Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
mana yang betul; orang tua-tua/orang-orang tua | 1.orang tua-tua membawa maksud orang-orang lama yang merujuk pengalaman atau petua orang-orang lama. 2.orang-orang tua pula merujuk golongan warga emas. | Tatabahasa | 12.09.2007 |
ingin mengetahui perbezaan di antara:- Orang tua-tua dan orang-orang tua. terima kasih | Kata ganda yang betul ialah orang-orang tua (bukan orang tua-tua) merujuk kepada ramainya orang tua yang ada. | Tatabahasa | 31.10.2009 |
Yang mana betul ungkapan berikut : i. kata orang-orang tua ii kata orang tua-tua | 1.orang tua-tua membawa maksud orang-orang lama yang merujuk pengalaman atau petua orang-orang lama. 2.orang-orang tua pula merujuk golongan warga emas. | Makna | 02.02.2017 |
~melawat ke rumah orang tua ~melawat ke rumah-rumah orang tua ~melawat ke rumah orang-orang tua ~melawat ke rumah orang tua-tua ~melawat rumah orang tua ~melawat rumah-rumah orang tua ~melawat rumah orang-orang tua ~antidadah ~anti-dadah ~anti dadah ~anti-Amerika ~anti Amerika ~antiAmerika ~melawat rumah orang tua-tua YG MANA BETUL TATABAHASANYA? | Orang tua membawa maksud orang yang sudah tua dan orang tua juga boleh bermaksud ibu bapa. Oleh itu, frasa "melawat ke rumah orang tua" boleh membawa dua makna tersebut dan frasa "melawat ke rumah orang-orang tua" bermaksud melawat ke rumah orang yang sudah tua. Kata melawat perlu diikuti kata sendi nama ke kerana dihadapannya ialah tempat, iaitu rumah orang tua/rumah orang-orang tua. Ejaan yang betul ialah antidadah dan anti-Amerika. Perkataan anti ialah awalan asing yang bersambung terus dengan perkataan yang mengikutinya kecuali kata nama khas seperti anti-Amerika dan anti-Yahudi. | Tatabahasa | 06.10.2012 |
sila bezakan'orang tua-tua' dengan 'orang-orang tua'!Sila sertakan ayat-ayatnya agar memudahkan pemahaman | Frasa "orang tua" ialah kata majmuk. Apabila kita menggandakan kata majmuk hanya perkataan pertama digandakan, maka terhasillah orang-orang tua seperti Rumah Orang-orang Tua. Orang tua-tua pula merujuk pada orang yg dianggap sudah lanjut usianya dan luas pengetahuannya. Contoh ayat: Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan dalam kehidupan. | Tatabahasa | 26.03.2014 |
1)Manakah antara berikut yang benar? rumah orang-orang tua, rumah orang tua-tua atau rumah orang tua sahaja. * Ramai rakan saya yang mengatakan "rumah orang-orang tua" sedangkan saya berpendapat orang-orang membawa maksud sejenis patung yang dibuat untuk menakutkan burung di bendang. 2) Manakah ayat yang berikut benar? i) Mereka sedang menjalankan latihan kawat di padang. ii) Mereka sedang menjalani latihan kawat di padang. 3) | 1. Frasa yang betul ialah rumah orang tua. 2. Ayat yang betul ialah mereka sedang menjalani latihan kawad di padang. | Istilah | 12.04.2009 |
Rumah orang-orang tua atau rumah orang tua-tua? Sila jelaskan. | Yang betul ialah rumah orang-orang tua atau memadai dengan rumah orang tua. | Tatabahasa | 03.01.2012 |
Saya inginkan penjelasan mengenai istilah mana yang betul: orang-orang tua atau orang tua-tua. Terima kasih. | Istilah orang tua-tua membawa maksud orang-orang lama yang merujuk pengalaman atau petua orang-orang lama, manakala orang-orang tua pula merujuk golongan warga emas. | Makna | 22.07.2010 |
Perbezaan antara orang-orang tua dengan orang tua | Puan Efarizan, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. orang-orang tua bermaksud dalam sesuatu kumpulan itu, orangnya tua-tua semuanya. Boleh juga menunjukkan kata ganda bagi ramai orang tua - perkataan pertamanya yang digandakan. Manakala bagi perkataan orang tua - seseorang itu yang dibandingkan dari segi umurnya. | Makna | 07.03.2009 |
Yang mana betul, Rumah Orang-orang Tua atau Rumah Orang Tua-tua. Terima kasih. | Yang betul ialah Rumah Orang-orang Tua. | Tatabahasa | 11.09.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| tua (adjektif) | 1. Bersinonim dengan berumur: sudah lanjut usia, sudah baya, sudah berubah, sudah bongkok, berida, tua ganyut, tua leler, tua lontok, tua renta, tua nyanyuk, gae, gayu, Berantonim dengan muda
2. Bersinonim dengan lama: kuno, ketinggalan zaman, purba, silam, usang, lusuh, lapuk, uzur, primitif, arkaik, Berantonim dengan baru
3. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan malam, larut, jauh malam,
4. Dalam konteks buah bersinonim dengan hampir masak, masak, ranum, Berantonim dengan muda
5. Dalam konteks warna bersinonim dengan gelap, pekat, Berantonim dengan muda
6. Dalam konteks emas bersinonim dengan baik, tulen, jati, murni, Berantonim dengan lancung
| Kata Terbitan : tua-tua, |
|
Puisi |
---|
|
Dari cempedak baik nangka, Nangka panjang tangkainya; Dari budak baik orang tua, Orang tua panjang akalnya.
Lihat selanjutnya... |
|