Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kependekan ; Istilah Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Enggan seribu daya, mahu sepatah kata.

Takrif

Kalau tak suka biasanya banyak alasannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya.

Takrif

Tiap-tiap ada kemahuan, tentu ada jalan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Maksud hati memeluk gunung, apa daya tangan tak sampai.

Takrif

Ingin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat. (Peribahasa lain yang sama makna: Niat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Niat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai.

Takrif

Ingin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat. (Peribahasa lain yang sama makna: Maksud hati memeluk gunung, apa daya tangan tak sampai).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jerat serupa jerami.

Takrif

Tipu daya yang tersembunyi di dalam kesukaan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Main akal (= budi).

Takrif

Mengenakan tipu daya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tak beras antah dikisik.

Takrif

Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b. Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung, c. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu). dikisik = ditumbuk perlahan-lahan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Harap hati hendak peluk gunung, apa akal (= daya) tangan tak sampai.

Takrif

Kehendak hati terlalu besar sehingga tiada upaya untuk mencapainya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebagai ayam diasak malam.

Takrif

Tidak ada daya upaya lagi. diasak = didesak.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Memasukkan (= mengenakan, menjalankan) jarum halusnya.

Takrif

Mengenakan tipu daya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daya

Puisi
 

Apa daya bajuku ini,
     Begini lemah lagi berlari;
Apa daya hatiku ini,
     Makin dihibur makin berahi.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
428

Nothing is impossible to a willing heart

Tiada apa yang mustahil bagi orang yang mempunyai tekad atau semangat untuk Berjaya.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

In his heart, there is no such word as ''cannot,'', and he believes that nothing is impossible to a willing heart. True to his principle, he succeeded in his effort to tour the world on bicycle.

Perkataan 'tidak boleh' tidak wujud dalam hatinya, dan dia percaya bahawa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dia benar-benar buktikan pegangannya itu apabila dia berjaya menjelajah seluruh dunia dengan menunggang basikal.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...