PeribahasaAnjing galak, babi berani.TakrifBertemu lawan yang sepadan; berani sama berani, keras sama keras.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKeras ditakik, lunak disudu.TakrifPerintah haruslah dilakukan dengan segala kebijaksanaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBatu yang keras air pelekuknya; hati yang keras lidah pelembutnya.TakrifOrang yang keras hati dapat dipujuk dengan perkataan yang lemah-lembut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLunak disudu, keras ditakik.TakrifYang menurut dilakukan dengan lemah lembut, sedang yang melawan harus dikerasi. (Bandingkan dengan: a. Keras ditakik, lunak disudu, b. Lemah [lunak] tersudu, keras tak tertakik).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMendapat kopi keras (= pahit).TakrifKena marah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKeras bagai batu, tinggi bagai langit.TakrifTiada mahu menurut perintah; keras kepala.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai buah keras di dalam sekul.TakrifBercakap dalam keadaan tergopoh-gopoh. buah keras = kemiri; sekul = mangkuk yang diperbuat daripada tempurung kelapa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLemah (= lunak) tersudu, keras tak tertakik.TakrifOrang yang teguh pendiriannya. takik = toreh pada kayu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRedup atau panas keras.TakrifUntung-untungan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTegang dinanti kendur, keras dinanti lunak.TakrifMenyelesaikan sesuatu perselisihan, hendaklah dinantikan waktu kedua-dua belah pihak sudah reda kemarahannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| keras | 1. Bersinonim dengan kuat ( kukuh, teguh, tegap, liat, ) (adjektif:) Berantonim dengan lembut
2. Bersinonim dengan bersungguh-sungguh ( giat, tekun, tekal, ceka, nekad, tabah, sepenuh hati, penuh minat, ) (adverba:) Berantonim dengan sambil lewa
3. Bersinonim dengan tegas ( teguh pendirian) (adjektif:) Berantonim dengan tolak ansur
4. Dalam konteks kawalan bersinonim dengan ketat, rapi, (adjektif:) Berantonim dengan longgar
5. Dalam konteks penyakit bersinonim dengan teruk, tenat, berat, payah, yang membahayakan, (adjektif:) Berantonim dengan ringan
6. Bersinonim dengan hebat ( kuat, gagah, berani, ) (adjektif:) Berantonim dengan lemah
7. Dalam konteks angin bersinonim dengan kencang, deras, kuat, laju, (adjektif:)
8. Dalam konteks suara bunyi bersinonim dengan nyaring, kuat, (adjektif:) Berantonim dengan lembut, lunak
9. Dalam konteks kata-kata bersinonim dengan kesat, kasar, tidak sopan, biadap, (adjektif:) Berantonim dengan lembut
10. Bersinonim dengan berpuaka ( berhantu, berpenunggu, ) (kata kerja:)
11. Dalam konteks minuman bersinonim dengan memabukkan, beralkohol, (kata kerja:)
12. Dalam konteks kritikan bersinonim dengan pedas, tajam, (adjektif:)
| Kata Terbitan : berkeras, mengeras, mengerasi, mengeraskan, terkeras, kekerasan, pengerasan, |
|
Puisi |
---|
|
Anak enggang terbang sepuluh, Hinggap mari dahan berduri; Sungguh keras buku buluh, Dimakan bubuk habis sekali.
Lihat selanjutnya... |
|