Kata |
Takrif |
Sumber |
panglima | 1. sl hulubalang, ketua pasukan: ia menyuruh ~ berbaju rantai serta dgn beberapa orang pergi mengamuk kenaikan baginda; 2. ketua atau pemimpin angkatan tentera: Jeneral Suharto, ~ angkatan darat mengambil alih kekuasaan-kekuasaan politik; ~ Agung (Besar) panglima tertinggi yg memerintah sesuatu angkatan tentera (drpd berbagai-bagai pasukan); ~ gajah sl ketua yg menyelenggarakan urusan gajah; P~ Mangku Negara (P.M.N.) bintang kehormatan kelas dua (pemiliknya bergelar Tan Sri dan isterinya Puan Sri); ~ pangkalan ark syahbandar; ~ perang kanan (kiri) panglima perang yg di bawah panglima besar; misai bertaring bagai ~, sebulan sekali tak bunuh orang prb rupa sahaja hebat (garang) tetapi penakut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peralihan kekuasaan | pertukaran kekuasaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekuasaan | kuasa atau hak utk memerintah (mengurus dll); kekuatan; kesanggupan: Orang Belanda berasa cemburu kerana ~nya akan terganggu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kekuasaan | 1. kuasa atau hak (memutuskan, memerintah, mengurus, dll): negeri itu sekarang di bawah ~ kerajaan pusat; 2. kekuatan, kemampuan: raja itu masyhur kerana ~nya; ~ Tuhan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pucuk pimpinan (pemerintahan) | a) pusat atau tampuk kekuasaan (pimpinan); b) orang yg memegang kekuasaan tertinggi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merampas | 1. mengambil dgn kekerasan, merebut: pergerakan sulit utk ~ kekuasaan negara; ~ kuasa mengambil alih kekuasaan (negara) dgn kekerasan atau tidak mengikut perlembagaan; 2. menyamun, membegal, menjabal: wang gajinya habis dirampas penyamun di jalan; 3. menyita: jika ia enggan membayar hutangnya itu, hartanya akan dirampas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sentralisasi | (séntralisasi) perihal menyerah-kan atau meletakkan kekuasaan (pemerin-tahan dll) kpd pihak berkuasa pusat, pemu-satan (pemerintahan, pentadbiran, dsb); menyentralisasikan menyerahkan atau me-letakkan kekuasaan dll kpd pihak pusat, memusatkan (pentadbiran dsb): beberapa aspek pentadbiran dan pengurusan pendidikan kini harus disentralisasikan utk menggalakkan kreativiti dan kepelbagaian dlm pendidikan di negara ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
domain | 1. kawasan yg dimiliki (dikuasai, ditadbirkan dsb) oleh seseorang atau sesuatu pihak, kawasan kekuasaan, mandala: dia tidak akan keluar dr ~ kekuasaan itu; 2. lapangan atau bidang (spt kegiatan, pe-mikiran, pengetahuan dsb), mandala: tumpuan hanya akan diberikan kpd perspektif pendidikan dan penerbitan buku dlm ~ sains dan teknologi sahaja; ruang bagi tiap-tiap bidang atau ~ itu hendaklah dinyatakan secara eksplisit; 3. (Komp) kumpulan medan bagi fail dlm model sistem pengurusan pangkalan data; 4. (Komp) kawasan liputan bagi masalah yg hendak diselesaikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rampas | ; berampas-rampasan saling merampas, bertarik-tarikan: maka Dewa Perkasa pun meronta, lalulah ~lah dgn panglima itu; merampas 1. mengambil dgn kekerasan, merebut: pergerakan sulit utk ~ kekuasaan negara; ~ kuasa mengambil alih kekuasaan (negara) dgn kekerasan atau tidak mengikut perlembagaan; 2. menyamun, membegal, menjabal: wang gajinya habis dirampas penyamun di jalan; 3. menyita: jika ia enggan membayar hutangnya itu, hartanya akan dirampas; rampasan sesuatu yg dirampas, hasil merampas: banyak beroleh barang ~; ~ kuasa; perampasan perihal merampas (perebutan, penyamunan, penyitaan); ~ kuasa perebutan kuasa; perampas orang yg merampas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hukum | 1. peraturan yg dibuat oleh sesuatu kekuasaan (negara dll), adat yg dianggap mesti dipatuhi, undang-undang: ~ mengerjakan sembahyang; ia telah banyak mendalami soal ~ dan undang-undang; ahli ~ Id orang yg tahu (pakar) dlm ilmu hukum; badan ~ Id perkumpulan (persatuan dll) yg diperlakukan oleh undang-undang sbg orang; ilmu ~ pengetahuan atau falsafah mengenai undang-undang; lawan ~ Id melawan hak; tata~ Id aturan (peraturan, sistem, susunan) mengikut hukum; 2. ketentuan (kaedah, kepastian, ketetapan) mengenai sesuatu peristiwa atau kejadian (alam dll): ~ alam; ~ bahasa; ~ Ampere menyatakan bahawa dua arus selari yg mempunyai haluan yg sama menarik satu sama lain; 3. = hukuman keputusan (pertimbangan) yg dibuat oleh hakim (dlm mahkamah dll); memutuskan (menjatuhkan) ~ membuat keputusan; kena ~ dijatuhi hukuman; 4. sl perintah, kekuasaan: raja-raja dlm dunia ini dr masyrik datang ke maghrib semuanya dlm ~ Maharaja Rawana; ~ acara (tuntutan) Id peraturan-peraturan mengenai penuntutan serta pemeriksaan dan pemutusan perkara; ~ adat peraturan-peraturan yg berdasarkan adat (kebiasaan), lwn hukum syarak; ~ alam aturan yg tentu bkn kejadian alam; ~ Allah takdir Allah (ketentuan Allah); ~ asasi perlembagaan negara; ~ Boyle (Fiz) hukum yg menyatakan bahawa pd suhu yg malar, isi padu sesuatu gas berkadaran songsang dgn tekanan; ~ Coulomb (Fiz) hukum yg memberikan nilai magnitud daya elektrik di antara dua zarah bercas; ~ dagang Id sistem yg mengatur hal-hal perniagaan (jual beli dll); ~ dunia hukum alam; ~ Faraid peraturan pembahagian harta pusaka dlm agama Islam; ~ fiqah hukum dlm agama Islam tentang perkara-perkara spt ibadat, muamalat, munakahat, dan jinayat; ~ gantung hukum mati dgn gantung; ~ gereja Id peraturan-peraturan bkn kehidupan yg berdasarkan ajaran Kristian; ~-hakam pelbagai jenis hukum agama Islam; ~ Islam = ~ syarak (syariah) peraturan (ketentuan) mengenai kehidupan menurut Islam; ~ keabadian jisim (Kim) hukum yg menyatakan bahawa dlm tindak balas kimia, jumlah jisim bahan selepas tindak balas kimia adalah sama dgn jumlah jisim bahan sebelum tindak balas; ~ keabadian tenaga (Kim) hukum yg menyatakan bahawa tenaga tidak dapat dicipta atau dimusnahkan tetapi dapat diubah kpd bentuk tenaga yg lain; ~ kuasa dua songsang (Fiz) hukum yg menyatakan bahawa keamatan sesuatu kesan (cahaya, daya graviti, bunyi, dll) pd sesuatu titik, berkadaran songsang dgn jarak kuasa dua dr sumber kesan ke titik tersebut; ~ perdata = ~ sipil = ~ warganegara Id peraturan-peraturan dan ketentuan-ketentuan bkn hak dan kewajiban dll warganegara; ~ perkadaran tentu = ~ komposisi tetap (Kim) hukum yg menyatakan bahawa sesuatu sebatian kimia sentiasa mengandungi unsur-unsur yg sama mengikut perkadaran jisim yg sama tanpa mengira cara sebatian itu disediakan; ~ pidana Id peraturan dan ketentuan mengenai hukuman; ~ resam hukum adat; ~ sains peraturan-peraturan (ketentuan, kaedah) dlm sains; ~ sejarah ketentuan sejarah; ~ tatanegara Id peraturan dan ketentuan bkn susunan kerja dll kenegaraan; berhukum 1. menggunakan hukum, ada hukumnya; 2. = ~ (kpd) berhakim (kpd); menghukum 1. memberi keputusan (ketetapan dll) berdasarkan undang-undang (oleh hakim), memberi seksaan (kurungan dlm penjara dll) kerana berbuat kejahatan dll: kalau tidak dihukum atau didenda orang yg membuat kesalahan makin lebih berani lagi ia berbuat demikian; pembunuh itu telah dihukum gantung; 2. mengkritik, mencela keras, sama sekali tidak bersetuju: hampir semua negara dunia ~ dasar perbezaan warna kulit Afrika Selatan; menghukumkan 1. menghukum: sekalian itu perkakas Hollanda menyeksakan dan ~ orang adanya; 2. menjadikan undang-undang (hukum), membuat hukumnya (undang-undangnya); 3. menetapkan hukum menurut agama Islam (spt halal, haram, mubah, najis, sunat, dsb); 4. sl memerintah (negeri, rakyat, dll): menteri itulah yg ~ empat puluh menteri lain; terhukum kena hukum, dihukum: saya berasa spt ~ kerana terpaksa berjauhan dgn orang yg saya kasihi; hukuman 1. penderitaan dsb yg dikenakan atas orang yg melakukan kesalahan (melanggar undang-undang); 2. keputusan yg dibuat oleh hakim (Tuhan, kerajaan, dll): mahkamah menjatuhkan ~ penjara seumur hidup terhadap kedua-dua orang pengkhianat itu; kesalahan awam tidak akan membawa kpd ~ kesalahan jenayah; orang ~ orang yg dihukum penjara dsb; ~ bunuh = ~ mati hukuman yg dijalankan dgn membunuh (menembak, menggantung) orang yg bersalah; ~ gantung hukuman mati dgn digantung; ~ kawalan Id hukuman yg menyekat kebebasan bergerak (orang yg dihukum tidak dibenarkan bergerak bebas dan harus selalu melaporkan diri kpd polis); ~ kerakal Id ark hukuman kerja paksa (membuat jalan, memecah batu, dsb); ~ kurungan (tutupan) Id hukuman yg dijalankan dgn mengurung orang yg bersalah dlm penjara (bukan kerana kejahatan); ~ penjara hukuman kurung dlm penjara; ~ rotan hukuman yg dijalankan dgn menyebat orang yg bersalah dgn rotan; kehukuman hal ehwal yg menurut hukum; penghukum 1. orang, badan dsb yg menjatuhkan (membuat atau menjalankan) hukuman: rakyat mengakui kuasa raja sbg pengadil dan ~ bagi yg melanggar undang-undang negeri; 2. orang yg menentukan hukum (hal yg berkaitan dgn dosa, pahala dsb): beliau menegaskan bahawa kita pendakwah, bukan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
ascendancy, ascendency | n kekuasaan: the aristocrats sought to retain their ~, golongan bangsawan mencuba mengekalkan kekuasaan mereka; to gain ~ over os rivals, memperoleh kekuasaan yg mengatasi saingan sso. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
domain | n 1. territory under so. or st, a. kawasan kekuasaan; (of animal) domain: all the states in the Kings ~, semua negeri dlm kawasan kekuasaan raja; b. (fig.) kawasan: the house and gardens are her ~, rumah dan taman itu ialah kawasannya; 2. area of interest, activity, knowledge, domain: education should become the ~ of the federal government, pendidikan seharusnya dijadikan domain kerajaan persekutuan; this problem is outside the ~ of the physicist, masalah ini di luar domain ahli fizik. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
barony | n kawasan kekuasaan baron. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
archduchy | n kawasan kekuasaan /archduke, archduchess /. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
archdiocese | n kawasan kekuasaan ketua biskop. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
corridor | the ~s of power, pusat kekuasaan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
earldom | n 1. (rank), /pangkat, taraf/ earl; 2. (domain), /daerah, wilayah/ di bawah kekuasaan earl. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
archbishopric | n 1. office, rank of archbishop, jawatan ketua biskop; 2. area governed by archbishop, kawasan kekuasaan ketua biskop. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
climb | n 1. pendakian, mendaki: a week-long ~ to the summit, pendakian ke puncak yg mengambil masa seminggu; 2. (fig.) penanjakan: his ~ to power and fame, penanjakannya mencapai kekuasaan dan kemasyhuran; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
after | b. (st) mengejar, memburu; (when object is not specified) mahu akan: the hounds were ~ the fox, anjing-anjing pemburu itu mengejar rubah; wealth and power are what he is ~, yg dikejarnya ialah kekayaan dan kekuasaan; they are both ~ the same thing, mereka berdua mahu akan benda yg sama; 6. concerning, tentang: to ask ~ sos health, bertanya tentang kesihatan sso; she enquired ~ you, dia bertanya tentang kamu; 7. subsequent to, berikutan, selepas: ~ what she has done, I refuse to help her, berikutan perbuatan itu, saya tdk mahu menolongnya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
cleptocrat | kleptokrat | Sosiologi | Tiada | Pemimpin yang menyalahgunakan kekuasaan politik untuk memenuhi kekayaan peribadi dan mengabaikan kebajikan rakyat. |
theocracy | teokrasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kerajaan yang mendakwa mewakili kekuasaan tuhan untuk mendapatkan keabsahan pemerintahan atau kerajaan yang dibentuk berlandaskan unsur ketuhanan atau keagamaan. Kerajaan sedemikian wujud semasa masyarakat belum dapat memisahkan kedudukan pemerintah atau raja dengan agama. Segala undang-undang, peraturan umum, sistem ekonomi, percukaian, pendidikan dan peraturan sosial kerajaan ini berasaskan keagamaan. Contohnya, kerajaan Eropah yang dikuasai oleh institusi gereja sebelum zaman kegemilangan atau Renaissance. |
supranational government | kerajaan supranasional | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kerajaan yang mempunyai darjah kekuasaan tertentu ke atas satu wilayah yang berada di luar sempadan negaranya. Kuasa kerajaan tersebut diterima dan diiktiraf oleh rakyat di wilayah yang berkenaan. Walaupun wilayah ini memiliki kerajaan sendiri, namun penghormatannya kepada negara besar tersebut cukup tinggi sehingga keakurannya menjejaskan kedaulatannya. Kerajaan Amerika Syarikat dapat dianggap bersifat supranasional dalam konteks penguasaannya ke atas negara lain seperti Puerto Rico. |
social class | kelas sosial | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Pembahagian kumpulan masyarakat mengikut taraf ekonomi, kedudukan atau kekuasaan yang dimiliki. |
fairy tale | cerita pari-pari | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang bersifat luar biasa, fantasi, dan penuh unsur khayalan. Tema cerita berkisar pada kekuasaan, peperangan, dan penaklukan yang melibatkan hubungan manusia dengan makhluk aneh seperti naga, hobgoblins, gergasi, ahli sihir, dan kuasa magis. Antara tokoh awal yang terkenal dalam pengumpulan cerita pari-pari ialah Grimm Brothers dari Jerman yang menghasilkan Household Tales, dan pengumpulan dilakukan antara tahun 1812-1823. Hasil usaha pengumpulan mereka kini tersebar sebagai bahan sastera kanak-kanak di seluruh dunia. Tokoh atau pengumpul cerita kanak-kanak lain yang tidak kurang pentingnya ialah Hans Christian Andersen dari Denmark. Kumpulan cerita beliau berjudul Fairy Tales pertama kali diterbitkan pada tahun 1835. Salah sebuah cerita yang terkenal ialah kisah Hansen and Gretel. Kini di Barat, cerita pari-pari terus hidup dalam koleksi sastera kanak-kanak yang mengungkapkan fantasi moden. Antara cerita yang terkenal dalam sastera Inggeris ialah Jack and the Beanstalk, Snow Whie and the Seven Dwarfs, Jack the Giant Killer dan Tom Thumb. Pada tahun 1697, Cherles Perrault telah menerbitkan cerita The Sleeping Beuaty, Red Riding Hood dan Cinderella. Dalam konteks yang lebih moden, wujud cerita pari-pari seperti Peter Pan (1904) oleh J.M. Barrie, dan cerita Just So Stories (1902) oleh rudyard Kipling. Tradisi kesusasteraan Arab juga memiliki cerita pari-pari yang terkenal, seperti yang terhimpun dalam Kisah 1001 Malam. Antara Kisah Pelayaran sindbad yang penuh keajaiban dan keluarbiasaan. Sebahagian daripada cerita pari-pari Arab tersebar luas dalam kesusasteraan Melayu seperti yang dapat dilihat dalam kisah Aladin dan Lampu Ajaib. Sastera rakyat Melayu kaya dengan cerita pari-pari, khususnya dalam Hikayat Lipur Lara. Dalam karya seperti Hikayat Malim Deman, Hikayat Malim Dewan dan Hikayat Inderaputera, terdapat banyak unsur alam kayangan, kesaktian, dan keajaiban yang sangat luar biasa. Contohnya, kewujudan kerajaan di kayangan, puteri dan putera yang boleh terbang, binatang hebat dan senjata sakti. |
civil war | perang saudara | Sains Politik | Politik Perbandingan | Konflik yang tercetus antara kelompok, etnik, puak atau golongan tertentu di kalangan rakyat dalam sesebuah negara. Peperangan ini boleh terjadi disebabkan oleh faktor ketidakpuasan hati atau penindasan satu pihak terhadap pihak yang lain, ketidakseimbangan pembahagian kekuasaan politik, ekonomi atau kewujudan jurang sosial yang melampau antara kelompok. Perang saudara kebiasaannya berlanjutan dalam tempoh yang panjang. Konflik seperti ini boleh berakhir melalui rundingan yang dipelopori oleh pihak ketiga dari luar atau melalui desakan kuasa-kuasa berkepentingan terhadap pihak yang terlibat setelah pihak yang berkonflik gagal mencari jalan penyelesaian. Contohnya, Perang Balkan yang terjadi antara pihak Serb, Croatia dan Bosnia di negara bekas kesatuan Yugoslavia pada tahun l992. |
feudalism | feudalisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem masyarakat yang didominasi oleh golongan diraja dan bangsawan dengan golongan rakyatnya berada dalam kedudukan bawah, lemah serta menjadi subjek kepada raja. Dalam sistem ini, raja memiliki kuasa yang tinggi dan memerintah tanpa batasan serta dibantu oleh golongan pembesar atau bangsawan yang memiliki kedudukan tinggi dalam masyarakat. Kekuasaan pemerintah tertumpu pada istana dan tidak ada suatu badan yang memeriksa kedudukan kuasa raja ini. Dengan itu, raja bebas memerintah menurut budi bicara sendiri dan hanya mendengar nasihat daripada pembantunya. Dalam sistem ini, peralihan kuasa berasaskan keturunan yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Rakyat di bawah pemerintahan ini mengerjakan tanah raja atau menyewa tanah pembesar untuk menyara hidup. Fahaman ini mementingkan kedudukan hierarki, unsur setia dan daulat antara pemerintah dengan rakyat. Contohnya, sistem Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-14 jelas mengamalkan sistem feudalisme. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
takan III | kawasan; 1 tempat terbuka atau lapangan baik kecil atau pun sangat luas: ~ nyat kawasan luas; 2 lingkungan sst keluasan yg termasuk di dlm sst pemerintahan atau kekuasaan, daerah sst kerajaan, pemerintahan, dll, wilayah; 3 daerah atau wilayah yg sama kead | Melanau Mukah | |
rameng | cengkam, cengkaman; 1 cengkeraman dgn kuku atau cakar: belabau nda mudah lepaih kuman ~ sieng tikus jarang-jarang lepas drpd cengkaman kucing; ripih menyaeh ~ lengen latihan menguatkan cengkaman tangan; 2 ki kekuasaan yg menindas, memeras, menekan, menye | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
kekuasaan | [ke.kua.sa.an] | ککواساءن |
|
Tesaurus |
---|
| kuasa | 1. Bersinonim dengan daya ( kemampuan, keupayaan, kesanggupan, kebolehan, kudrat, tenaga, ) (kata nama:)
2. Bersinonim dengan wibawa ( pengaruh, hak, mandat, daulat, ) (kata nama:)
3. Bersinonim dengan kekuatan ( ketahanan, keagungan, kawalan, cengkaman, pengaruh, ) (kata nama:)
4. Bersinonim dengan sanggup ( minat, rela, mahu, hendak, ) (kata kerja:)
| Kata Terbitan : sekuasa-kuasanya, berkuasa, menguasai, menguasakan, kekuasaan, penguasaan, penguasa, |
|
|