Pantun |
Sumber |
Tema |
Elok parang besinya keras, Besi keras kuat menebang; Elok orang hatinya ikhlas, Hati ikhlas adat terpandang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Buah keras dibuat rempah, Dipetik orang sesudah masak; Sudah puas mengikat sumpah, Adik membelakang hatiku kemak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Yang keras bertulang, Yang lunak berdaging; Yang ikhlas terbilang, Yang tamak tergiling. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Elok tombak kerana disepuh, Disepuh dengan baja yang keras; Elok anak kerana diasuh, Diasuh dengan bekerja keras. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat Melayu pantang berkeras, Keras dan paksa sifatnya syaitan; Jahatlah laku orang pemeras, Memeras bangsa dilaknat Tuhan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kencang-kencang angin selatan, Keras sampai tepi kota; Biar miskin tidak makan, Asal terpasang api pelita. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Sulit sungguh memotong kayu, Apabila keras tangan pun sakit; Sakit sungguh menanggung rindu, Dunia yang luas terasa sempit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Payah sungguh bermain silat, Kerana guru terlalu keras; Sudah berpuluh kukirim surat, Tiada satu yang adik balas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Beras jati beras asli, Sedap dimakan diwaktu pagi; Keras hati tidak peduli, Untung tidak bertambah rugi. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Anak enggang terbang sepuluh, Hinggap mari dahan berduri; Sungguh keras buku buluh, Dimakan bubuk habis sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
|
Tesaurus |
---|
| keras | 1. Bersinonim dengan kuat ( kukuh, teguh, tegap, liat, ) (adjektif:) Berantonim dengan lembut
2. Bersinonim dengan bersungguh-sungguh ( giat, tekun, tekal, ceka, nekad, tabah, sepenuh hati, penuh minat, ) (adverba:) Berantonim dengan sambil lewa
3. Bersinonim dengan tegas ( teguh pendirian) (adjektif:) Berantonim dengan tolak ansur
4. Dalam konteks kawalan bersinonim dengan ketat, rapi, (adjektif:) Berantonim dengan longgar
5. Dalam konteks penyakit bersinonim dengan teruk, tenat, berat, payah, yang membahayakan, (adjektif:) Berantonim dengan ringan
6. Bersinonim dengan hebat ( kuat, gagah, berani, ) (adjektif:) Berantonim dengan lemah
7. Dalam konteks angin bersinonim dengan kencang, deras, kuat, laju, (adjektif:)
8. Dalam konteks suara bunyi bersinonim dengan nyaring, kuat, (adjektif:) Berantonim dengan lembut, lunak
9. Dalam konteks kata-kata bersinonim dengan kesat, kasar, tidak sopan, biadap, (adjektif:) Berantonim dengan lembut
10. Bersinonim dengan berpuaka ( berhantu, berpenunggu, ) (kata kerja:)
11. Dalam konteks minuman bersinonim dengan memabukkan, beralkohol, (kata kerja:)
12. Dalam konteks kritikan bersinonim dengan pedas, tajam, (adjektif:)
| Kata Terbitan : berkeras, mengeras, mengerasi, mengeraskan, terkeras, kekerasan, pengerasan, |
|
Puisi |
---|
|
Anak enggang terbang sepuluh, Hinggap mari dahan berduri; Sungguh keras buku buluh, Dimakan bubuk habis sekali.
Lihat selanjutnya... |
|