Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Penduduk di kawasan pedalaman Kampung Hoi tidak berani pergi ke Gua Siung kerana kononnya gua itu keras dan berhantu. Perkatan keras di atas ayat adalah salah, sepatutnya boleh ganti dengan perkataan apa? | Penduduk di kawasan pedalaman Kampung Hoi tidak berani pergi ke Gua Siung kerana kononnya gua itu keras. Ayat ini betul kerana antara makna keras ialah tidak baik kerana (kononnya) ada penunggunya, berpuaka, atau berhantu. | Tatabahasa | 07.10.2011 |
Salam sejantera, Mohon perlu penjelasan frasa "pulang paku buah keras". Harap dapat sertakan contoh ayat bagi menerangkan maksud. Terima kasih. | Pulang paku buah keras bermaksud memulangkan balik kata-kata atau sindiran yang ditujukan kepadanya dahulu kepada orang yang menyindirnya. Saleha pulang paku buah keras kepada rakannya yang pernah bercerita pasal dirinya. | Makna | 13.02.2013 |
Apakah bentuk pola ayat di bawah? Sila berikan penjelasan. Terima kasih Dia sememangnya budak yang keras kepala A) Frasa Nama + Frasa Nama B) Frasa Nama + Frasa Adjektif | Pola ayat Dia sememangnya budak yang keras kepala - Frasa Nama + Frasa Nama. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 363: Binaan Frasa Nama. | Tatabahasa | 24.01.2011 |
Seorang pekerja didapati positif mengambil ganja semasa menjalankan ujian air kencing. Bila ditanya adakah dia mengambil ganja?...dia lalu berkata ' saya tak tegar'. Diharap pihak tuan dapat menjelaskan dengan terperinci apakah maksud 'dia tak tegar'. Terima kasih | Makna tegar berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat: 1. tidak dapat dilenturkan, keras kaku; 2. ki tidak dapat diubah (pendirian, pendapat, dll), degil: mereka mempunyai pandangan yg ~; ~ hati = ~ tengkuk tidak mahu menurut (mengalah dll), keras hati, keras kepala, degil; ~ pelupuk mata berani; tanah ~ tanah kering yg keras; | Makna | 05.04.2009 |
Salam sejahtera, Tuan, Manakah jawaban yang tepat bagi soalan yang berikut: Ubi yang direbus oleh Mak Cik Leha sudah empuk. Pilih Perkataan berlawan bagi empuk. A keras B liat C lembik D mengkal Sekian terima kasih. | Perkataan "empuk" berlawanan dengan "keras". | Tatabahasa | 30.08.2013 |
APAKAH MAKSUD SERING? | Saudara Puiman, Sering memilki banyak maksud merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Antaranya seperti yang tersebut: 1. kemas dan keras (pintalan tali, benang, dll), keras (kain yg dikanji, kertas tebal, dll); 2. tegang (tali diregangkan, urat, dll), kejang; 3. ark kurus tetapi mampat dagingnya serta cergas dan tegap (badan orang): orang yg suka makan pedas, badannya ~ tapi liat; 1. = sering-sering kerap kali, acap kali, selalu: orang itu ~ sahaja datang ke rumahnya; 2. = sering-sering ark kadang-kadang: Ali dan Azman sering-sering ber-tengkar; keseringan perihal sering (selalu), kekerapan, acap kalinya: ~ penggunaan teknik ini bisa mengaburkan cerita. Untuk memudahkan saudara, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (halaman 1471) dan layari http://prpm.dbp.gov.my untuk maklumat lanjut. | Makna | 12.09.2012 |
tuan, mak ngah terpaksa bekerja keras kerana ________tanggungjawab membesarkan anak-anak selepas kematian suaminya. A menanggung B mendukung C memikul D memangku (tuan, kamus menyatakan maksud memangku ialah 4 memegang sesuatu jawatan; memikul tanggungjawab: .. maka adakah jawaban memangku sesuai digunakan dalam ayat ini? TQ) | jawapan memangku tidak sesuai digunakan bagi soalan di atas dan jawapan yang memberi makna yang betul ialah memikul. | Tatabahasa | 22.08.2011 |
damar | bahan berupa getah keras yang diperoleh daripada beberapa jenis pokok | Makna | 22.12.2008 |
teguh | Antara makna teguh ialah tegap, kukuh, keras, bertenaga, dan berdaya. | Makna | 21.05.2010 |
Apakah perbazaan antara 'rangup' dengan 'garing'? | Rangup ialah mudah pecah; rapuh: biskut yang ~. merangupkan menjadikan rangup: Bahan itu dicampurkan untuk ~ kuih. kerangupan keadaan atau sifat rangup: Biskut itu digemari kerana ~nya. Garing pula ialah agak keras dan kering tetapi rapuh: Biskut itu ~ dan rangup. 2. keras dan telah dimasak lebih lama daripada yang sepatutnya: Ikan itu digoreng terlalu ~ hingga hampir-hampir hangus. | Makna | 29.07.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| keras | 1. Bersinonim dengan kuat ( kukuh, teguh, tegap, liat, ) (adjektif:) Berantonim dengan lembut
2. Bersinonim dengan bersungguh-sungguh ( giat, tekun, tekal, ceka, nekad, tabah, sepenuh hati, penuh minat, ) (adverba:) Berantonim dengan sambil lewa
3. Bersinonim dengan tegas ( teguh pendirian) (adjektif:) Berantonim dengan tolak ansur
4. Dalam konteks kawalan bersinonim dengan ketat, rapi, (adjektif:) Berantonim dengan longgar
5. Dalam konteks penyakit bersinonim dengan teruk, tenat, berat, payah, yang membahayakan, (adjektif:) Berantonim dengan ringan
6. Bersinonim dengan hebat ( kuat, gagah, berani, ) (adjektif:) Berantonim dengan lemah
7. Dalam konteks angin bersinonim dengan kencang, deras, kuat, laju, (adjektif:)
8. Dalam konteks suara bunyi bersinonim dengan nyaring, kuat, (adjektif:) Berantonim dengan lembut, lunak
9. Dalam konteks kata-kata bersinonim dengan kesat, kasar, tidak sopan, biadap, (adjektif:) Berantonim dengan lembut
10. Bersinonim dengan berpuaka ( berhantu, berpenunggu, ) (kata kerja:)
11. Dalam konteks minuman bersinonim dengan memabukkan, beralkohol, (kata kerja:)
12. Dalam konteks kritikan bersinonim dengan pedas, tajam, (adjektif:)
| Kata Terbitan : berkeras, mengeras, mengerasi, mengeraskan, terkeras, kekerasan, pengerasan, |
|
Puisi |
---|
|
Anak enggang terbang sepuluh, Hinggap mari dahan berduri; Sungguh keras buku buluh, Dimakan bubuk habis sekali.
Lihat selanjutnya... |
|