Kata |
Takrif |
Sumber |
bertenaga | mempunyai tenaga; berdaya: Dia tidak ~ lagi utk meneruskan perlawanan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertenaga | 1. mempunyai (memperlihatkan) tenaga, ada tenaganya, berkekuatan, berdaya: dia tidak ~ utk membuat kerja itu; penulis yg dikira kurang ~ dlm penghasilan kreatif; memperkemas gaya pengucapan agar lebih ~; 2. rajin, giat (bekerja dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertenaga | mempunyai tenaga; berdaya: Dia tidak ~ lagi utk meneruskan perlawanan itu. | Kamus Pelajar |
lemah I | 1. tidak bertenaga (berkuasa, kuat), lesu: dgn gerak yg ~ spt orang kehabisan tenaga, ia berjalan perlahan-lahan menuju jendela; 2. rendah (dr segi pencapaian): prestasi kerjanya ~; 3. tidak diyakini sbg benar atau logik: hadis yg ~; 4. tidak tegas: dia ~ dlm membuat keputusan; ~ gemalai = ~ gemulai gerak berliuk-liuk yg elok (tubuh badan); ~ hati mudah dipengaruhi orang, tidak tegas, tidak teguh hati; ~-laun lemah dan perlahan (gerak-geri dll); ~ lentur tidak mudah patah (tetapi boleh dilenturlentur), liat; ~ longlai a) = ~ gemalai; b) tidak bermaya, lemah; ~ lumpuh lemah sekali; ~ persendian tidak bertenaga; ~ semangat mudah terperanjat (mudah kena sakit dll); ~ syahwat (zakar) lemah tenaga batin, zakar tidak bertenaga; ~ diraih, pantai dititi prb sikap yg bijaksana dlm mengeluarkan sesuatu perintah; ~ liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat prb pd lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain-mainkan; berlemah berbuat lemah, bersikap lemah, lwn berkeras; melemah menjadi lemah (bertambah lemah): suara itu kemudiannya memanjang dan berlanjut-lanjut dan makin ~ pula; melemahkan menjadikan lemah, menyebabkan menjadi lemah: penyakit selesema itu boleh ~ tenaga seseorang; nasib dua watak yg penting ini kurang memuaskan dan merupakan faktor besar yg ~ novel ini; memperlemah menjadikan lebih lemah; kelemahan perihal lemah: ia manusia biasa dan mempunyai berbagai-bagai ~ dan kekurangan; pelemahan perihal menjadi atau menjadikan lemah; pelemah sesuatu yg (dapat) melemahkan (semangat dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdaya | bertenaga; berupaya; mampu: Samad tidak ~ hendak mengangkat peti itu. Dia tidak ~ hendak membayar hutang-hutangnya | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
letih | tidak bertenaga; penat: Ayahnya tertidur di kerusi kerana terlalu ~. meletihkan menyebabkan menjadi letih; memenatkan: Berjalan kaki berbatu-batu ~ badan. keletihan 1 keadaan atau rasa letih; kepenatan. 2 berasa letih; dlm keadaan letih: Laksamana dan Sang Setia tersandar di bawah pokok itu ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lesu | tidak bertenaga kerana tidak makan (tidak puas tidur dll); letih; lemah. melesukan menjadikan atau menyebabkan lesu: Perjalanan yg jauh kadang-kadang ~ badan. kelesuan keadaan lesu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kuat | 1 bertenaga utk membuat kerja dll; tegap tubuh badannya; gagah: Badannya sihat lagi ~. Mana yg lebih ~, singa atau harimau? 2 hebat (bkn tiupan angin dll); kencang; nyaring (bkn bunyi suara dll); tenat (bkn penyakit dll); teruk: Angin bertiup dgn ~nya. Suaranya semakin ~. Emaknya sakit ~. 3 tidak mudah rosak; tidak mudah putus atau tidak mudah pecah (bkn tali dll): kukuh; teguh; tahan: Baju ini ~ jahitannya. Tali itu ~, sukar utk memutuskannya. 4 ki tidak mudah berubah hati (pendirian dll); teguh (iman dll): Jika imanku tidak ~, sudah pasti aku menurut kemahuan mereka. 5 suka melakukan sesuatu (yg biasanya tidak baik) dgn banyak: ~ makan; ~ minum arak; ~ berjudi. berkuat bersungguh-sungguh; berkeras hati: ~ benar dia hendak melanjutkan pelajarannya ke luar negara. menguatkan 1 membuat sesuatu supaya menjadi kuat (teguh dll): Utk ~ badan, makanlah ubat ini. 2 mengeraskan bunyi (suara dll): Kerana anaknya masih berdegil, dia telah ~ suaranya. memperkuat menjadikan lebih kuat: Dia ~ ikatan pd berkas kayu itu sebelum mengangkatnya. kekuatan 1 tenaga; daya: Umurnya beransur tua dan ~nya pun makin berkurang. 2 keadaan kuat; keteguhan; kekukuhan: Kita hendaknya janganlah mengecil-ngecilkan ~ pihak musuh. penguatan perbuatan atau hal menguatkan. penguat orang atau sesuatu yg menguatkan. sekuat 1 sama kuatnya dgn: Kassim tidak ~ abangnya. 2 = sekuat-kuat dgn sedaya upaya; dgn sepenuh tenaga: Budak itu menjerit ~ hatinya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berdaya upaya | bertenaga; berupaya; mampu: Mereka tidak ~ utk melawan arus yg kuat itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
letih | tidak bertenaga, penat: kerana terlalu ~ dan lesu, ia pun tidur dgn nyedarnya; ~ lelah = ~ lesu penat benar; meletihkan menjadikan letih, memenatkan; keletihan 1. perihal letih, kepenatan: anaknya tidur dlm ~; 2. sangat letih: anak muda itu sedang ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
energetic | adj 1. very active, (penuh) bertenaga: she has always been a very ~ worker, dia sentiasa merupakan pekerja yg penuh bertenaga; 2. involving a lot of energy, banyak memerlukan tenaga: table tennis is an ~ game, pingpong ialah permainan yg banyak memerlukan tenaga. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fortify | vt 1. strengthen (place) against attack by building walls etc, mengubui: they fortified their positions before nightfall, mereka mengubui tempat mereka sebelum malam tiba; 2. strengthen, a. (physically), (of drink, food), (act.) menyebabkan [sso] (berasa) lebih bertenaga; (pass.) berasa lebih bertenaga: fortified by a good meal, they continued their journey, berasa lebih bertenaga selepas makan secukupnya, mereka meneruskan perjalanan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
energy | n 1. force, capacity for vigorous action, tenaga: the young usually have more ~ than the old, orang muda biasanya mempunyai lebih banyak tenaga drpd orang tua; be full of ~, penuh bertenaga;2. (in pl) persons powers for working, tenaga: he poured all his energies into his work, dia mencurahkan segala tenaganya pd kerjanya; 3. (phys) tenaga: solar ~, tenaga suria; kinetic ~, tenaga kinetik; 4. fuel and other resources, tenaga:an ~ crisis, krisis tenaga. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
exude | vt 1. give off, (liquid) merembeskan, melelehkan; (gas, smell) mengeluarkan [sst] perlahan-lahan: the tree ~s a milky sap, pokok itu merembeskan getah yg spt susu; rubbish dumps usually ~ an unpleasant smell, tempat buang sampah selalunya mengeluarkan bau yg busuk; 2. radiate, [various translations]: she ~s confidence, dia kelihatan begitu yakin; a man who ~s vitality, lelaki yg sungguh bertenaga. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
burst | (of laughter, applause, etc) ledakan; (of violence) cetusan: a ~ of heavy rain, hujan lebat yg tiba-tiba turun mencurah-curah, c. violent expression, outburst, (of emotion) ledakan, meledak; (of tears) tiba-tiba berderai: a man given to ~s of rage, lelaki yg rasa marahnya sering meledak; d. spurt, sudden increase (in speed) pecutan; ~ of energy, tiba-tiba bertenaga; 3. volley of gunfire, tembakan yg /bertubi-tubi, berturut-turut/; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
full | adj 1. containing as much as possible, penuh: a ~ tank, tangki yg penuh; dont speak with your mouth ~, jangan bercakap apabila mulut kamu penuh; the room was ~ of furniture, bilik itu penuh (dgn) perabot; a box ~ of old photographs, kotak yg penuh (dgn) gambar foto lama; ~ to the brim, penuh sampai ke bibir; ~ to overflowing, penuh melimpah; 2. containing in abundance, penuh: the lake is ~ of fish, tasik itu penuh dgn ikan; the child is ~ of energy, kanak-kanak itu penuh bertenaga; his pockets are always ~ of money, sakunya sentiasa penuh dgn wang; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
burst | ~ with, a. be so full as to almost break open, overflow, penuh padat dgn; (with people) penuh sesak dgn: sacks ~ing with corn, kampit yg penuh padat dgn jagung; the department stores were ~ing with last minute shoppers, gedung serbaneka penuh sesak dgn pembeli saat-saat akhir; b. be full of (joy, enthusiasm, etc) terlalu, amat: she was ~ing with happiness, dia terlalu gembira; ~ing with impatience, tdk sabar-sabar lagi; c. show abundance of (energy, vitality, etc) penuh, sangat: to be ~ing with vitality, penuh bertenaga; ~ing with health, segar-bugar. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
film screen | skrin filem | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Lapisan bahan yang diletakkan filem di dalamnya dan berfungsi untuk menapis sinaran bertenaga rendah dan hanya membenarkan sinaran bertenaga tinggi melepasinya serta menapis sinaran yang datang daripada sinaran serak balik. |
pair production | penghasilan berpasangan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Fenomena yang terjadi hasil tindak balas antara foton sinar gama atau sinar-X bertenaga lebih daripada 1.02 MeV dengan nukleas atom. Tindak balas ini menyebabkan pasangan elektron dan positron terhasil dengan masing-masing bertenaga 0.51 MeV. Kedua-dua elektron berlainan cas ini akan bercantum semula secara musnah habis untuk menjadi foton. Proses ini berlaku apabila foton bertenaga tinggi melalui bahan bernombor atom tinggi. Lihat juga sinaran musnah habis. |
energetic fuel | bahan api bertenaga | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Hidrokarbon tumpat yang mempunyai kadar pelepasan tenaga haba yang tinggi dan mampu terbakar pada suhu rendah. Contohnya, kubana, benzvalena dan dihidrobenzvalena. |
Compton scattering | penyerakan Compton | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Fenomena yang terjadi hasil daripada tindak balas antara foton sinar gama atau sinar-X bertenaga tinggi dengan elektron pada orbit yang paling luar. Tindak balas ini menyebabkan elektron tersebut terpantul keluar dari orbitnya. Tenaga foton menjadi berkurangan menyebabkan sinar tersebut bertenaga rendah. Penyerakan Compton ini ditemui oleh Arthur Holly Compton. |
annihilation radiation | sinaran musnah habis | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Sinaran sekunder yang terhasil semasa penggunaan radiografi sinar gama atau sinar-X bertenaga tinggi. Sinaran sekunder ini terjadi apabila elektron dan positron terhasil akibat pemusnahhabisan sinaran foton. Positron yang terhasil mempunyai tempoh hayat yang singkat, bercas positif dan berjisim sama dengan elektron serta hilang melalui penghasilan dua foton. Sinaran musnah habis terhasil apabila positron bertembung dengan elektron dan menyebabkan kedua-duanya musnah dan hilang. Pertembungan ini menghasilkan sinar gama yang bertenaga 511 keV dan bergerak ke arah bertentangan. |
low energy electron diffraction (LEED) | belauan elektron tenaga rendah (LEED) | Fizik | Nanoteknologi | Belauan elektron bertenaga 5 eV - 500 eV oleh suatu hablur. Elektron yang terserak tanpa kehilangan tenaga dipecutkan ke skrin pendarfluor untuk menghasilkan corak belauan. Belauan ini digunakan untuk mengkaji struktur permukaan hablur tunggal. |
mass spectrometry | spektrometri jisim | Herba | Tiada | Kaedah pemusnahan yang digunakan untuk menganalisis struktur suatu molekul yang dibedil oleh elektron atau proton bertenaga tinggi dan menghasilkan fragmen bercas yang spektrumnya dapat dianalisis melalui perbezaan jisim. Kaedah ini biasanya digunakan untuk elusidasi struktur komponen kimia tulen yang dipencilkan daripada bahan herba. Spektrum jisim suatu bahan herba juga digunakan sebagai profil cap jari bahan tersebut yang dapat menentukan status kualiti dan kuantiti secara kaedah kemometrik. |
sputtering | percikan | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Proses yang berlaku apabila zarah mikroskopik daripada pepejal dilenting keluar dari permukaannya apabila dihentam dengan zarah bertenaga kuat, plasma atau gas. |
photoelectric effect | kesan fotoelektrik | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Fenomena yang terjadi hasil daripada tindak balas antara foton sinar gama atau sinar-X bertenaga dari 0.01 MeV hingga 0.5 MeV dengan elektron yang berdekatan nukleus. Tindak balas ini menyebabkan elektron tersebut terpantul keluar dari orbitnya. Kesan fotoelektrik boleh berlaku pada bahan yang bernombor atom tinggi. |
scattered radiation | sinaran terserak | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Sinaran yang berubah arah tujunya setelah melalui atau diserakkan oleh sesuatu medium. Sinaran ini bertenaga rendah dan perlu dikawal semasa kerja-kerja radiografi industri sedang dijalankan. Sinaran terserak akan menurunkan kualiti imej radiografi dan boleh menyebabkan tahap kepekaan yang diperlukan tidak dapat dicapai. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
maikang | cergas, kuat, bertenaga | - | - | - | - | - | - | Murut |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
munuoh | tidak bertenaga krn gemuk atau tua. | Melanau Mukah | |
gagaih | cergas; 1 bertenaga, aktif: Kajirut anak a ~ Kajirut anak yg cergas; 2 pantas, cepat: delouyen itou ~ mereja asel un penadak mereka bergerak cergas sebaik sahaja disuruh; 3 banyak menjalankan atau terlibat dlm kegiatan dsb, giat: jebuah kemiti wak ~ sebua | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
kongang Ib, MSr | berkeupayaan, bertenaga. | Kalau dikiranya berat badan perempuan yang tidak bermaya dan mukanya berlumuran putah memang tidak kongang dia hendak membawanya sejauh itu tapi semangat dan rasa kasihannya terhadap perempuan itu, ditambah pula oleh gemuruh amarah yang menggelora dalam dadanya, menambah kekuatan tenaganya. | Novel Ngoncong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Parsi.indb nine ه ُ ـن پيات راون Kamus Parsi.indb 146 5/18/11 9:02 AM 147 yang rahsia, rahsia anak sungai sembilan ratus kesembilan ikan paus niat tenaga berkuasa, bertenaga bagus, baik bunga seri pagi teratai separuh, setengah bangku telur goreng secret rivulet nine hundred ninth whale intention power powerful good, nice morning glory water lily half bench fried egg
|
Kamus Sains.indb pengelogan telaga akustik) Kaedah perakaman data bawah tanah melalui proses akustik bersumberkan acoustic resonator acoustical well logging Kamus Sains.indb 12 7/8/08 11:45:20 AM 13 bunyi bertenaga tinggi dan penerima bunyi dalam tanah. (FIZ) acoustic-gravity wave (gelombang graviti akustik) Gelombang graviti yang frekuensinya berada dalam julat frekuensi gelombang akustik. (FIZ) acoustics (akustik) Kajian saintifik tentang penghasilan active current (arus aktif) Komponen arus yang sefasa dengan voltan bekalan yang memberi kesan pada kehilangan tenaga. Arus aktif bagi beban rintangan dalam litar arus ulang-alik dikenali sebagai komponen bertenaga atau komponen aktif. (KEJ) active force (daya tindakan) Daya luar yang bertindak pada jasad dan berkebolehan melakukan kerja apa- bila jasad mengalami sesaran. (FIZ) active star (bintang aktif) Topologi rangkaian
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
bertenaga | [ber.te.na.ga] | برتناݢ |
B.Melayu |
B.Inggeris |
B.Parsi |
Sebutan |
berkuasa , bertenaga | powerful | نيرومند | nīrūmand |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
adenosina trifosfat | adenosine triphosphate | Sebatian kimia yang bertenaga tinggi dan memainkan peranan yang penting dalam metabolisme. | Menengah Atas |
adenosina difosfat | adenosine diphosphate | Sebatian kimia yang bertenaga rendah yang terlibat dalam proses penyimpanan dan pemindahan tenaga di dalam sel. ADP bergabung dengan fosfat membentuk ATP. | Menengah Atas |
|
Tesaurus |
---|
| tenaga (kata nama) | Bersinonim dengan kekuatan, daya, reng, keupayaan, kemampuan, kebolehan, kekuasaan, kesanggupan, kesediaan, kudrat;, | | Kata Terbitan : bertenaga, |
|
|