n] น rencana pengarang, lidah pengarang บทบัญญัติ [-banyat] น peruntukan undang-undang บ บก บท Kamus Thai 2.indb 214 4/15 2 bulanan ประจำปี [-pi:] ว tahunan ประจำสัปดาห ์ [-sapda:] ว mingguan ประจุไฟฟ ้ า [pracufaifa:] น cas ประชด [pracot] ก memerli, menyin dir: เขาเปิดวิทยุดังลั่ นประชดลูกที่ ตื่ นสาย Dia membunyikan radio kuat-kuat untuk memerli anaknya yang selalu bangun lambat. ประชวร [pracuan] ก gering: พระราชา องค ์ นั้ นทรงประชวรอยู ่ หลายวันก ่ อนสิ้ นพระชนม ์ Raja itu gering beberapa hari sebelum mangkat
|
Kamus Thai 2.indb ว 1 betul, benar, sangat, amat, sungguh: เขากล ้ าหาญจัง Dia berani betul. 2 (ความผิด) besar, berat, serius: เขาทำผิด อย ่ างจัง Dia melakukan kesalahan be sar. 3 (ตี โจมตี) kuat: ไทสันปล ่ อยหมัดออกไป อย ่ างจัง Tyson melepaskan tumbukan yang kuat. 4 (ถูกระทำ) tepat, teruk: ลูอิสถูกหมัด เข ้ าอย ่ างจัง Luis menerima tumbukan yang tepat. จังก ้ า [caka:] ว tegak siap sedia, tegak siap siaga: ทหารยืนจังก ้ าพร ้ |
Kamus Thai 2.indb markah 2 ber- gabung: ผู ้ เล ่ นทีมเอรวมกับผู ้ เล ่ นทีมบีเพื่ อเป็น ทีมที่ แกร ่ ง Pemain pasukan A bergabung dengan pasukan B untuk membentuk satu pasukan yang kuat. ร ่ วม [ruam] ก menyertai: ศาสตราจารย ์ สมปราชญ ์ ไม ่ สามารถร ่ วมการประชุมปฏิบัติการ รม ร ่ วม Kamus Thai 2.indb 309 4/15/2008 11:11:59 อง Kamus Thai 2.indb 310 4/15/2008 11:12:00 AM ร 311 นั้ นร ้ องเรียกแม ่ ด ้ วยเสียงอันดัง Budak itu memanggil ibunya dengan suara yang kuat. ร ้ องเรียน [-rian] ก mengadukan: ชาว บ ้ านร ้ องเรียนเรื่ องพ ่ อค ้ าขายน ้ ำตาลเกินราคา Penduduk kampung itu mengadukan masalah peniaga menjual gula lebih daripada harga
|
Kamus Thai 2.indb lori sepu- luh roda lalu. กระแทก [kratε:k] ก 1 menumbuk, memukul: เขาโกรธมากเลยใช ้ หม ั ดกระแทก ฝาผน ั งอย ่ างแรง Dia naik radang lalu me numbuk dinding dengan kuat. 2 meng- hempaskan, menghentakkan: คนงานน ั ้ น กระแทกกล ่ องใส ่ โทรท ั ศน ์ ลงก ั บพื้ น Pekerja itu menghempaskan kotak televisyen ke lantai. กระบวนการ [krabuanka:n matian: ชาวแบกแดดกระเสือก กระสนหนีออกจากกรุงแบกแดด Penghuni kota Baghdad bermati-matian lari ke- luar dari kota Baghdad. กระแส [krasε] น arus, aliran: กระแส ประชาธิปไตยในตอนน ั ้นแรงมาก Arus de- mokrasi pada masa itu sangat kuat. กระหน ่ ำ [kranam] ว bertubi-tubi: ชาวนา คนน ั ้ นใช ้ ไม ้ ไผ ่ กระหน ่ ำตีงูเห ่ าต ั วเขื่ องน ั ้ นจนตาย Pesawah memukul |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
kuat-kuat | [kuat.kuat] | قوات٢ |
kuat | [kuat] | قوات |
cegak (kuat) | [cé.ga/] | چݢق |
terkuat | [ter.kuat] | ترقوات |
sekuat | [se.kuat] | سقوات |
dikuatkan | [di.kuat.kan] | دقواتکن |
berkuat | [ber.kuat] | برقوات |
memperkuat | [mem.per.kuat] | ممڤرقوات |
diperkuat | [di.per.kuat] | دڤرقوات |
berkuat-kuatan | [ber.kuat.kua.tan] | برقوات - قواتن |
B.Melayu |
B.Inggeris |
B.Parsi |
Sebutan |
kuat | strong | قوى | ghavī |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
keras | hard | Sifat kuat, kukuh, tidak mudah pecah, tidak mudah bengkok atau berubah keadaannya. | Sekolah Rendah |
besi | iron | Logam yang kuat, berkilat dan mempunyai banyak kegunaan. Besi merupakan konduktor elektrik dan haba yang baik. | Menengah Rendah |
bersin | sneeze | Hembusan angin yang kuat melalui hidung dan mulut yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak disengajakan. | Sekolah Rendah |
dominan | dominant | Sifat yang lebih kuat pengaruhnya yang diwarisi daripada salah satu induk. Sifat ini akan menutupi sifat lain yang diwarisi daripada induk yang satu lagi. | Menengah Atas |
keluli | steel | Bahan yang bersifat keras dan kuat. Keluli mengandungi 99.5% besi dan 0.5% karbon. Keluli digunakan sebagai bahan binaan bangunan, jambatan, kenderaan dan mesin. | Menengah Rendah |
bintang neutron | neutron star | Bintang yang mempunyai tarikan graviti yang kuat dan tenaga proton yang tinggi, menyebabkan bintang tersebut tidak kelihatan. | Menengah Rendah |
magnalium | magnalium | Aloi yang diperbuat daripada aluminium, magnesium, dan kuprum. Magnalium bersifat ringan dan kuat. | Menengah Atas |
akar sokong | prop root | Akar yang tumbuh daripada batang dan juga daripada dahan, yang menjadi sokongan yang kuat kepada pokok itu. Contohnya, akar pokok pandan, tebu dan jagung. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
lohong hitam | black hole | Objek di cakerawala yang terbentuk daripada letupan supernova, dan mempunyai medan graviti yang terlalu kuat sehingga halaju lepasan berhampiran lohong hitam melebihi kelajuan cahaya. Hal ini membayangkan bahawa tiada sesuatu pun termasuk cahaya mampu melepasi gravitinya. | Menengah Rendah |
karnivor | carnivore | Haiwan yang memakan daging. Haiwan jenis ini mempunyai gigi taring yang tajam dan otot rahang yang kuat untuk menggigit, menyiat dan mengunyah makanan. Contohnya, harimau dan singa. | Menengah Rendah |
|
Tesaurus |
---|
| kuat (adjektif) | 1. Bersinonim dengan gagah: berdaya, bertenaga, sasa, mampu, sanggup, boleh, Berantonim dengan lemah
2. Bersinonim dengan teguh: kukuh, tegap, tahan, Berantonim dengan rapuh
3. Bersinonim dengan cekal: tabah, tahan, sabar, Berantonim dengan lemah
4. Bersinonim dengan teruk: tenat, nazak, berat, Berantonim dengan ringan
5. Bersinonim dengan suka: gemar, kaki, candu, ketagih,
6. Bersinonim dengan pandai: bijak, cekap, mahir, cerdik,
| Kata Terbitan : sekuat-kuatnya, berkuat, berkuat-kuatan, menguatkan, memperkuat, kekuatan, penguatan, |
|
Puisi |
---|
|
Kuat ribut malam tadi, Sapu tangan jatuh ke laman; Hajat abang datang ke mari, Hendak tidur berbantal lengan.
Lihat selanjutnya... |
|