Kata |
Takrif |
Sumber |
apung | 1. terkatung, tidak tenggelam di air; batu ~ batu yg tidak tenggelam (sangat ringan); 2. = apung-apung segala yg terkatung-katung di air (mis kayu, pelampung, dll); ~ buih timbul tenggelam; laksana ~ dipermainkan ombak prb peri kesusahan anak dagang yg miskin di rantau orang; berapung, berapung-apung 1. bermain-main di atas air (dgn perahu dll); 2. = terapung-apung; berapungan terkatung-katung dgn banyak, berserak di atas permukaan air: nampak banyak kayu ~; mengapung 1. timbul ke permukaan air, terkatung-katung di air (tidak tenggelam): sesudah beberapa hari hilang, mayat orang yg tenggelam itu ~ pula; 2. melayang ke atas, terbang ke udara: ketika dilepaskan, belon-belon itu ~ ke udara; mengapungkan membuat supaya mengapung di permukaan air atau udara: anak itu ~ mainannya di atas air; terapung tidak tenggelam; terapung-apung terkatung-katung: darah yg ~ di atas air; ~ sama hanyut, terendam sama basah prb kesenangan atau kesusahan bersama-sama ditanggung; ~ tak hanyut, terendam tak basah prb tidak ada keputusannya (mengenai sesuatu perkara); asal (untung) sabut ~, asal (untung) batu tenggelam prb kalau nasib baik selamat, kalau nasib malang celaka; apungan 1. sesuatu yg berapung atau terapung-apung: yg ada hanya ~ ais yg sentiasa bergerak mengikut tiupan angin, arus dan pasang surut lautan; 2. (Eko) situasi yg membolehkan penyelarasan mata wang berlaku secara bebas mengikut kadar pertukaran wang tanpa campur tangan drpd kerajaan: kecairan syarikat akan meningkatkan kemampuan utk ~ lebih bebas; keapungan keadaan tidak tenggelam di air, atau keadaan terkatung-katung; pengapungan proses (perbuatan, usaha dsb) mengapung atau mengapungkan: ~ bangkai kapal yg tenggelam itu tentunya memerlukan perbelanjaan yg besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lampung | ; melampung tidak tenggelam; terapung di permukaan air. pelampung benda yg tidak boleh tenggelam; benda yg boleh terapung (utk penahan pancing, penahan orang berenang drpd tenggelam dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lampung | melampung tidak tenggelam; terapung di permukaan air. pelampung benda yg tidak boleh tenggelam; benda yg boleh terapung (utk penahan pancing, penahan orang berenang drpd tenggelam dsb). | Kamus Pelajar |
timbul I | 1. naik dr dlm air (lumpur dll) hingga tampak pd permukaannya: ikan itu ~ ke permukaan air dr semasa ke semasa utk menyedut udara; 2. terapung-apung pd permukaan air, tidak tenggelam: untung sabut ~, untung batu tenggelam; batu ~ sj batu yg ringan dan terapung-apung pd permukaan air; beras ~ kulit (kelongsong) padi yg terapung di air; 3. terkeluar (tersembul) sedikit dr permukaan yg rata; gambar ~ gambar (lukisan dll) yg tersembul pd latar belakangnya (ukiran pd batu dll); huruf ~ huruf yg menyembul pd permukaan kertas dll; peta ~ peta yg bahagian-bahagiannya menyembul utk menggambarkan keadaan yg sebenar; 4. ki muncul, keluar, kelihatan: kuman-kuman ini menyebabkan ~ bengkak-bengkak pd tubuh; hilang-hilang ~ seketika kelihatan seketika tidak; 5. terlintas di hati, berbangkit, datang: dlm hatinya ~ keinginan utk berumah tangga; 6. berlaku, terjadi: pendirian yg berlainan ini menyebabkan kerap ~ perbalahan antara mereka; 7. terbit (bulan, matahari); bulan ~ a) bulan terbit; b) bulan baru (perhitungan kalendar); ~ tenggelam = tenggelam ~ a) seketika timbul seketika tenggelam (spt benda yg diumbang-ambingkan ombak); b) ki terkadang-kadang tidak, hilang timbul (bkn seseorang, sesuatu kegiatan, dll), ada kalanya beruntung (berjaya dll) dan ada kalanya malang (kecewa dll); c) ki selalu berhutang; d) ki terlalu sibuk (dlm pekerjaan); bertimbulan timbul merata-rata, banyak yg timbul: remis pun penuh di tepi pasir itu, ~ sendirinya, maka sebentar dipungut boleh dapat bergantang-gantang; otot-otot ~ di sana sini; menimbulkan 1. menyebabkan timbul (naik ke permukaan air dll): orang-orang di dlm kapal selam dapat melihat keadaan di atas muka laut dgn tidak payah ~ kapal itu; 2. ki mengemukakan (utk diperbincangkan dll), membangkitkan (perkara, persoalan, dll): beberapa perkara telah ditimbulkan dlm mesyuarat agung kesatuan tersebut; 3. ki menerbitkan (membangkitkan) sesuatu pe-rasaan (spt benci, cemburu, gembira, dll): sifatnya yg kasar ~ rasa benci orang terhadapnya; 4. ki menyebabkan berlaku (terdapat) sesuatu kejadian (keadaan, perkara, dll), mengakibatkan, mendatangkan (mengadakan, menjadikan, dll); ~ perang dunia menyebabkan berlakunya perang dunia; ~ kerumitan menyebabkan terdapatnya kerumitan; ~ kesan buruk mendatangkan (mengakibatkan) kesan buruk; 5. Mn menutup kerugian, mencukupi (kekurangan, perbelanjaan, dll), memperbaiki kesalahan (kecuaian dll): keuntungan ini digunakan utk ~ kerugian dahulu; timbulan (S.Bina) bentuk ukiran yg lebih tinggi drpd permukaan satah sesebuah karya; penimbulan perihal (perbuatan dsb) menimbulkan: cerita akan terus digerakkan utk memasuki peringkat ~ krisis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tenggelam punca | menjadi bingung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tenggelam punca | menjadi bingung; ~ timbul; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tenggelam (kehilangan) punca | tidak tentu lagi pokok pemikiran (perbualan, pemikiran, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tenggelam | 3 ki menjadikan tidak kedengaran atau tidak kelihatan; menghilangkan; melenyapkan: Suaranya yg nyaring itu ~ suara orang lain. | Kamus Pelajar |
tenggelam | 2 memasukkan atau membenamkan ke dlm air dll: Budak itu ~ sampan mainannya ke dlm air. | Kamus Pelajar |
tenggelam | menenggelamkan | Kamus Pelajar |
Kata |
Takrif |
Sumber |
go | ~ under, a. sink, tenggelam: the ship went under, kapal itu tenggelam; b. become bankrupt, menjadi bankrap: the family business went under, perniagaan keluarga itu menjadi bankrap; c. be known as, dikenali dgn nama: the daffodil also ~es under the name of Lent lily, bunga dafodil juga dikenali dgn nama Lent lily; d. hide os identity under the name of, menggunakan nama: the fugitive went under the name of Bloom, orang pelarian itu menggunakan nama Bloom; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bob1 | n 1. short down-and-up movement, tenggelam timbul: I watched the ~ of his head as he swam, saya melihat kepalanya tenggelam timbul semasa dia berenang; 2. quick curtsy or bow, merendahkan diri sececah; give a ~, merendahkan diri sececah; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
eclipse | vt 1. obscure (heavenly body) melindungi: for a few minutes, the sun will be ~d by the moon, utk beberapa minit, matahari akan dilindungi bulan; 2. (fig.) overshadow, (act.) menyebabkan tenggelam; (pass.) tenggelam: she is ~d by her sister who is prettier and highly talented, dia tenggelam oleh kakaknya yg lebih cantik dan berbakat itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
drowned | adj 1. killed by being submerged in water, mati lemas: the ~ passengers, penumpang-penumpang yg mati lemas; 2. submerged, tenggelam; ~ valley, lurah tenggelam. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
eclipse | n 1. (of sun, moon) gerhana: solar ~, gerhana matahari; 2. loss of brilliance, fame, importance, etc, tenggelam: Kiplings poetry, after a long ~, is being read again, setelah lama tenggelam, sajak-sajak Kipling dibaca semula; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
knee -deep | adj 1. immersed up to the knees, /separas, setinggi/ lutut: the mud is ~, lumpur itu separas lutut; 2. deeply involved, tenggelam, terbenam: to be ~ in trouble, tenggelam dlm kesulitan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
depravity | n 1. depraved state, kehinaan: sunk in ~, tenggelam dlm kehinaan; 2. depraved act, perbuatan yg /hina, keji/: guilty of depravities, bersalah krn melakukan perbuatan yg hina. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
day-dream | n 1. reverie, lamunan, khayalan, angan-angan: to be lost in a ~, tenggelam dlm khayalan; 2. idle, pleasant scheme, angan-angan: his ~ about becoming a millionaire, angan-angannya utk menjadi jutawan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
abandon | vt 1. leave behind, forsake, meninggalkan: to ~ a sinking ship, meninggalkan kapal yg sedang tenggelam; to ~ os wife and children, meninggalkan anak isteri; she ~ed her baby, dia meninggalkan bayinya; 2. discontinue, menghentikan: after three days the search for survivors was ~d, selepas tiga hari usaha mencari orang-orang yg mungkin terselamat itu pun dihentikan; to ~ a research project, menghentikan sst projek penyelidikan; to ~ a habit, menghentikan sst tabiat; 3. give up, relinquish, membatalkan, menggugurkan: the government was forced to ~ its plan to build a new port, kerajaan terpaksa membatalkan rancangannya utk membina sebuah pelabuhan baru; to ~ a claim, menggugurkan tuntutan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
cling | ~ together, berpautan, saling berpaut: they clung together as the boat slowly began to sink, mereka saling berpaut apabila bot itu mula tenggelam perlahan-lahan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
submerged plant | tumbuhan tenggelam | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan air yang tenggelam keseluruhannya kecuali bahagian bunga dan buah. Tumbuhan tenggelam ini tumbuh dari dasar kawasan berair. Keseluruhan tumbuh-tumbuhan ini tidak akan berada di luar air. Contoh tumbuhan tenggelam ialah Vallisneria sp., Cabomba sp. dan Aponogeton sp. |
sand bar | beting pasir | Sains Marin | Tiada | Rabung pasir atau sedimen kasar yang tenggelam atau separa tenggelam yang terbina oleh arus dan gelombang luar pantai. Beting pasir juga dikenali sebagai beting pasir luar pesisir pantai. |
Vallisneria sp. | Vallisneria sp. | Perikanan | Akuakultur | Tumbuhan tenggelam yang juga dikenali sebagai Eelgrass atau Tape grass. Tumbuhan ini tidak berbatang dan akarnya berada di dalam dasar kawasan berair. Daun tumbuhan ini berbentuk seperti helaian riben yang mempunyai rongga udara untuk membolehkannya berkedudukan tegak di dalam air. Jumlah daunnya juga boleh mencapai sehingga 5 6 helai. Tumbuhan ini juga mempunyai bunga yang terkeluar daripada air. Vallisneria sp. mempunyai stolon yang juga merupakan tempat tumbuh anak pokoknya. Vallisneria sp. juga sering dijadikan tumbuhan dalam akuarium. Terdapat beberapa jenis Vallisneria sp., iaitu Vallisneria americana, Vallisneria caulescens dan Vallisneria spiralis. |
Egeria sp. | Egeria sp. | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan tenggelam yang menyerupai Hydrilla sp. Tumbuh-tumbuhan ini mempunyai daun bilah berbentuk lanseolat yang tersusun dalam pusingan 3 6 helai daun. Contoh Hydrilla sp. ialah Egeria densa dan Egeria najas. Daun Egeria densa mempunyai kelebaran sebanyak 0.3 0.4 cm, iaitu lebih lebar berbanding Egeria najas dengan kelebaran 0.1 0.2 cm. Egeria sp. boleh menyerap karbonat dalam air untuk proses fotosintesis. Egeria Sp. juga memerlukan cahaya dan nutrien yang tinggi. Lihat juga Hydrilla sp. |
Blyxa sp. | Blyxa sp. | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan tenggelam yang tidak mempunyai batang. Tumbuh-tumbuhan ini mempunyai daun yang panjang berbentuk seperti pedang dan tersusun dalam bentuk roset. Jenis-jenis Blyxa sp. termasuklah Blyxa alternifolius, Blyxa aubertii dan Blyxa japonica. |
Cabomba sp. | Cabomba sp. | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan tenggelam. Akar tumbuhan ini berada di dasar air. Tumbuh-tumbuhan ini mempunyai batang yang lembut, daun berbentuk jaringan halus yang tumbuh di sepanjang batang pokok dan mempunyai rongga udara yang membolehkan pokok ini tegak di dalam air. Bunga tumbuh-tumbuhan ini tumbuh di permukaan air, manakala daunnya berada di dalam air. Cabomba sp. popular sebagai tumbuhan dalam akuarium. Antara contoh Cabomba sp. ialah Cabomba aquatica, Cabomba caroliniana, Cabomba piauhyensis dan Cabomba palaeformis. |
Hydrilla sp. | Hydrilla sp. | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan air yang tenggelam keseluruhannya kecuali bahagian bunga dan buah. Daunnya berbentuk lanseolat bersaiz 1.5 2.5 cm panjang dan 0.1 0.2 cm lebar. Jenis Hydrilla sp. yang popular ialah Hydrilla verticilllata. |
embayed coastal plain | dataran pinggir laut berteluk | Sains Marin | Tiada | Dataran pantai yang sebahagiannya telah tenggelam di bawah laut sehingga membentuk sebuah teluk. |
egg quality | kualiti telur | Perikanan | Akuakultur | Peratusan telur tersenyawa yang terapung berbanding dengan telur tidak tersenyawa yang tenggelam. Telur yang terapung 80% ke atas dikategorikan sebagai telur yang berkualiti. |
fiord coastline | garis pinggir laut | Sains Marin | Tiada | Kawasan pinggir laut yang panjang, bercerun curam, sempit serta berliku dan terbentuk daripada kesan hakisan glasier yang tenggelam akibat kenaikan aras air laut. Kebanyakan bentuknya lebih dalam daripada laut yang bersebelahan. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
tenob | tenggelam | - | - | - | - | - | - | Bajau |
rembong | gelembung-gelembung udara yang keluar apabila sesuatu (menggandung udara) tenggelam dalam air. | - | - | - | - | - | - | Bajau |
sabut | kulit yang berserat (kulit nyiur, pinang dll) | bisabut | Bersabut | Nasip sabut timpoog kan neh batuh renteb | - | Untung sabut timbul kalau batu tenggelam. | Flora dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Bukar Sadong |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
lenyed | tenggelam; 1 masuk terbenam ke dlm air dll: ~ samalah batou tenggelam spt batu; 2 terjerumus atau termasuk ke dlm, keadaan yg buruk, kesengsaraan dll: ~ lubeang uteang tenggelam dlm hutang; 3 ki sangat asyik hingga terlupa akan yg lain, mabuk: ~ lubeang k | Melanau Mukah | |
tenggelam | lengeg [lg] | Melanau Dalat | |
tenggelam | tinggalam. | kedayan | |
chechapai | tenggelam. | Iban | |
ke'teng | tenggelam | TETAW | |
karam | karam; 1 tenggelam, perahu, dll: ~ buyak ayad karam kena gelombang; 2 digenangi air; 3 ki tidak cukup makanan dlm sst majlis. | Melanau Mukah | |
apong II; ngapong | menyelamatkan (dr tenggelam); memungut benda yg hanyut dlm air (orang dll). | Iban | |
janem-janem, jana-janem | 1 kecepatan tenggelam sst ke dlm air, lumpur, dll; 2 ki berpergian dlm jangka waktu yg lama. | Melanau Mukah | |
tebep II | mendak lumpur pasir, habuk, dll yg tenggelam dlm sungai. | Melanau Mukah | |
sait I | alat (sauh) utk mengait benda yg tenggelam, pemarit. | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
ketam kelitak MSr | sejenis ketam bakau. | Tiba di satu selekoh, Anjang Husin membuat putaran yang mendadak. Beberapa ekor ketam kelitak yang merayap di dahan puncak pokok bakau yang separuh tenggelam, berterjunan ke dalam air bila terkena gegaran ombak dayung Anjang Husin. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb cecair tubuh. Contohnya, un- tuk mengesan kehamilan dan kedudukan ginjal. Bagi mengesan kehamilan, fetus ditonjol dengan jari dari bawah melalui faraj dan fetus berkenaan akan tertolak ke atas yang akhirnya tenggelam kembali. (UBAT) Bam HI (Bam HI) Salah satu endonuklease pembatasan. (BIO) Banach space (ruang Banach) Ruang bernorma yang lengkap, iaitu setiap jujukan Cauchynya menumpu ke- pada unsur dalam ruang berkenaan. (MAT) banana leaf spot (bintik daun pisang) Penyakit pada daun pisang yang disebabkan oleh Mycosphaerella musicola. Gejala penyakit ini berupa bintik kelabu yang tenggelam dengan tepi berwarna gelap yang sempit. Penyakit ini juga dikenali sebagai Sigatoka. (BIO) band joist (jeriau jalur) Jeriau yang dipasang bersudut tepat dan menutupi bahagian hujung lantai ba- ngunan. (KEJ
|
Kamus Thai 2.indb านบทขอพร Majlis tamat dengan bacaan doa selamat. 2 mengakhiri: เขาจบ การเจรจาด ้ วยการเลี้ ยงอาหารว ่ าง Dia menga khiri perundingan itu dengan jamuan ringan. จม [com] ก tenggelam: ในที่ สุดเรือไททานิค ก็จมลงในมหาสมุทรนั้ น Akhirnya kapal Ti tanic tenggelam di dalam lautan itu. จมน้ำตาย [-namta:y] ก mati lemas: เด็กคนนั้ นจมน้ำตายในแม ่ น้ำ Budak itu mati lemas di dalam sungai. จมูก [camu:k] น hidung จร [c:n] ว
|
Kamus Thai 2.indb keluaran Syarikat Siam Yamaha. ผลิตภัณฑ ์ [-tapan] น barangan ผลีผลาม [pli :pla:m] ว gopoh-gapah ผลึก [palk] น kristal, hablur ผลุบ ๆ โผล ่ ๆ [plupplupplo:- plo:] ว tenggelam timbul: เรือที่ คว ่ ำลำนั้ น ถูกคลื่ นซัดผลุบ ๆ โผล ่ ๆ Perahu yang terbalik itu tenggelam timbul dipukul ombak. ผวา [pawa:] ก 1 ดู โผ ว 2 tersirap ผสม [pasom] ก 1 mencampurkan: เขากำลังผสมน ้ ำมันดีเซลกับน ้ ำมันก ๊ าซ Dia se- ผม ผสม Kamus Thai |
Kamus Thai 2.indb Orang kaya itu sanggup mengor- bankan semua hartanya untuk negara. 2 meninggalkan: บรรดาลูกเรือสละเรือเมื่ อเรือ ของพวกเขาใกล ้ จะจม Anak kapal itu me ninggalkan kapal mereka apabila ka- pal itu hampir tenggelam. สละสลวย [salasaluay] ว indah: นักปาถกฐานั้ นใช ้ ภาษาที่ สละสลวย Pemidato itu menggunakan bahasa yang indah. สลัก 1 [salak] น penyelak, selak: ช ่ างไม ้ กำลังติดตั้ งสลักประตูที่ แข็งแรงกว ่ า
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
tenggelam | [teng.ge.lam] | تڠݢلم |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
tenggelam | sink | Sifat sesuatu objek yang masuk dan terbenam ke dasar air. | Sekolah Rendah |
tenggelam | sink | Keadaan sesuatu bahan yang berada di bawah permukaan cecair. Sesuatu objek akan tenggelam jika objek tersebut lebih tumpat daripada cecair. | Menengah Rendah |
terapung | float | Sifat sesuatu objek yang tidak tenggelam atau berada di permukaan air. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
sifat keapungan | buoyancy property | Sifat atau ciri yang membolehkan sesuatu bahan atau objek terapung atau tenggelam. Contohnya, sampan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
Entri |
Sinonim |
Takrif |
Contoh Ayat |
Terjemahan Bahasa Melayu |
Tema |
Bahasa |
petenob | | tenggelam | Batu amun teniman ta taik petenob. | Batu kalau dibuang di laut akan tenggelam. | keadaan benda dan permukaan | Bajau |
|
Tesaurus |
---|
| tenggelam (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan terbenam: terendam, tergenang, kelalap, Berantonim dengan timbul
2. Dalam konteks matahari bersinonim dengan terbenam, masuk, jatuh, Berantonim dengan terbit
3. Bersinonim dengan karam: dimasuki air, kelebu, kelem, Berantonim dengan timbul
4. Bersinonim dengan asyik: mabuk, khayal,
5. Bersinonim dengan hilang: lenyap, lesap, luput, pupus, hapus, Berantonim dengan muncul
| Kata Terbitan : menenggelami, menenggelamkan, penenggelaman, |
|
Puisi |
---|
|
Lancang tenggelam kita berenang, Sampai ke tepi terkena duri; Boleh abang masuk meminang, Takut ayah tidak memberi.
Lihat selanjutnya... |
|