Kata |
Takrif |
Sumber |
silam | 1 telah berlalu atau telah lampau waktunya: sepuluh tahun yg ~. 2 redup atau muram keadaannya: Hari pun ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
silam II | ; kapal ~ kapal selam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
silam | 2 redup atau muram keadaannya; gelap; kelam: Hari pun ~. | Kamus Pelajar |
silam | 1 telah berlalu atau telah lampau waktunya: sepuluh tahun yg ~. | Kamus Pelajar |
silam I | 1. gelap (cuaca), kelam, suram: ~ tidak lagi nampaknya terang; 2. sudah terbenam (matahari); 3. telah lampau (lalu): semuanya itu adalah cerita dahulu, kisah zaman ~ yg hanya dapat dikenang-kenang sahaja; menyilamkan 1. menggelapkan, mengelamkan, menyuramkan; 2. menenggelamkan, membenamkan; tersilam kemalaman; kesilaman keadaan (zaman silam). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kapal silam | kapal selam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesilaman | keadaan (zaman silam). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
xilolarium | koleksi sampel kayu zaman silam dan kayu yg masih wujud dgn dinyatakan nama biasa, nama tempatan, nama saintifik dan asal usul kayu tertentu, biasanya digunakan sbg bahan rujukan utk pengecaman dan pemiawaian nama. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
revivalisme | (révivalisme) gerakan atau kecenderungan utk menghidupkan kembali adat (idea, gaya dsb) yg lampau: pendekatan ~ menghidupkan kembali gaya rupa silam dlm konteks reka bentuk kontemporari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memomok-momokkan | menimbulkan atau menyebabkan rasa takut-takut, menakutnakutkan: hari ini juga anak bangsa terus dibuai dan dimomok-momokkan dgn kisah silam yg semakin kusam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
departed | adj silam, /sudah, telah/ luput: he saw the ~ glories of Rome in the old ruins, dia dapat membayangkan keagungan silam Rom pd runtuhan-runtuhan lama itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
former | adj 1. olden, dahulu, dulu, silam: the costumes of ~ days, pakaian masa dahulu; in ~ times, pd zaman dahulu; 2. of the past, dahulu, dulu: he will never regain his ~ power, dia tdk mungkin mendapat kembali kuasanya yg dahulu; be os ~ self, spt diri sso /dahulu, dulu/: she is certainly not her ~ self, dia tdk spt dirinya dahulu; 3. having been at a previous time, bekas: he is a ~ pupil of mine, dia bekas murid saya; his ~ wife, bekas isterinya; 4. first mentioned of two, pertama, awal: in the ~ case, dlm hal pertama; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dwell | ~ /on, upon /, a. think about, memikirkan: its no use ~ing too much on the past, tdk ada gunanya terlalu memikirkan masa silam; b. speak, write at length about, banyak memperkatakan: in his speech the Prime Minister dwelt upon the importance of unity, dlm ucapannya, Perdana Menteri banyak memperkatakan ttg pentingnya perpaduan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
companionable | adj [no specif translation]: they shared a ~ afternoon talking about the good old days, mereka menghabiskan petang itu berbual-bual ttg masa silam; to sit on the verandah in ~ silence, duduk di beranda sambil menikmati kesunyian. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bury | ~ os face (in st), menyembamkan muka (ke sst); ~ os in os /books, studies/, asyik /dgn buku, belajar/ sahaja; ~ os in the country, /memencilkan, mengasingkan/ diri di desa; be buried in /thoughts, memories/ of the past, hanyut dlm kenangan masa /lampau, silam, lalu/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
hallowed | adj 1. (of God, His name) Maha Suci: ~ be Thy name, Maha Suci nama-Mu; 2. made holy, ditahbiskan, suci: ~ ground, tanah suci; ~ oil, minyak yg ditahbiskan; 3. revered, respected, [various translations]: these ~ halls of learning, dewan ilmu yg mulia ini; the ~ heroes of ancient times, wira-wira zaman silam yg disanjung; ~ memories, kenangan-kenangan murni. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
tradition | tradisi | Kesusasteraan | Tiada | Khazanah kesusasteraan atau adat kepercayaan yang diterima oleh sesuatu bangsa sebagai warisan dari zaman silam. Tradisi mungkin berupa idea, ciri, bentuk, gaya, konvesi, dan lain-lain yang diperlhatkan oleh sekumpulan karya pada sesuatu zaman, contohnya tradisi hikayat dan tradisi epik. |
epic fiction | fiksyen epik | Kesusasteraan | Tiada | Fiksyen yang dicipta tanpa hubung kait dengan unsur mitos, legenda, kepercayaan atau sejarah silam sesuatu masyarakat. Fiksyen epik wujud pada zaman moden dan dihasilkan oleh pengarang moden. Pembentukan watak dan plot cerita merupakan hasil kreativiti pengarang yang memperoleh ilham daripada pengalaman sejarah yang sebenar. Salah satu karya fiksyen epik yang penting ialah War and Peace (1963 1869) karya Leo Tolstoy. Karya ini menceritakan kisah peperangan antara Rusia dengan Perancis. |
animal epic | epik binatang | Kesusasteraan | Tiada | Naratif yang mengandungi siri cerita binatang yang panjang dan bersambung-sambung yang diwarisi daripada cerita rakyat zaman silam. Fokus dalam siri cerita ini berkisar tentang seekor binatang yang memainkan peranan utama selaku wira dengan pelbagai kebolehan luar biasa dan keistimewaan. Watak binatang dibantu oleh binatang lain digambarkan memiliki sifat-sifat manusia. Epik binatang disampaikan dengan nada satira, dan penuh dengan kiasan. Tujuannya untuk memberi pengajaran, menyindir, dan mengkritik manusia biasa. Contoh epik binatang yang terkenal dalam kesusasteraan Melayu tradisional ialah Hikayat Sang Kancil. Dalam konteks masyarakat Melayu tradisional, epik binatang merupakan salah satu sumber hiburan dan pendidikan yang berkesan kepada kanak-kanak. Contohnya Hikayat Sang Kancil dan Hikayat Pelanduk Jenaka. Hikayat ini sering menjadi rujukan kepada ibu bapa bagi mendidik anak-anak supaya sentiasa menggunakan akal dengan bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah dalam kehidupan seharian. Lihat juga fabel binatang. |
archaism | arkaisme | Kesusasteraan | Tiada | Penggunaan perkataan, frasa atau ayat yang dianggap kuno, purba, usang atau antik kerana telah lama tidak digunakan. Perubahan masa menyebabkan banyak perkataan yang pernah digunakan pada zaman silam dianggap lupus dan kuno. Ada kalanya, bahasa arkaik agak sukar difahami maksudnya, dan memerlukan penelitian yang lebih terperinci. Umumnya, bahasa arkaik banyak ditemui dalam puisi. Dalam kesusasteraan Inggeris, perkataan seperti thye, thee, atau morn merupakan perkataan arkaik. Arkaisme mempunyai peranan tertentu, antaranya dapat meninggalkan kesan penggunaan bahasa yang berbeza daripada bahasa biasa, serta dapat menimbulkan suasana budaya masa lampau kepada pembaca masa kini. Dalam tradisi Melayu, bahasa arkaik banyak ditemui dalam teks Melayu lama, khususnya dalam mantera Melayu. |
myth | mitos | Kesusasteraan | Tiada | Cerita rakyat bersifat prosa yang diasosiasikan dengan kepercayaan agama. Mitos biasanya memerikan perlakuan tuhan dan para dewa atau makhluk suci dengan peristiwa yang dipercayai benar oleh masyarakat berkenaan. Peristiwa dalam mitos berlaku pada zaman silam, iaitu pada zaman sebelum atau pada awal kewujudan manusia. Oleh sebab kaitannya yang rapat dengan agama dan kepercayaan, maka mitos bersifat suci dan serius. Mitos berfungsi untuk mengesahkan atau menjelaskan beberapa kejadian alam, kepercayaan, upacara dan adat suku masyarakat tertentu. Mitos biasanya menceritakan asal usul kejadian makhluk dan alam, termasuklah kejadian fenomena alam yang tertentu. Contoh mitos yang terkenal dalam kalangan masyarakat Yunani ialah Prometheus dan Sisyphus. Mitos berdasarkan pemahaman sekarang bersifat popular dan diberi tafsiran yang berbeza, iaitu sesuatu yang dongeng atau tidak benar. |
classic | klasik | Kesusasteraan | Tiada | Kategori karya sastera yang bermutu tinggi yang lahir daripada tamadun Yunani dan Romawi. Karya sastera diakui memiliki keunggulan dan kehebatan sepanjang zaman. Karya sastera klasik bukan sahaja menampilkan pemikiran yang besar tetapi juga memperlihatkan estetik seni yang tinggi bagi bangsa yang melahirkannya. Biasanya, pengarang yang menghasilkan karya klasik merupakan seniman yang mewakili genius zaman silam bagi bangsa berkenaan. Antara karya yang dianggap klasik dalam sejarah kesusasteraan Barat termasuklah karya Homer, Iliad dan Odyssey dan karya karangan Shakespeare bertajuk Hamlet dan Romeo and Juliet. Karya Jane Austen berjudul Pride and Prejudice merupakan contoh karya klasik dalam sejarah kesusasteraan Inggeris. Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, karya yang dianggap klasik umumnya muncul atau lahir dalam era kesusasteraan istana di Pasai, Aceh dan Johor-Riau. Karya berkenaan merupakan nukilan pengarang istana yang dianggap sebagai golongan genius Melayu pada zaman silam. Antara karya yang penting ialah Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, dan Tuhfat al-Nafis. Ketinggian nilai karya ini terletak pada ketinggian pemikiran yang mendasari penulisan karya tersebut. Aspek penting yang diketengahkan dalam karya termasuklah sejarah, adat-istiadat, kepercayaan, sosiopolitik, undang-undang, adab sopan dan sebagainya. Di samping itu, karya klasik memperlihatkan ketinggian seni kesusasteraan Melayu zaman silam yang kaya dengan kehalusan bahasa, ketajaman pemikiran, kekayaan pengalaman, dan keindahan pengucapan. Ketinggian mutu karya bagi suatu bangsa ada kalanya berlaku dalam suatu tempoh masa tertentu yang dianggap sebagai periode klasik bagi hasil kesusasteraan bangsa tersebut. Karya yang tergolong dalam periode itu merupakan karya zaman keemasan dalam sejarah bangsa tersebut. Zaman Abasiyah dianggap zaman keemasan dalam tradisi kesusasteraan Arab tradisional. Abad ke-16 hingga abad ke-19 boleh dianggap sebagai period klasik dalam sejarah kesusasteraan Melayu tradisional. |
new mythology | mitologi baru | Kesusasteraan | Tiada | Penggunaan mitos dan fantasi dalam fiksyen sains. Penggunaan mitos ini tanpa mengambil kira sama ada mitos (mitologi) baru atau tidak. Untuk kesignifikanan mitos baru ini, pengarang sains fiksyen mendakwa bahawa sains fiksyen menerapkan pola-pola mitos silam dalam menstrukturkan teksnya. Pengarang sains fiksyen juga menuntut agar tema sains fiksyen yang popular dan diulang-ulang boleh dianggap sebagai mitos baru bagi sesuatu masyarakat. |
battle of the books | perang buku | Kesusasteraan | Tiada | Sikap pertentangan pendirian atau pandangan para sarjana berhubung dengan penulisan klasik dan moden. Perang buku muncul di akhir abad ke-17 dan awal abad ke-18, terutamanya di Perancis dan England. Sikap pertentangan tercetus akibat kemunculan pemikiran baharu yang berterusan dalam ilmu sains dan falsafah moden. Contohnya, di England sekitar akhir abad ke-17, Sir William Temple melalui tulisannya berjudul An Essay Upon the Ancient and Modern Learning (1690) menolak dakwaan bahawa sesuatu yang klasik lebih rendah daripada yang moden. Tulisan tersebut dicabar oleh William Wotton pada tahun 1694 melalui karyanya berjudul Reflections Upon Ancient and Modern Learning yang menyanjung tinggi keunggulan ilmu moden. Idea perang buku wujud berdasarkan tajuk sebuah prosa satira tulisan Swift berjudul The Battle of the Books yang membawa tema utama, iaitu sesuatu yang berasal dari zaman silam adalah lebih baik. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, idea perang buku bermaksud persaingan ideologi dan pemikiran yang berlaku dalam kalangan pengarang istana Melayu. Justeru, lahir beberapa buah karya, khususnya karya sastera bercorak sejarah yang memperlihatkan bentuk bersaingan ideologi dan pemikiran pengarang Melayu zaman silam. Kelahiran teks Sejarah Melayu pada abad ke-17 memberi beberapa reaksi terhadap teks Hikayat Raja Pasai yang dihasilkan pada abad ke-14. Persaingan pemikiran juga dapat dilihat dalam teks Tuhfat al-Nafis. Dalam karya ini, Raja Ali Haji membawa pemikiran Islam ke dalam penulisan sejarah orang Melayu, sehingga wujud idea yang mempersoalkan martabat raja Melayu yang terungkap dalam Sejarah Melayu, sekali gus mengubah persepsi pembaca terhadap raja-raja Melayu. |
historical play | drama sejarah | Kesusasteraan | Tiada | Drama berdasarkan sejarah atau sebarang peristiwa yang diterima oleh sesebuah masyarakat sebagai sejarah. Contohnya, drama mitos dan legenda. Secara amalannya, drama sejarah dikhususkan kepada karya yang mempersembahkan sejarah sekular dan menangani isu yang lebih luas daripada nasib seorang protagonis. Drama sejarah memberikan tumpuan kepada pemerintahan, iaitu mengaitkan peristiwa masa silam dengan masa kini untuk tujuan didaktik. Pencapaian cemerlang dalam drama ini melalui karya Shakespeare seperti Richard II, Henry V, Julius Caesar dan Antony and Cleopatra. Antara dramatis pada abad ke-20 yang memanfaatkan genre ini ialah Arthur Miller melalui karyanya The Crucible, 1953 dan Robert Bolt dengan karyanya berjudul A Man for All Seasons, 1960. |
etiology | etiologi | Kesusasteraan | Tiada | Kajian tentang sebab-musabab. Etiologi juga merupakan pengisahan singkat dalam bentuk prosa atau puisi yang menceritakan asal usul tempat, orang, binatang, benda atau sesuatu kejadian alam. Etiologi merupakan salah satu bentuk sastera awal yang hidup dalam tradisi sastera rakyat sesebuah masyarakat. Etiologi memerihalkan sejarah asal usul sesuatu perkara mengikut kepercayaan masyarakat setempat. Dalam konteks masyarakat silam, sering kali cerita asal usul dikaitkan dengan unsur-unsur mitos dan legenda yang dipercayai berakar-umbi sejak turun-temurun. Cerita asal usul wujud dalam semua tradisi kesusasteraan di dunia. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, unsur etiologi paling ketara ditemui dalam kisah pembukaan kampung, pemberian nama sungai, gunung dan sebagainya. Sebahagian daripada cerita tersebut dikaitkan pula dengan mitos sumpahan, Sang Gedembai. Contoh unsur etiologi yang berkaitan dengan kejadian alam dapat dibaca melalui kisah tentang kejadian guruh, gempa, kilat, hujan dan sebagainya. Kisah asal usul binatang pula ditemui dalam cerita-cerita binatang seperti Mengapakah Harimau Mempunyai Belang? Mengapakah Ular Sawa Hilang Bisanya? Dan Mengapakan Burung Puyuh Tidak Berekor? Dalam cerita legenda Raja Bersiung, terdapat beberapa buah tempat di negeri Kedah yang dikaitkan dengan Raja Bersiung. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
silam | silam. | kedayan | |
silam | mireb lian sabey [mirb lian sabey] | Melanau Dalat | |
bayak | alamat, petanda, pertanda; ~ manuok bukeng petanda drpd bunyi burung togel; ~ silam petanda buruk akan berlaku kpd sso yg mendengar bunyi burung togel sekali sahaja yg terbang rendah separas muka kita, menurut kepercayaan MM; | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
unus Ib | gelang yang diperbuat daripada benang pokok aping; dipakai oleh jejaka Iban pada zaman silam. | Gelang unus sungguh halus pakaian kaum Baketan pulang bertualang. Berjalan berterusan mendaki gunung, menurun gunung, menyusuri laluan binatang. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
runsai Bj Sm, MSb | sejenis tarian beramai-ramai secara beriringan dalam majlis perkahwinan, sambut menteri. | Entah mengapa, seni kata kalang dua kerat yang dilafazkan oleh penari-penari runsai di bawah sana, seperti menguak kenangan silam yang menimpa dirinya. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
silam | [si.lam] | سيلم |
|
Tesaurus |
---|
| silam (adjektif) | 1. Bersinonim dengan gelap: kelam, suram, muram, buram, kusam, usam, redup, mendung, gabak, Berantonim dengan cerah
2. Dalam konteks matahari bersinonim dengan terbenam, tenggelam,
3. Bersinonim dengan telah lampau: telah lalu, lepas, dahulu, Berantonim dengan kini
| Kata Terbitan : menyilamkan, |
|
|