Kata |
Takrif |
Sumber |
mandataris | IB orang yg menerima mandat, penerima mandat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mandat | 1 amanah yg diberikan oleh orang ramai kpd wakil mereka utk melakukan sesuatu. 2 kuasa atau tugas yg diberikan oleh pihak-pihak yg lebih tinggi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mandat | 1. amanah yg diberikan oleh orang ramai atau sesuatu kumpulan kpd wakil mereka (dlm mesyuarat dll utk mengemukakan pendapat, memajukan permintaan, dll): Perdana Menteri itu akan meminta ~ baru drpd rakyat; 2. kuasa yg diberikan oleh pihak yg lebih tinggi: Presiden telah memberikan ~ kpd Perdana Menteri utk membentuk kabinet baharu; 3. Id surat kuasa, surat perintah (membayar dll): ia masih menunggu ~ utk membayar gaji pekerja-pekerja; 4. kuasa yg diberikan oleh Liga Bangsa-Bangsa (sekarang Bangsa-Bangsa Bersatu) kpd sesebuah negara utk mentadbir sesuatu wilayah dsb; 5. kuasa mentadbir sesebuah negara asing dll yg diamanahkan kpd sesuatu pihak berkuasa: ran-cangan itu menyeru supaya wilayah-wilayah Gaza dan Tebing Barat diletakkan di bawah ~ Bangsa-Bangsa Bersatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
muda | 1. belum tua (orang dll), masih remaja: sesetengah drpd mereka masih ~ mentah; anak ~ gadis atau teruna; kaum ~ golongan orang muda, generasi baru; 2. belum masak atau tua (buah-buahan, daun-daunan, dll), baru menjadi (parut, kulit, dll): kelapa ~; parut ~; 3.masih baru (diadakan, diusahakan, dll), belum lama (wujudnya sesuatu): kita juga telah diberi mandat utk memandu negeri ini dr sebuah negeri ~ menjadi negara dewasa; 4.masih awal (hari, bulan, dll), belum menghujung (lewat): malam masih ~ tetapi jalan raya telah mulai lengang; orang telah pulang ke rumah masing-masing sebab telah meng-habiskan wang di bulan ~; 5. tingkatan (kedudukan, pangkat, dll) yg kedua: laksamana ~; leftenan ~; menteri ~; raja ~ bakal raja; 6.yg terakhir atau baru (isteri): isteri ~; 7.kurang gelap atau tua (warna), agak pucat: merah ~; hijau ~;~ belia muda sekali; ~ hati = ~ fikiran (orang tua) yg tingkah lakunya spt orang muda; ~jelita orang yg muda lagi jelita (gadis); ~mentah bp sangat muda; ~-mudi; a) golonganorang muda; b) Id tarian antara laki-laki dan perempuan yg moden (bukan dansa); ~ re-maja muda yg sudah hampir akan baligh; ~ terala orang muda yg berpangkat tinggi; main ~ berseronok (bersuka-sukaan) dgn perempuan; bermuda Mn bermain muda, bermukah, berzina; ~ diri selalu benar berkahwin; bermuda-muda Mn berkelakuan spt orang muda; memudakan membuat (menjadikan dll) muda, menganggap muda: selesai ~ wajah, sibuk pula dia memilih tali leher; mempermuda menjadikan lebih muda: tentu sekarang ia berkurang akan ~ kulitnya; kemudaan perihal muda, keadaan (masih) muda: menurutkan nafsu ~nya; kerana ~ usia, maka para belia masih memerlukan bimbingan, nasihat, teguran serta tunjuk ajar drpd golongan yg lebih berumur; kemuda-mudaan bertingkah laku spt anakmuda;pemuda orang yg masih muda (lelaki), anak(lelaki) yg masih remaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
mandate | nmandat: the delegations ~ was to develop more intensive trading in raw materials, mandat para perwakilan itu adalah utk mewujudkan perdagangan bahan-bahan mentah yg lebih giat; the new government had a clear ~ from the electorate, k | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
mandate | vt 1. (usu pass.) assign (territory) to another nation to rule, memerintah dgn mandat: the ~d territory, wilayah yg diperintah dgn mandat; 2. delegate authority to, (act.) memberikan ma | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
mandates identification | identifikasi mandat | pengenalpastian mandat | pengenalpastian mandat/identifikasi mandat | Sains Politik |
mandate | mandat | mandat | mandat | Sains Politik |
political mandate | mandat politik | mandat politik | mandat politik | Sains Politik |
mandated territory | wilayah mandat | wilayah mandat | wilayah mandat | Sains Politik |
mandated territory | wilayah mandat | Tiada | wilayah mandat | Undang-undang |
mandated state | negara mandat | Tiada | negara mandat | Undang-undang |
international economic mandate | mandat ekonomi antarabangsa | Tiada | mandat ekonomi antarabangsa | Undang-undang |
international ecological mandate | mandat ekologi internasional | Tiada | mandat ekologi antarabangsa | Undang-undang |
mandatory power | kekuasaan mandat | kuasa mandat | kuasa mandatori | Sains Politik |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
mandate | mandat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kepercayaan, amanah atau kuasa yang diberikan kepada individu, organisasi atau kerajaan untuk menjalankan sesuatu tanggungjawab. Dalam konteks pemerintahan negara, mandat diperoleh daripada rakyat atau majlis pemerintahan dan seterusnya memberi hak mentadbir dan memerintah. Mandat memberi satu kelebihan, autoriti serta legitimasi kepada pemerintah. Contohnya, Barisan Nasional diberi mandat membentuk kerajaan setelah memenangi pilihan raya 1974. |
elctor mandate | mandat pengundi | Undang-undang | Tiada | Mandat pengundi kepada wakil yang dipilih dalam pilihan raya. |
administered territory | wilayah tadbir | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Sistem mandat yang diperuntukkan melalui artikel XXII (22) di bawah persetujuan Liga Bangsa. Sejarah sistem ini merupakan satu pertanggungjawaban sesebuah negara untuk mengurus tadbir wilayah bekas jajahan. Urus tadbir wilayah ini diserahkan di bawah tanggungjawab negara tertentu melalui amanah Liga Bangsa. Contohnya, pada tahun 1920, Afrika Selatan di bawah mandat ini diberikan tanggungjawab untuk mentadbir Barat Daya Afrika (Namibia). Objektif asas sistem ini adalah untuk merancang dan mengukuhkan pembangunan wilayah yang masih lagi dianggap belum bersedia berdikari. Negara yang diberi mandat akan memegang autoriti pentadbiran wilayah sehingga wilayah tersebut bersedia untuk mentadbir sendiri menurut ketetapan Liga Bangsa. |
mandate | mandat | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
mandate | mandat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
mandate | mandat | Sains Politik | Tiada | Tiada |
mandate | mandat | Undang-undang | Tiada | Tiada |
mandate | mandat | Sejarah | Tiada | Tiada |
mandate | mandat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
political mandate | mandat politik | Sains Politik | Tiada | Tiada |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
kuasak | mandat; kuasa | TETAW | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
mandat | [man.dat] | مندت |
|
|