Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan.

Takrif

Tak akan tercapai maksudnya, kalau tak mahu berusaha. (Peribahasa lain yang sama makna: Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti bulan dimakan rahu.

Takrif

Memeluk kekasih dengan asyik sekali. rahu = ular naga yang dipercayai menyebabkan gerhana bulan (matahari).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mabuk kerana beruk berayun.

Takrif

Gilakan wanita cantik yang tak mungkin didapat; asyik melihat sesuatu yang tidak berguna. (Bandingkan dengan: Dilengah [= dimabuk] beruk berayun).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Leka di kerak jarang, kuku habis perut tak kenyang, burung terbang dipipiskan lada.

Takrif

Membuat pekerjaan yang merugikan. leka = asyik, lalai.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mencapat sagu.

Takrif

Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku; kurang selidik, tinggal kaji di guru, c. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asyik

Puisi
 

Anak burung pandai berenang,
     Menghilang di rimba hutan berduri;
Malang hamba asyik terkenang,
     Orang dikenang membenci diri.



Lihat selanjutnya...