Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v2.0Kamus Melayu ParsiKamus SainsKamus Teknologi MaklumatKamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)Glosari Sains Untuk SekolahGlosari Matematik Untuk Sekolah
Kata Takrif Sumber
fikir1. ingatan, angan-angan, akal: ~ itu pelita hati; daya ~ daya atau keupayaan (utk) berfikir; ~ sebelit = kurang ~ tidak ingat-ingat (dipertimbangkan baik-baik); tak habis ~ tidak mengerti (hujung pangkalnya maka jadi begitu); ahli ~ ahli falsafah; 2. anggapan, pendapat, sangka, kira: pd ~nya, tidak akan kita datang; ~ku sangkaku, pd sangkaanku; berfikir menggunakan akal (utk menyelesaikan sesuatu dsb), mempertimbangkan (dlm ingatan): ia ~ bahawa wang itu lebih berharga drpd nyawanya; ia pun ~ lalu berkata; ~ panjang mempertimbangkan baik-baik; berfikir-fikir berfikir dgn mengambil kira berbagai-bagai faktor dgn agak lama, mis utk mendapatkan sesuatu jawaban, kepastian dsb: Mastura mencoret sesuatu di kertas sambil ~ siapa tokoh agama yg harus dihubunginya; berfikirkan berfikir mengenai sesuatu;memikir 1. berfikir mengenai sesuatu, mengingati, merenung sesuatu: ia kelihatan mengerutkan kening seolah-olah ~ sesuatu; 2. menyangka, menganggap: apa yg kau fikir tidak aku tahu persoalannya; memikiri memikir; memikirkan 1. menggunakan akal (utk menyelesaikan sesuatu), merenungkan, mempertimbangkan (dlm fikiran): Mariam berjanji akan ~ pinangan orang itu; mereka yg bertanggungjawab tentang soal pendidikan masyarakat mestilah ~ dua perkara ini; 2. mengenangkan: aku banyak ~ masa depanku; 3. mengendahkan, mempedulikan, memandang penting: kalau jadi ia berkahwin dgn gadis itu, akan bererti bahawa ia tidak ~ celaan orang;memikir-mikirkan memikirkan sesuatu perkara dgn mengambil kira berbagai-bagai faktor dgn agak lama, mis utk mendapatkan sesuatu jawaban, kepastian dsb: sedang aku ~ penyelesaian masalah itu, timbul pula satu lagi masalah lain; terfikir teringat, termasuk akal, tersangka: tidak ~ pd diriku kejadian spt ini akan menimpanya; fikiran 1. daya berfikir, akal, ingatan; hilang ~ hilang akal; kurang (panjang, tajam) ~ kurang (panjang, tajam) akal; sakit ~ gila; 2. hasil pemikiran, pendapat, pertimbangan akal, upaya, muslihat: itu bukan ~nya sendiri; apa ~mu sekarang ini, kita sudah kena tipu; mendapat ~ mendapat muslihat; 3. niat, cita-cita, angan-angan: tidak ada ~ hendak bekerja; 4. perhatian, minat: sangat sedikit ~nya pd pelajaran; menaruh ~ menaruh perhatian; sefikiran sependapat, sefaham; berfikiran mempunyai fikiran (akal dll); pemikiran perihal berfikir (memikir): bahasa Melayu sejak lama telah berkembang sbg alat perkembangan ~ bangsa Melayu; ~ lateral cara menyelesaikan masalah dgn menggunakan daya imaginasi (bukan dgn menggunakan logik atau cara-cara pemikiran yg biasa) sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yg kelihatan luar biasa (kadang-kadang agak gila-gila sedikit) tetapi berkesan; pemikir orang yg berfikir, ahli fikir.Kamus Dewan Edisi Keempat
selatanmata angin (arah) yg bertentangan dgn utara, daksina, kidul; ~ daya = ~ barat daya arah antara barat daya dgn selatan; ~ menenggara arah antara selatan dgn tenggaraKamus Dewan Edisi Keempat
selatan daya= ~ barat daya arah antara barat daya dgn selatan;Kamus Dewan Edisi Keempat
imaginasidaya khayal, daya atau kemampuan menggambarkan (sesuatu) dlm angan-angan atau mencipta sesuatu secara khalayan: ada pengarang yg dapat menceritakan sesuatu kisah itu dgn hanya berdasarkan ~nya sahaja; mengimaginasikan membuat gambaran dlm fikiran, membayangkan: saya fikir penulis harus ~ pembaca sbg bakal kekasihnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
karismakualiti (daya kepimpinan, daya penarik) atau sifat-sifat tertentu seseorang individu yg menjadikannya berupaya mempengaruhi atau menjadi perangsang kpd khalayak ramai: heroisme ialah pemujaan terhadap seseorang tokoh, yg dianggap mempunyai kelebihan, keunggulan, ~, dan kewibawaan; berkarisma mempunyai karisma: John diagung-agungkan oleh rakyatnya dan mereka mengira Amerika mempunyai presiden yg paling ~ dlm sejarah.Kamus Dewan Edisi Keempat
kaji dayaa. ilmu ttg pergerakan dan tindakan daya pd benda-benda. b. ilmu ttg jentera: ~ daya kuasa ilmu ttg jentera (mesin) yg mengeluarkan daya sawat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
daya fikirdaya atau keupayaan (utk) berfikir;Kamus Dewan Edisi Keempat
semu dayatipu daya, muslihat: baiklah kita cari jalan tipu ~ dan kita empat bersaudara ini kita berpecah; ~ Jawa, pujuk Melayu;Kamus Dewan Edisi Keempat
momen/momén/, = momen daya ist ukuran kecenderungan daya utk menghasilkan gerakan berputar pd sesuatu jasad.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tarikan1 sesuatu yg ditarik. 2 daya yg menarik: ~ bumi daya atau kuasa yg menarik sesuatu ke arah pusat bumi; graviti.Kamus Pelajar Edisi Kedua
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daya

Puisi
 

Apa daya bajuku ini,
     Begini lemah lagi berlari;
Apa daya hatiku ini,
     Makin dihibur makin berahi.



Lihat selanjutnya...