Kata |
Takrif |
Sumber |
asyik-asyik | balik-balik, sering kali: ~ perkara itu juga yg dibangkitkannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cinta | 1. (perasaan atau berperasaan) sangat sayang kpd negara, ibu bapa dll: ~nya kpd ibunya sungguh luhur. Kerana sangat ~ kpd negaranya, beliau sanggup berkorban nyawa utk mempertahankannya. 2. (perasaan atau berperasaan) sangat berahi, asyik-asyik, kasih dsb; sangat tertarik (kpd laki-laki atau perempuan): ~nya yg tidak berbalas terhadap gadis itu menjadikannya hampir tidak siuman. Si isteri yg setia itu sangat ~ kpd suaminya. 3. perasaan sangat ingin dan berharap-harap akan sesuatu: Sungguh besar ~nya hendak pulang ke kampung halamannya sesudah lama di perantauan. ~ monyet cinta kasih yg keanak-anakan. ~ sebelah cinta yg tidak berbalas. bercinta 1. menaruh perasaan cinta atau berahi akan. 2. menaruh rindu; berasa rindu: Ibu tua itu selalu ~ akan anak tunggalnya yg sedang menuntut di luar negeri. bercintakan 1. menaruh cinta atau berahi akan. 2. berasa rindu akan. bercinta-cintaan 1. saling menaruh perasaan cinta (antara pasangan lelaki dgn perempuan); saling mengasihi; berkasih-kasihan. 2. bercengkerama; bercumbu-cumbuan. mencintai menaruh kasih sayang pd; mengasihi: Dia sangat ~ isterinya. percintaan 1. hal berkasih-kasihan atau bercinta-cintaan (antara laki-laki dgn perempuan). 2. perasaan sedih (susah dsb); rindu dendam; gundah gulana. pencinta orang yg sangat suka (akan); penggemar:~ seni. | Kamus Pelajar |
asyikin | Ar (jamak bagi asyik) para asyik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gila asyik (berahi) | terlalu asyik atau cinta. 2 berkelakuan spt orang gila. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
asyik | 1. menaruh berahi atau perasaan cinta yg amat sangat (terhadap seseorang), berahi (akan), cinta (akan): raja itu sedang ~ kpd tuan puteri; 2. sedang sibuk, leka (dgn sesuatu), khayal (melakukan sesuatu): kalau dah ~ ber-bual lupa akan makan; ~ maksyuk a) berkasih-kasihan; b) orang yg sedang berkasih-kasihan, sepasang kekasih; c) Tuhan dan hamba-Nya; 3. Ar orang yg menetapkan renungan dan pandangan rohaniah pd Allah SWT kerana didorong oleh cinta dan kasih kepada-Nya; asyik-asyik balik-balik, sering kali: ~ perkara itu juga yg dibangkitkannya; mengasyikkan 1. menimbulkan berahi (pd seseorang), menimbulkan perasaan cinta (pd): Rohani dgn baju yg pendek dan jarang, begitu ~ kekasihnya; 2. membuat atau menyebabkan asyik (leka dsb), melekakan, mengkhayalkan: kisah itu cukup ~; buku cerita yg ~ pembaca; keasyikan kelekaan (sewaktu sedang melakukan sesuatu): mereka memerhatikan ~ gadis itu memetik bunga di taman; keasyik-asyikan sangat asyik (berahi, leka, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
asyik | 1 mabuk atau kasih; gemar sekali (kpd); berahi: Apabila mendengar khabar itu, Raja Melaka pun sangatlah ~ akan Tun Teja. 2 sedang sibuk melakukan sesuatu; leka: Dia ~ membaca buku cerita saja. mengasyiki menjadi asyik akan; menyukai benar. mengasyikkan menyebabkan menjadi asyik; menyenangkan; melekakan. keasyikan rasa asyik; kelekaan: Mereka menjadi lalai dlm ~ menikmati hiburan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gila asyik (berahi, hati) | terlalu cinta (asyik); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
asyik | 1. mabuk atau kasih; gemar sekali (kpd); berahi: Apabila mendengar khabar itu, Raja Melaka pun sangatlah ~ akan Tun Teja. 2. sedang sibuk melakukan sesuatu; leka: Dia ~ membaca buku cerita saja. mengasyiki menjadi asyik akan; menyukai benar. mengasyikkan menyebabkan menjadi asyik; menyenangkan; melekakan. | Kamus Pelajar |
gila | 1 menanggung akibat sakit fikiran; tidak sihat fikiran; sakit otak: Di sana, ada dua tempat merawat orang-orang ~. 2 tidak spt biasa; tidak dpt diterima akal; yg bukan-bukan: ~, takkan dpt melompat setinggi itu! 3 terlalu suka atau gemar akan; sangat asyik: Dia memang ~ bermain bola. ~ asyik (berahi) terlalu asyik atau cinta. ~ babi penyakit urat saraf yg menyebabkan seseorang jatuh dan tidak sedar. ~ bahasa tidak berapa sopan budi bahasanya; tidak berapa waras fikirannya. ~ bayang mencintai seseorang yg tidak mengetahui atau tidak melayan cintanya itu. ~ bayang-bayang mengingini sesuatu yg tidak mungkin tercapai. ~ pangkat a. selalu mengejar atau mencari pangkat. b. berubah kelakuan atau sikapnya kerana mendapat pangkat tinggi. ~ perempuan terlalu gemar akan perempuan. ~ renang, = ~-~ air agak kurang baik ingatannya. ~ talak agak kurang siuman kerana selalu teringat akan bekas isteri atau suami yg sudah bercerai dgnnya. ~ urat sangat ingin hendak mengahwini seseorang tetapi tidak berupaya utk menyampaikan hajatnya itu. gila-gila 1 spt orang gila; seakan-akan gila (tidak senonoh dll). 2 agak gila; gila sedikit. menggila 1 bertambah-tambah (banyak, laju dll); menjadi-jadi: pergaduhan yg ~. 2 berkelakuan spt orang gila. menggilai terlalu asyik terhadap sesuatu atau seseorang. menggilakan menyebabkan jadi gila. tergila-gila terlalu gemar atau sangat suka akan; terlalu ingin: Jangan ~ akan bintang filem itu. kegilaan 1 sifat atau keadaan gila. 2 sesuatu yg melampaui batas. 3 kegemaran atau keasyikan yg berlebih-lebih. kegila-gilaan 1 agak gila; kelihatannya spt gila. 2 tergila-gila. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
leka | (léka) asyik (melakukan sesuatu, kpd sesuatu), lalai (oleh sesuatu), selalu (melakukan sesuatu), ralit: di laut, Hasan ~ mengail; yg buta datang berpimpin, yg pekak ~ bertanya; melekakan menjadikan leka, mengasyikkan, melalaikan; kelekaan perihal leka atau terleka (asyik), keasyikan; peleka orang yg selalu leka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
absorbed | adj; /be, become/ ~ in, asyik dgn, /asyik, leka/ + approp v; (in activity that is spiritual in nature) khusyuk + approp v: she became ~ in social work, dia asyik dgn kerja kebajikan; to be ~ in a book, (sedang) asyik membaca buku; to be ~ in meditation, khusyuk bertafakur; with ~ /attention, interest/, dgn asyiknya, dgn /sepenuh minat, keasyikan/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
deep | be ~ in, (thought, day-dream, work, etc) asyik: to be ~ in thought, asyik berfikir; to be ~ in a book, asyik membaca; to be ~ in conversation, asyik berbual; ~ in debt, hutang sekeliling pinggang; ~ in trouble, ada kesalahan besar: he is ~ in trouble with the police, dia ada kesalahan besar dgn polis; thrown in at the ~ end, terkapai-kapai: having had little experience in running an organization, I was thrown in at the ~ end, krn mempunyai hanya sedikit pengalaman dlm mengendalikan organisasi, saya terkapai-kapai; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
immerse | ~ os in, cause os to be totally absorbed in, asyik: he would ~ himself in his work, dia asyik membuat kerjanya; they were ~d in a conversation, mereka sedang asyik berbual. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
keep | ~ on about /so., st/, asyik bercakap ttg /sso, sst/: she kept on and on about her new boyfriend, dia asyik bercakap ttg teman barunya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
engross | vt occupy os attention completely, (usu pass.) asyik, leka: she is ~ed in her piano lesson, dia asyik dgn pelajaran pianonya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bit2 | /take, have, get/ the ~ between os teeth,(fig.) asyik /dgn, membuat/ sst: when he gets the ~ between his teeth, no one can make him stop, apabila dia asyik dgn pekerjaannya, tiada sesiapa pun yg dapat membuatnya berhenti; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
intent | adj 1. fixed, tajam: an ~ gaze, renungan tajam; 2. absorbed, engrossed, asyik, khusyuk; (of face) kelihatan penuh khusyuk: the students were all ~ on their work, penuntut-penuntut itu semuanya asyik dgn kerja masing-masing; her heart melted as she looked down at their ~ little faces, hatinya luluh apabila direnungnya muka-muka kecil yg kelihatan penuh khusyuk itu; 3. exhibiting eager attention, kelihatan penuh minat: there was an ~ look on his face as he watched the scoreboard, wajahnya kelihatan penuh minat semasa dia memperhatikan papan mata itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
brain | have a good ~, cerdik, bijak, pintar; have (got) ~s, cerdik, bijak; have not much ~, tdk berapa /cerdik, bijak/; have /so., st/ on the ~, asyik berfikir ttg /sso, sst/; (song, tune, etc ), /terngiang(-ngiang), mengiang/ di kepalanya: he has money on the ~, dia asyik berfikir ttg wang; have the ~s /for st, to do st/, cukup pandai utk /sst, membuat sst/: does he have the ~s for the job?, adakah dia cukup pandai utk membuat kerja itu?; the ~s, a. mastermind, dalang: she was the ~s behind the robbery, dialah dalang perompakan itu; b. cleverest person in a group, orang yg paling /cerdik, bijak/; c. one who plans and organizes an undertaking, (orang yg) /merancang, merencanakan/: who was the ~s behind the dinner party?, siapakah yg merancang majlis makan malam itu?; the best ~s, cendekiawan, cerdik pandai; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
evidently | adv jelas, nyata: he is ~ engrossed in his work, dia nyata asyik dgn kerjanya; they were ~ ignorant of the situation, jelas mereka jahil ttg situasi itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
grump | n (colloq) grumpy person, perengus; have the ~s, (asyik) merengus. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
hexametre | sadmatra | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mempunyai unsur irama yang berpola enam. Pola ini dapat dikesan apabila puisi ini dideklamasikan. Contohnya, puisi "Di Luar Negeri" karya A. Ghafar Ibrahim. Di dalam negeri asyik diselubungi keadaan itu itu di luar negeri kita keluar dari keadaan ini dapat melihat ke dasar masalah tanah air dengan rasa lapang dan sedar. |
authorial intusion | celahan pengarang | Kesusasteraan | Tiada | Alat penceritaan yang membenarkan pengarang untuk memberhentikan cerita sejenak, keluar daripada cerita dan berbicara secara terus-menerus dengan pembaca. Tidak seperti watak dalam cerita yang dikisahkan, celahan pengarah merupakan suara orang yang tidak terlibat sama sekali dalam aksi cerita. Justeru, suara tersebut dapat memainkan peranan sebagai pembekal maklumat yang tidak diketahui oleh watak dalam cerita. Celahan pengarang tidak semestinya berbentuk percakapan intim seorang pengarang seperti yang terdapat dalam diari atau memoir. Celahan pengarang boleh juga dianggap sebagai pengarang tersirat apabila suara pengarang tidak ketara tetapi tetap diketahui dan difahami. Dalam perkembangan teknik penceritaan, celahan pengarang dipinggirkan untuk sekian waktu kerana dianggap terlalu menonjol, tidak halus, dan tidak berseni tinggi. Namun begitu, pada dekad 1970-an, celahan pengarang digunakan semula apabila bentuk cereka metafiksyen diperkenalkan, dan mula mendapat perhatian ramai. Dalam sastera Melyu moden, bentuk celahan pengarang dapat dilihat pada penggunaan kalam, kertas dan dakwat seperti dalam novel Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh al-Hadi. Contohnya, llahu Akbar, di sini lemahlah kalam daripada melata di atas kertas yang bersih ini pada menggoreskan apa-apa yang berlaku di antara kedua asyik dan maksyuk ini di dalam peraduannya. Tetapi oleh sebab bersangatan kalam takutkan kemurkaan sekalian tuan-tuan pembaca yang dikasihi, terpaksalah juga kalam mendayu-dayu dan bergurindam dengan syair yang melipurkan sedikit asyik cinta berahi kalam yang berlamaan akan kertas yang saf ini. Lihat juga metafiksyen, pengisah ketara. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
asyik | gian [giyan] | Melanau Dalat | |
alah II | asyik; 1 menaruh berahi atau cinta yg amat sangat: ~ dibak berahi keman puun nda tetu, biyaih jadi bigieh asyik bercinta makan pun tidak tentu, badan jadi kurus; 2 sedang sibuk, leka, khayal: ~ pekelutau keman puun peseluok leka berbual makan pun terlupa. | Melanau Mukah | |
anyut | 1 hanyut: dibawa mengalir oleh air: perau nya ~ dibai bah perahu itu hanyut dibawa air bah; 2 terlalu asyik: ~ ninga lagu nya iya pan lalu tindok terlalu asyik mendengar lagu itu dia tertidur; | Iban | |
dibak II | asyik, leka. | Melanau Mukah | |
asiek I | asyik. | Melanau Mukah | |
sekuh, sekuoh | sibuk; 1 asyik mengerjakan sst, giat dan rajin mengerjakan sst: jakak suab emak ~ pupuok waktu pagi emak sibuk membasuh pakaian; 2 suka mengambil tahu, mencampuri, mengganggu hal atau urusan orang lain: asel un bei hal a siyen itoulah ~ un asal saja ada h | Melanau Mukah | |
sasei; ~ lawa-lawei | 1 asyik atau teruk mengerjakan sst, bertungkus-lumus: a kereja ~ orang yg bekerja bertungkus-lumus; 2 berlarutan: dalou yen jadi ~ pergaduhan itu jadi berlarutan. | Melanau Mukah | |
gagau I | sibuk; 1 banyak yg dilakukan atau diurus, asyik mengerjakan sst: gak lebok Fatimah ~ piseak wakkan di rumah Fatimah sibuk memasak makanan; 2 banyak kenderaan lalu-lalang, banyak kapal keluar masuk, banyak kapal terbang mendarat dan berlepas; 3 suka mengam | Melanau Mukah | |
ayuong I | mandam, termandam; 1 pening kepala: ~ ulou mandam kepala; 2 terlampau asyik dlm percintaan, dll: ~ nulik berahi mandam krn berahi, mandam berahi. | Melanau Mukah | |
apeang | gila; 1 otak tidak waras: perangaisiyen sama tan a ~ kelakuannya tidak ubah spt orang gila; 2 bp tidak normal, luar biasa: rega ~ harga gila; 3 bp terlalu gemar, asyik, sayang, cinta, dll: ninai ~ pegui wayeang kereja gak lebok nda kalup gila menonton way | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
babat Ml | sejenis anyaman tradisional Melanau yang diperbuat daripada kulit pelepah pokok rumbia. | Aku hanya diam. Kupandang mak untuk menyokong pendirianku. Aku hampa kerana emak hanya asyik menganyam babat daripada lidi rumbia itu. Di sekelilingnya masih banyak lagi daun rumbia yang belum disentuh. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ruding LB | alat radiofom/alat muzik bersaiz kecil yang diperbuat daripada kayu atau logam. Ia digunakan dengan meletakkan di celah antara gigi atas dan gigi bawah. Tangan kanan pemain memegang alat ini manakala tangan kiri memetik bahagian lidah alat ini untuk menghasilkan getaran. Bunyi dikeluarkan melalui pernafasan. | Si Labo Tui betul-betul terpesona dengan bunyi ruding itu. Dia pun menari dan melompat dengan asyik sekali. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Thai 2.indb letupan orang ramai pun lari bertempiaran. พลานามัย [pala:na:mai] น kesihatan พล ่ าม [pla:m] ว merepek: คนแก ่ คนนั้ น พูดพล ่ ามทั้ งวัน Orang tua itu asyik ber- cakap merepek. พลาย [pla:y] ว jantan: ช ้ างพลาย gajah jantan พลาสติก [pla:stik] น plastik พลาสมา [pla:sma:] น plasma พลิก [plik] ก membalikkan: แม ่ ค อย Ibu menyuruh bapa mengurangkan tabiat merokok. เพลิง [pl:] ดู ไฟ เพลิดเพลิน [pl:tpl:n] ก berhibur: ฉันเพลิดเพลินกับการดูโทรทัศน ์ Saya ber- hibur dengan menonton televisyen. เพลิน [pl:n] ว asyik, leka: เขาเพลิน กับการเล ่ นเกมคอมพิวเตอร ์ Dia asyik ber- main permainan komputer. เพลีย [plia] ก letih: สมปองรู ้ สึกเพลียเพราะ ทำงานหนักมาทั้ งวัน Sompong berasa letih kerana bekerja kuat sepanjang hari. เพลี้
|
Kamus Thai 2.indb ในหน ้ าแล ้ งแม ่ น ้ ำ ป ั ตตานีงวดจนเห็นพื้ นทราย Semasa musim kemarau, air Sungai Pattani surut hingga kelihatan dasar pasirnya. ง ่ วน [u:an] ว asyik: เขากำล ั งง ่ วนอยู ่ ก ั บ ง งก ง ่ วน Kamus Thai 2.indb 95 4/15/2008 11:03:55 AM ง 96 การทำงาน Dia asyik membuat kerjanya. งอ [:] ก 1 membengkokkan: ช ่ างสร ้ าง บ ้ าน งอเหล็กเพื่ อทำประตูรั้ วบ ้ าน Tukang rumah itu membengkokkan besi untuk mem- buat pintu pagar |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
asyik-asyik | [Öa.syi/.Öa.syi/]/[a.syi/.a.syi/] | عاشيق ٢ |
asyik | [Öa.syi/]/[a.syi/] | عاشيق |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata asyik |
|
Puisi |
---|
|
Anak burung pandai berenang, Menghilang di rimba hutan berduri; Malang hamba asyik terkenang, Orang dikenang membenci diri.
Lihat selanjutnya... |
|