Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
winter protection | perlindungan musim sejuk | Landskap | Tiada | Usaha memberi kawalan dari keadaan yang membahayakan oleh iklim sejuk ke atas sesuatu spesies tumbuhan. |
contaminate | pengkontaminasi | Perubatan | Tiada | 1. Menjadikan sesuatu tidak selamat digunakan kerana dicemar oleh bahan yang membahayakan.,2. Menjadikan sesuatu tidak tulen atau kotor. |
air pollution episode | episod pencemaran udara | Kejuruteraan | Tiada | Tempoh kepekatan bahan cemar di udara mencapai aras yang membahayakan kesihatan. |
pollutant | pencemar | Hidrologi | Tiada | Kumbahan, buangan industri, atau bahan lain yang membahayakan atau tidak diingini yang akan menurunkan mutu air. |
pollutant | pencemar | Sains dan Teknologi | Tiada | Kumbahan, buangan industri, atau bahan lain yang membahayakan atau tidak diingini yang akan menurunkan mutu air. |
contaminated instrument | alat terkontaminasi | Perubatan | Tiada | Peralatan yang tidak selamat digunakan kerana telah dicemar oleh bahan yang membahayakan seperti organisma. |
optimum flight | penerbangan optimum | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Penerbangan pesawat yang dirancang dan dikemudi sedemikian rupa supaya sempurna, mengikut keadaan optimum masa minimum, dan pendedahan minimum terhadap cuaca yang membahayakan penerbangan. Penerbangan optimum lazimnya bukan merupakan penerbangan minimum. |
defibrilation | defibrilasi | Perubatan | Tiada | Pemberian kejutan elektrik pada kadar atau amaun yang ditetapkan di atas dada untuk menghapuskan disritmia yang membahayakan nyawa. Biasanya dilakukan ke atas pesakit yang mengalami fibrilasi ventrikel, takikardia ventrikel dan fibrilasi atrium. |
defibrilation | defibrilasi | Kejururawatan | Tiada | Pemberian kejutan elektrik pada kadar atau amaun yang ditetapkan di atas dada untuk menghapuskan disritmia yang membahayakan nyawa. Biasanya dilakukan ke atas pesakit yang mengalami fibrilasi ventrikel, takikardia ventrikel dan fibrilasi atrium. |
nightmare disorder | kecelaruan mimpi ngeri | Psikologi | Psikologi Umum | Kecelaruan tidur yang dicirikan oleh kekerapan mimpi buruk. Dalam mimpi tersebut, individu biasanya berada dalam suasana yang membahayakan atau mengancam kehidupan khususnya pada bahagian kedua peringkat tidur, iaitu pada peringkat gerak mata cepat (REM). Mimpi ini akan mempengaruhi kesejahteraan hidup individu tersebut. Semua individu berkemungkinan mengalami mimpi buruk tetapi mereka yang menghidapi kecelaruan mimpi ngeri akan mengalaminya dengan kerap. Kecelaruan ini dinyatakan dalam DSM-IV nombor 307.47. Sinonim kecelaruan kebimbangan mimpi ngeri. |