Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
BUAH KERAS

Buah keras yang juga dikenali sebagai pokok

minyak buah keras atau candleberry, ialah

pokok malar hijau di Asia Tenggara.

UMUM
SERMET

Sermet ialah bahan keras yang boleh tahan

terhadap suhu tinggi. Namanya berasal daripada

perkataan seramik dan logam. Bahan seramik adalah

keras dan rapuh. Sermet terdiri daripada seramik

refraktori dan pengikat logam. Lihat juga Refraktori.

UMUM
ANKYLOSAURUS

Ankylosaurus ialah dinosaur berkulit keras

yang amat besar yang hidup antara 68 juta tahun

dengan 65 juta tahun dahulu, di barat Amerika

Utara kini. Nama ankylosaurus , bermakna cicak

bercantum , dan menggambarkan kulit kerasnya,

yang terdiri daripada kepingan bertulang yang

bercantum atau tumbuh bersama. Kulit keras ini

melindungi semua bahagian tubuhnya yang

terdedah, termasuk kepala, belakang dan ekor.

UMUM
AMBER

Amber ialah resin terfosil yang keras, berwarna

perang kekuningan. Ia terutamanya berasal

daripada resin pokok pain yang tumbuh di utara

Eropah berjuta-juta tahun dahulu. Resin ini ialah

bahan melekit yang dicampurkan dengan minyak

pada pokok itu. Apabila minyak itu teroksida

(berpadu dengan oksigen), resin keras terhasil.

UMUM
TAKONIT

Takonit ialah batu keras yang mengandungi

lebih kurang 30 peratus besi dalam bentuk serbuk

halus besi oksida. Kandungan yang selebihnya

terdiri daripada mineral yang dinamakan chert .

Takonit banyak didapati di Banjaran Mesabi di

Minnesota, Amerika Syarikat. Ia adalah batuan

induk yang daripadanya terbentuk mendapan bijih

besi Mesabi yang terkenal. Longgokan bijih besi

yang penting ini berada bertaburan dalam

kawasan takonit yang panjangnya 160 kilometer

dan lebarnya 1.5 kilometer hingga 3 kilometer. Besi

dalam takonit wujud terutamanya sebagai oksida

hitam magnetit atau batu magnet dan oksida

merah hematit .

UMUM
TELAPUK

Telapuk ialah ketumbuhan keras pada kaki

mamalia yang dinamakan ungulat. Ungulat termasuk

babi, kuda belang, kuda dan haiwan bertanduk.

Telapuk dibuat daripada tanduk iaitu bahan yang

terbentuk daripada epidermis (lapisan luar kulit).

UMUM
OSMIUM

Osmium ialah unsur logam keras, simbol kimianya

ialah Os. Beratnya dua kali berat plumbum, dan

mempunyai ketumpatan 22.48 gram per sentimeter

padu pada 20 ° C. Berat atomnya ialah 190.2 dan

nombor atomnya ialah 76. Smithson Tennant, ahli

kimia British, menemui osmium pada tahun 1804.

UMUM
SUET

Suet ialah lemak putih, keras di sekeliling loin dan

ginjal sesetengah haiwan, terutamanya lembu dan

biri-biri dewasa. Suet yang cair membentuk lemak

haiwan yang digunakan untuk membuat lilin dan

sabun. Suet lembu digunakan untuk menggoreng

dan memasak. Suet digunakan sebagai makanan

burung.

UMUM
EMERI

Emeri ialah batu keras berwarna hitam atau

kelabu yang digunakan untuk mengasah dan

menggilap. Kebanyakan emeri terdiri daripada

terutamanya mineral korundum, magnetit dan

spinel.

UMUM
NILAM

Nilam, sejenis batu permata yang keras dan jernih.

Ia juga adalah sejenis mineral korundum. Nilam yang

terkenal ialah nilam biru. Warnanya berpunca dari

sejumlah kecil besi dan titanium yang berada di

dalam batu. Nilam juga ada dalam pelbagai warna

seperti kuning, hijau putih, hitam, ungu dan oren.

Nilam bukan biru dinamakan nilam hiasan.

Korundum berjenis merah dikenali sebagai delima.

UMUM
Tesaurus
 
keras
1. Bersinonim dengan kuat
( kukuh, teguh, tegap, liat, )
(adjektif:)
Berantonim dengan lembut

2. Bersinonim dengan bersungguh-sungguh
( giat, tekun, tekal, ceka, nekad, tabah, sepenuh hati, penuh minat, )
(adverba:)
Berantonim dengan sambil lewa

3. Bersinonim dengan tegas
( teguh pendirian)
(adjektif:)
Berantonim dengan tolak ansur

4. Dalam konteks kawalan
bersinonim dengan ketat, rapi,
(adjektif:)
Berantonim dengan longgar

5. Dalam konteks penyakit
bersinonim dengan teruk, tenat, berat, payah, yang membahayakan,
(adjektif:)
Berantonim dengan ringan

6. Bersinonim dengan hebat
( kuat, gagah, berani, )
(adjektif:)
Berantonim dengan lemah

7. Dalam konteks angin
bersinonim dengan kencang, deras, kuat, laju,
(adjektif:)

8. Dalam konteks suara bunyi
bersinonim dengan nyaring, kuat,
(adjektif:)
Berantonim dengan lembut, lunak

9. Dalam konteks kata-kata
bersinonim dengan kesat, kasar, tidak sopan, biadap,
(adjektif:)
Berantonim dengan lembut

10. Bersinonim dengan berpuaka
( berhantu, berpenunggu, )
(kata kerja:)

11. Dalam konteks minuman
bersinonim dengan memabukkan, beralkohol,
(kata kerja:)

12. Dalam konteks kritikan
bersinonim dengan pedas, tajam,
(adjektif:)

Kata Terbitan : berkeras, mengeras, mengerasi, mengeraskan, terkeras, kekerasan, pengerasan,

Puisi
 

Anak enggang terbang sepuluh,
     Hinggap mari dahan berduri;
Sungguh keras buku buluh,
     Dimakan bubuk habis sekali.



Lihat selanjutnya...