Kata |
Takrif |
Sumber |
kewibawaan | 1 kepakaran dlm sesuatu bidang ilmu pengetahuan. 2 kuasa dan hak memberi perintah yg mesti diikut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kewibawaan | 1. kekuasaan, hak, atau keupayaan yg membolehkan seseorang dll menguasai atau mengarah orang lain atau menerbitkan pengaruh yg kuat: kewibawaannya sbg pemimpin persatuan itu dipertikaikan; memang benar pemimpin yg dikurniai daya penarik dan ~ utk menggerakkan rakyat itu seorang diktator; ~nya terpelihara dan dia akan menguasai terus masyarakatnya; 2. sifat atau keistimewaan sesuatu, spt sesebuah institusi atau terbitan yg menjadikannya dapat dipertanggungjawabkan atau dijadikan pegangan: ~ Dewan Bahasa dan Pustaka sbg badan pembinaan dan pengembangan bahasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kewibawaan data(data integrity) | Tahap kesahihan, ketepatan, keselanjaran, dan kesempurnaan data yang disimpan, dihantar, atau diproses oleh sistem. | Kamus Komputer |
kewibawaan(integrity) | 1. Tahap kesahihan hasil kerja atau data yang dikeluarkan oleh perkakasan atau perisian. 2. Proses penjagaan sistem supaya dapat bekerja dengan sempurna dan menepati ketentuan yang ditetapkan. | Kamus Komputer |
kewibawaan | 2 kuasa dan hak memberi perintah yg mesti diikut. | Kamus Pelajar |
kewibawaan | 1 kepakaran dlm sesuatu bidang ilmu pengetahuan. | Kamus Pelajar |
wibawa | = kewibawaan 1. kekuasaan, hak, atau keupayaan yg membolehkan seseorang dll menguasai atau mengarah orang lain atau menerbitkan pengaruh yg kuat: kewibawaannya sbg pemimpin persatuan itu dipertikaikan; memang benar pemimpin yg dikurniai daya penarik dan ~ utk menggerakkan rakyat itu seorang diktator; ~nya terpelihara dan dia akan menguasai terus masyarakatnya; 2. sifat atau keistimewaan sesuatu, spt sesebuah institusi atau terbitan yg menjadikannya dapat dipertanggungjawabkan atau dijadikan pegangan: ~ Dewan Bahasa dan Pustaka sbg badan pembinaan dan pengembangan bahasa; berwibawa = berkewibawaan mempunyai wibawa (kewibawaan): penggunaan kata ini akan diterima orang akhirnya jika kamus tersebut ~; utk menjadi media massa yg ~, maka gaya, isi, dan pendekatannya harus ditumpukan pd manusia dan permasalahannya yg sebenar; pemimpin juga harus cekap berfikir, cekap berpidato, mempunyai karisma tertentu, ~ tinggi, serta sentiasa bercakap positif. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wibawa | , = kewibawaan 1 kepakaran dlm sesuatu bidang ilmu pengetahuan. 2 kuasa dan hak memberi perintah yg mesti diikut. berwibawa 1 mempunyai kepakaran dlm sesuatu bidang ilmu pengetahuan. 2 berkuasa dan berhak mengeluarkan perintah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kawibawan | kewibawaan; ®wibawa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wibawa | kewibawaan | Kamus Pelajar |
Kata |
Takrif |
Sumber |
exertion | n 1. act, fact of exerting, penggunaan: ~ of authority is not always wise, penggunaan kewibawaan tdk selalunya bijak; 2. physical effort, penggunaan tenaga, menggunakan tenaga: mountaineering requires too much ~ for me, kegiatan mendaki gunung memerlukan penggunaan tenaga yg terlalu banyak bagi saya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
functional | adj 1. rel to a function, fungsi(an): he has ~ authority over his department, dia mempunyai kewibawaan fungsian atas jabatannya; the problem is a ~ one and should be solved in time, masalah itu masalah fungsian dan lama kelamaan dapat diselesaikan; 2. practical rather than decorative, fungsi; (attrib) fungsian: an apron is decorative as well as ~, apron sbg hiasan dan ada fungsinya; a ~ piece of furniture, sebuah perabot fungsian; ~ design, reka bentuk fungsian; 3. working, (of machine) berjalan, berfungsi: these machines are no longer ~, mesin-mesin ini tdk lagi berfungsi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
authority | n 1. power, right to exact obedience, judge, etc, a. (leg.) kuasa: he had no ~ to act on the matter, dia tdk mempunyai kuasa utk bertindak dlm hal itu; a teacher has ~ over his pupils, guru mempunyai kuasa thdp murid-muridnya; b. (moral ) kewibawaan: he questioned the ~ of his father, dia mempersoalkan kewibawaan bapanya; c. (randomly exercised ) pengaruh: he exercised absolute ~ over the younger children, dia mempunyai pengaruh sepenuhnya thdp kanak-kanak yg lebih muda daripadanya; 2. (esp in pl) person, body having such power, pihak berkuasa: the university authorities, pihak berkuasa universiti; 3. delegated power, kuasa yg diberikan: he was acting on the managers ~, dia bertindak dgn kuasa yg diberikan oleh pengurus; 4. influence, power resulting from knowledge etc, kewibawaan: his ~ as a critic was undeniable, kewibawaannya sbg pengkritik tdk dapat dinafikan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
authority | kewibawaan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lihat autoriti. |
parental competency | kewibawaan keibubapaan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Penilaian tentang keupayaan atau kebolehan ibu bapa yang dibuat oleh orang lain terhadap mereka, dan penilaian ini dibuat untuk melihat kemahiran atau kebolehan ibu bapa dalam mengurus dan mengawal tingkah laku anak mereka. Ibu bapa juga dinilai tentang keupayaan mereka dalam mengukur keberkesanan diri sendiri sebagai ibu bapa. |
authority | autoriti | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kuasa yang dimiliki oleh seseorang, organisasi atau pihak tertentu dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diberikan kepadanya secara sah. Dengan kuasa ini, ia mempunyai hak dan keupayaan untuk menjalankan tanggungjawabnya. Autoriti tidak memerlukan kerasionalan dalam tindakannya, sebaliknya lebih mementingkan atau memerlukan sumber yang sah bagi tindakan yang dilakukan. Dalam konteks sosiologi pula, autoriti merujuk kepada gabungan beberapa bentuk kuasa seperti autoriti tradisional iaitu raja atau sultan, autoriti karismatik iaitu sifat kepimpinan yang hebat dan secara semula jadi yang dimiliki oleh seseorang individu tertentu seperti Soekarno dari Indonesia, dan juga autoriti rasional legal iaitu autoriti yang berasaskan kepada sumber undang-undang bertulis seperti polis yang mempunyai kuasa dalam mengawal ketenteraman awam. Sinonim kewibawaan. |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
kewibawaan | [ke.wi.ba.wa.an] | کويباواءن |
|
|