Kata |
Takrif |
Sumber |
berupaya | 1 berkebolehan atau mampu membuat sesuatu: Ia tidak ~ lagi memperdamaikan mereka. 2 berusaha dgn sekuat tenaga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berupaya | 1. berusaha dgn sekuat tenaga, berdaya upaya; 2. berkebolehan, berke-mampuan, mampu, dapat, sanggup: menteri yg berkenaan sama sekali tidak ~ mencegah kenaikan harga barang keperluan sehari-hari; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkayai | berupaya atau kuasa (utk melakukan sesuatu); tidak ~ berjalan tidak berupaya berjalan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
larat III | berupaya; mampu: ~kah kamu memikul guni yg berisi beras itu? tak ~ tidak berupaya; tidak mampu. terlarat terdaya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
larat III | berupaya; mampu:~kah kamu memikul guni yg berisi beras itu? tak ~ tidak berupaya; tidak mampu. terlarat terdaya. | Kamus Pelajar |
kayai | Mn ark; mengayaikan menguatkan diri (utk berdiri) menggagahkan; terkayai berupaya atau kuasa (utk melakukan sesuatu); tidak ~ berjalan tidak berupaya berjalan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
produktif | 1. berupaya atau boleh mengeluarkan hasil yg banyak: perumahan boleh dianggap sbg industri ~ negara; penulis skrip yg ada sekarang adalah dlm peringkat umur yg ~; 2. mencapai banyak hasil, berhasil: perbincangan kami pd petang itu sangat ~; 3. berupaya membiak, melahirkan anak atau menyebabkan kelahiran, subur: umur ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
transonik | berupaya bergerak dgn kelajuan yg hampir menyamai kelajuan bunyi: pesawat ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
supersonik | berupaya bergerak laju dgn kelajuan yg melebihi kelajuan bunyi: jet ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
transonik | berupaya bergerak dgn kelajuan yg hampir menyamai kelajuan bunyi: pd masa depan, kerajaan akan melaksanakan projek pesawat ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
defenceless, defenseless | adj tdk berupaya mempertahankan diri: a poor, ~ child, kanak-kanak yg tdk berupaya mempertahankan diri; she looked so ~, dia kelihatan tdk berupaya langsung mempertahankan dirinya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
helplessness | n keadaan [sso] yg tdk /berdaya, berupaya/, ketidakupayaan: the ~ of these children, keadaan kanak-kanak yg tdk berupaya ini. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
incapable | adj helpless, weak (through intoxication, injury etc) tdk berupaya: drunk and ~, mabuk dan tdk berupaya; be ~ of, a. not be able to, tdk dapat; (not able to do st bad because one is honest etc) tdk sanggup: he is quite ~ of managing his own affairs, dia tdk dapat mengurus halnya sendiri; she seems ~ of understanding our position, dia nampaknya tdk dapat memahami edudukan kami; to be ~ of lying, tdk sanggup berbohong; a man like him would be ~ of cruelty, lelaki spt dia tdk sanggup melakukan kezaliman; b. not susceptible, tdk dapat: the situation is ~ of improvement, keadaan itu tdk dapat diperbaik. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
helpless | adj tdk /berdaya, berupaya/: the ~ prisoners of war, tahanan perang yg tdk berdaya itu; I feel ~ in these circumstances, saya berasa tdk berupaya dlm keadaan begini. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
incapacitate | vt 1. render incapable or unfit, disable, menyebabkan [sso] tdk berupaya: ill health ~d him for work, keuzuran menyebabkan dia tdk berupaya utk bekerja; 2. disqualify in law, menghilangkan elayakan, menyebabkan [sso] tdk layak; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
capable | adj berkebolehan: a ~ administrator, seorang pentadbir yg berkebolehan; be ~ of, a. have the ability to, berupaya: children are not ~ of looking after their own interests, kanak-kanak tdk berupaya menjaga kepentingan diri mereka sendiri; b. have financial means to, mampu, berkemampuan; c. have no hesitation for, sanggup: a person who is ~ of any crime, seorang yg sanggup melakukan sebarang perbuatan jenayah; he is not ~ of lying, dia tdk sanggup berbohong; d. be receptive to, dapat: the situation is ~ of improvement, keadaan itu dapat diperbaik. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
incapacitated | adj tdk berupaya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
impotence, impotency | n 1. state of being powerless, tdk /berdaya, berupaya/; 2. (of males) mati pucuk; (med) impoten. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
impotent | adj 1. powerless, tdk mempunyai kuasa; (to do st) tdk /berupaya, berdaya/: a weak, ~ leader, pemimpin yg lemah dan tdk mempunyai kuasa; he stood rooted to the ground, ~ to help, dia berdiri terpaku, tdk berdaya menolong; 2. unable to engage in sexual intercourse, mati pucuk; (med) impoten. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dislodge | vt remove from fixed position, [various translations]: they were unable to ~ the embedded rock, mereka tdk berupaya utk mencungkil keluar batu yg terbenam itu; the fishbone could not be ~d, tulang ikan itu tdk dapat dikeluarkan; during the storm, some roof tiles were ~d, semasa ribut itu, beberapa genting tertanggal. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
capable guardian | penjaga berupaya | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Salah satu elemen dalam Teori Aktiviti Rutin yang menyatakan bahawa individu atau sistem boleh atau berpotensi melindungi barangan bernilai atau keselamatan diri untuk tujuan pencegahan jenayah. Contohnya, ibu bapa ialah penjaga berupaya bagi kanak-kanak, manakala sistem keselamatan ialah penjaga berupaya bagi barangan bernilai. |
lame duck | kedudukan lemah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan seseorang atau organisasi yang tidak berupaya melakukan sesuatu keputusan yang penting dan bermakna. Kedudukan ini boleh terjadi kerana pencapaian selama ini lemah dan tidak berupaya seperti kedudukan kerajaan sementara selepas pilihan raya sebelum melantik kerajaan yang baru menang dalam pilihan raya tersebut atau mungkin kerana statusnya yang akan tamat tempoh dalam waktu terdekat. Faktor-faktor ini melahirkan satu kedudukan yang lemah dan tidak signifikan untuk melaksanakan sesuatu langkah yang berani, bersifat jangka panjang atau penting. |
dinoflagellate | dinoflagelat | Sains Marin | Tiada | Kumpulan eukariot berflagela daripada filum Dinoflagellata. Kebanyakan dinoflagelat merupakan organisma fitoplankton yang berupaya menghasilkan makanannya sendiri melalui fotosintesis. Terdapat juga dinoflagelat yang hidup sebagai endosimbion kepada organisma lain seperti zooxantela yang hidup di dalam tisu karang. Sebahagian spesies dinoflagelat berupaya menghasilkan bioluminasi dan biasanya berwarna hijau kebiruan. Sebahagian dinoflagelat juga berbahaya kerana mengandungi toksin dan memberikan impak yang besar kepada sekitaran apabila berlaku fenomena blum alga yang disebut sebagai kembangan merah. |
anaphrodisiac | anafrodisiak | Herba | Fitoterapi | Bahan yang berupaya mengurangkan atau menghapuskan naluri keinginan seks. |
analgesic | analgesik | Herba | Fitoterapi | Bahan yang berupaya menghapuskan atau melegakan rasa sakit. Sinonim analgetik, antalgesik. |
anaesthetic | anestetik | Herba | Fitoterapi | Bahan yang berupaya menghilangkan kepekaan terhadap rasa sakit atau rasa sentuhan. |
anthelmintic | antelmintik | Herba | Fitoterapi | Bahan yang berupaya menghapuskan atau menyingkirkan cacing parasit daripada badan. |
antiamoeba | antiameba | Herba | Fitoterapi | Bahan yang berupaya menghapuskan atau merencatkan pertumbuhan ameba. |
antiarrhythmic | antiaritmia | Herba | Fitoterapi | Bahan yang berupaya mengembalikan ritma kardium kepada keadaan ritma normal. |
antiarthritic | antiartritis | Herba | Fitoterapi | Bahan yang berupaya melegakan dan mengurangkan keradangan pada sendi. Sinonim antartritik. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
susumokot | berupaya untuk melekat | - | - | - | - | - | Keadaan Benda Dan Permukaan | Kadazandusun -> Dusun Kimaragang |
oguyu | berupaya bergoyang | - | - | - | - | - | Keadaan Benda Dan Permukaan | Kadazandusun -> Dusun Kimaragang |
boruntud | tulang belakang | - | - | isada boruntud | tidak berupaya menyara keluarga | - | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Bisaya Sabah |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
lipa Bj Sm | sejenis perahu yang lebar di bahagian tengah, berupaya menampung sepuluh orang. | Pulau-pulau kecil kelam kehitaman bagai terapung dan berlabuh di tengah laut. Kecipak air di landas lipa menguntumkan irama. Ocehan daun mengharmonikan irama. | Pelauh | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pumpong, *pumpung* Ib, MSr | mencantas. | Kau jangan merendah-rendahkan aku, Rentap. Nanti kupumpong kepala kau. Tanpa disedari terpancut kata-kata ancaman daripada Kibong. Mukanya merah. Rentap sedikit gugup. Mujurlah dia masih berupaya menenangkan hatinya. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb amblyopia (ambliopia) Kabur penglihatan tanpa terdapatnya lesi organik pada mata. (UBAT) ambulance (ambulans) Kenderaan yang lengkap dengan alat rawatan kecemasan yang digunakan un- tuk membawa pesakit. (UBAT) ambulant (ambulan) Perihal berupaya untuk berjalan, iaitu bukan setakat berbaring sahaja. (UBAT) amebiasis (amebiasis) Infeksi protozoa yang disebabkan oleh Entamoeba histolytica, yang melibat- kan usus atau organ lain seperti hati, paru-paru dan otak dicetak. (KOM) analysis of variance (analisis varians) Analisis hubungan antara lebih daripada dua pemboleh ubah dalam sesuatu proses menurut siri tertentu yang diperhatikan. (KEJ) analytical balance (neraca analisis) Alat yang berupaya menimbang kuantiti yang sangat sedikit dengan tepat. (KIM) analytical mechanics [mekanik beranalisis (ilmu)] Kajian ilmu mekanik secara terperinci dengan menghuraikan mekanik geomet- ri ke bentuk aljabar. (FIZ) analyzer (alat analisis
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 6/11 4:01:33 PM 24 cecacing Internet cecacing rangkaian cincang sehala ciri keselamatan cecacing Internet (Ig. Internet worm; Br. cecacing Internet; Id. cacing Internet) 1. Kod hasad yang berupaya tersebar sendiri melalui rangkaian. Kod ini terlebih dahulu mencari dan menentukan sasaran. Contohnya, dengan menggunakan jadual penghalaan rangkaian atau buku alamat e-mel pada sesuatu komputer. Seterusnya kod ini akan itu berhenti beroperasi dan kerosakan dianggarkan berjumlah US$97 juta. cecacing rangkaian (Ig. network worm; Br. cecacing rangkaian; Id. cacing jaringan) Cecacing yang boleh tersebar dengan sendiri melalui rangkaian dan berupaya mengeksploitasi ketakteguhan yang terdapat pada hos atau pelayan. Seterusnya hos atau pelayan akan bertindak sebagai pembawa yang akan menyebarkan cecacing ke seluruh dunia. Cecacing rangkaian biasanya menggunakan port 80 yang
|
Kamus Thai 2.indb านั้ น Mesyuarat pada hari ini ialah mesyuarat biasa sahaja. สามัญสำนึก [-samnk] น akal, akal budi สามานยนาม [sama:nyana:m] น ka ta nama am สามารถ [sama:t] ว dapat, berupaya: เขา สามารถทำงานนี้ เสร็จภายในสองวัน Dia dapat menyiapkan kerja ini dalam dua hari. สามิภักดิ์ [samipak] ดู สวามิภักดิ์ สามี [sami:] น suami สาย 1 [sa:y] น tali สายการบิน [-ka:nbin] น syarikat Sungai Pattani me ngalir ke Teluk Siam. ไหว [wai] ก 1 bergoyang: กิ่ งไม ้ นั้ นไหวเมื่ อ ลมพัด Dahan-dahan itu bergoyang apa bila ditiup angin. ว 2 berupaya: แม ้ คุณตา จะมีอายุมากแล ้ วก็ตามแต ่ ท ่ านยังทำงานไหว Walaupun umur datuk sudah lanjut, na mun dia masih berupaya untuk bekerja. ไหวพริบ [waiprip] น kepintaran ไหว
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
berupaya | [be.ru.pa.ya]/[ber.u.pa.ya] | براوڤاي |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
magnet | magnet | Bahan yang berupaya mengenakan daya tarikan ke atas bahan yang diperbuat daripada besi. | Menengah Rendah |
organisma | organism | Haiwan, tumbuhan dan hidupan yang berupaya menjalani proses hidup. | Sekolah Rendah |
zimase | zymase | Enzim yang diperoleh daripada yis dan berupaya memecahkan gula kepada alkohol dan karbon dioksida. | Menengah Atas |
antigen | antigen | Protein atau karbohidrat asing pada patogen yang berupaya merangsang penghasilan antibodi. | Menengah Atas |
penjana Van de Graaff | Van de Graaff generator | Penjana yang berupaya menghasilkan kuantiti cas elektrik yang tinggi. Alat ini digunakan untuk menghasilkan cas elektrostatik. | Menengah Rendah |
sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) | Acquired Immunity Deficiency Syndrome (AIDS) | Penyakit yang menyebabkan seseorang tidak berupaya melindungi diri daripada serangan penyakit. | Sekolah Rendah |
herbivor | herbivore | Haiwan yang memakan tumbuh-tumbuhan sahaja. Herbivor mempunyai gigi yang disesuaikan untuk mengisar tumbuh-tumbuhan. Sistem pencernaannya berupaya untuk mencerna bahan selulosa. Contohnya, rusa dan lembu. | Menengah Rendah |
anemia | anaemia | Penyakit yang terjadi kerana kekurangan sel darah merah atau kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Keadaan ini menyebabkan darah kurang berupaya mengangkut oksigen yang secukupnya untuk keperluan badan. | Menengah Rendah |
sindrom kurang daya tahan penyakit | AIDS | Penyakit yang disebabkan oleh virus imunodefisiensi manusia (HIV) yang menjadikan sel-sel darah putih dalam badan seseorang tidak lagi berupaya melindunginya daripada serangan penyakit. | Menengah Rendah |
Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) | Acquired Immunity Deficiency Syndrome (AIDS) | Sindrom pada manusia yang disebabkan oleh virus Human Immunodeficiency Virus (HIV) yang menjadikan sel-sel darah putih dalam tubuh seseorang itu tidak lagi berupaya melindunginya daripada serangan penyakit. | Menengah Atas |
|
Tesaurus |
---|
| upaya (kata nama) | Bersinonim dengan usaha, daya, daya usaha, akal, ikhtiar, kekuatan, kebolehan;, | | Kata Terbitan : seupaya-upayanya, berupaya, terupaya, keupayaan, berkeupayaan, |
|
|