Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v2.0Glosari Leksikal Bahasa SukuanKamus SainsKamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)Glosari Sains Untuk Sekolah
Kata Takrif Sumber
kemampuankesanggupan utk melakukan atau utk mengadakan sesuatu; kebolehan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kemampuan1. kesanggupan (utk melaku­kan sesuatu), kebolehan, kekuatan: Malay-sia akan memperkuat angkatan bersenjata-nya sesuai dgn ~nya; 2. kekayaan;Kamus Dewan Edisi Keempat
kapasiti1. kemampuan (kebolehan) membuat sesuatu, kekuatan (mesin dll); 2. kemampuan memuat sesuatu, muatan, isi padu.Kamus Dewan Edisi Keempat
kreatif(kréatif) mempunyai kebolehan men­cipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli: kita harus mengerah seluruh tenaga ~ utk menghasilkan karya seni yg benar-benar bermutu tinggi; daya ~ kemampuan (kebolehan) mencipta; kekreatifan kemampuan (kebolehan) men­cipta, kreativiti, daya kreatif: komputer boleh mengembangkan ~ pelukis hingga ke satu peringkat yg hampir tiada hadnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
daya saingkemampuan utk bersaing: Mereka mempunyai ~ yg tinggi dlm mengejar kemajuan. berdaya saing mempunyai kemampuan utk bersaing: Kebanyakan syarikat tsb ~ dan berkemampuan utk maju.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kemampuan output(output capability)1. Had unit beban yang dapat dipacu oleh bahagian output litar tanpa sebarang masalah. 2. Kemampuan pengeluaran sesuatu sistem.Kamus Komputer
penataranpeningkatan mutu (pengetahuan, kemampuan dsb); pendidikan (kursus, latihan dll) utk meningkatkan pengetahuan atau kemampuan seseorang dlm sesuatu bidang: ~ leksikografi penataran utk meningkatkan pengetahuan ttg penyusunan kamus dan hal-hal yg berKamus Pelajar
daya majukemampuan atau keupayaan utk maju dan berkembang. Projek itu mempunyai ~ yg tinggi. berdaya maju mempunyai kemampuan utk maju dan berkembang: Para usahawan hendaklah berdaya saing dan ~ dlm menghadapi dunia perniagaan yg begitu kompetitif.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kadar I1. daya, kemampuan, keupayaan: dia sudah mulai memakai fahamku, iaitu menghadapi hidup dgn ~ yg terdaya; ala ~(nya) menurut daya atau kemampuan (seseorang); menderma ~nya menderma menurut kemam­puannya; 2. perkiraan yg memberikan (menyatakan) sesuatu kuantiti dlm hubung­annya dgn sesuatu unit tertentu sbg asas: ~ kelajuannya ialah 100 km sejam; bilangan penduduk yg bertambah pd ~ 2% setahun; ~ kelahiran (kematian) bilangan yg dilahirkan (mati) dlm jangka waktu tertentu (lazimnya satu tahun) berbanding dgn jumlah penduduk; 3. jumlah atau banyaknya bayaran (cukai dll) yg dikenakan dsb: ~ cukai pendapatan makin meningkat apabila pendapatan seseorang itu makin tinggi; kerajaan juga menaikkan ~ faedah pinjaman bank drpd 6% kpd 8% utk menarik simpanan asing; ~ faedah kadar yg ditetapkan terhadap sesuatu pinjaman atau deposit; ~ pertukaran asing nilai pertukaran sesuatu mata wang dgn mata wang yg lain; 4. perbandingan (berat, darjah, kuantiti, saiz), nisbah: sebatian kimia yg sama terdiri drpd unsur-unsur yg sama yg berpadu antara satu sama lain dlm ~ berat yg sama; kedua-dua oksida mengandungi unsur yg sama (magnesium dan oksigen) yg berpadu dlm ~ berat yg sama (3:2); 5. bahagian yg tulen (sejati) yg terkandung dlm sesuatu (spt emas, perak, dll): ~ emas dlm mata wang emas ini ialah 0.9; 6. harga, nilai, pangkat, taraf (darjat): semuanya dianugerahi baginda persalinan masing-masing pd ~nya; 7. lebih kurang, kira-kira: tahu juga patik barang ~nya; memohonkan berhutang ~ lima puluh rial; 8. hitung panjang, rata-rata: jika saya membeli daun teh 3 kati dgn harga 9 ringgit, saya membeli dgn ~ 3 ringgit satu kati; 9. = sekadar cuma, hanya (utk): akan Tun Ibrahim, hendak masuk takut, ~ berkeliling istana itu juga; sekadar 1. selaras dgn (keperluan dll), secara, sepadan, sesuai dgn: ~ yg diperlukan; 2. = sekadarkan cuma, hanya (utk): berjalan-jalan ini pun ~ menanti waktu maghrib; hanya ~ berolok-olok belaka; 3. seperlunya (seadanya, semampunya, dll): sajian ~nya; sekadar-kadaran seada-adanya, seadanya: permintaan ini hanya ~ sahaja; berkadar berimbang kadarnya atau nisbah­nya (dgn sesuatu), menurut kadarnya atau nisbahnya (dgn sesuatu): darjah pemanjangan sesuatu benda kenyal adalah ~ dgn isi padunya; ~ songsang menurut kadar yg se­baliknya; ~ terus menurut kadar yg sebenarnya; kadaran (Tadb) cukai yg perlu dibayar oleh pemilik harta tanah kpd pihak berkuasa tempatan; perkadaran perihal berkadar, perimbangan mengikut kadar: jika ~ yg serupa dipindahkan pd setiap peringkat umur, pola yg lain masih tetap terhasil.Kamus Dewan Edisi Keempat
tatar; menatarpenataran peningkatan mutu (pengetahuan, kemampuan dsb); pendidikan (kursus, latihan dll) utk meningkatkan pengetahuan atau kemampuan seseorang dlm sesuatu bidang: ~ leksikografi penataran utk meningkatkan pengetahuan ttg penyusunan kamusKamus Pelajar
Tesaurus
 
mampu
1. Bersinonim dengan berada
( berharta, berwang, berduit, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan kaya
( senang, mewah, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan boleh
( dapat, berupaya, sanggup, terdaya, bersedia, terlarat, terbuat, lalu, bisa, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : kemampuan,