Kata |
Takrif |
Sumber |
baya | umur, usia; Pak Saleh sudah agak ~ sudah agak berumur; separuh ~ = setengah ~ setengah umur;sebaya 1. seumur, sama umurnya: anak-anak muda yg ~; 2. sama (besar, tinggi, dll): rumahrumah dlm kelompok itu kelihatan ~ belaka;ditanamnya anak pisang yg hampir ~ tingginya dgn dia sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tengah | 1. tempat (titik dll) yg letaknya di antara dua tepi (batas, benda, dll), bahagian di antara hujung dgn pangkal, lwn tepi (hujung): ia berdiri di ~ bukan di tepi; di ~ jalan mereka itu berdiri pula sejurus sambil melayangkan mata ke sana ke mari; 2. seperdua dr, separuh: hingar bingar itu terus-menerus hingga ke ~ malam; ~ dua satu satu perdua; ~ dua puluh lima belas; 3. di dalam, di antara (masyarakat dll), di kalangan: ia lebih suka bekerja diam-diam dan tidak suka mencari nama di ~-~ orang ramai; 4. dalam: ikan haruan di ~ sawah dan kuang di ~ rimba tidak selalu galak; 5. (anak dll) di antara yg sulung dan yg bongsu: yg tua laki-laki Baginda Mani Parindan dan yg ~ Raja Akar Muluk Syah namanya; 6. sedang (melakukan se-suatu), dlm pd itu, pd waktu (ketika) itu: Sultan Mahmud pun ~ santap; ~ berat sedang sarat (orang mengandung); ~ hari lebih kurang pukul 12 siang; ~ harungan di tengah laut; ~ malam lebih kurang pukul 12 malam; ~ naik a) matahari mulai tinggi (lebih kurang pukul 9 pagi); b) sudah mulai besar (anak yg berumur lebih kurang 15 tahun); ~ rumah = ~ ruang bahagian rumah yg di dalam; ~ tapak bayang ketika matahari tepat di atas kepala; ~ tubuh separuh umur; ~ turun lebih kurang pukul tiga petang; ke tengah 1. menuju (menghala, mengarah) tengah; 2. ki ke pengetahuan orang ramai, ke khalayak ramai: tidak apa-apa pun keterangan yg boleh dibawa ~; (boleh) dibawa ~ a) boleh diadukan; b) boleh didengar (dilihat dll); (boleh) ~ ke tepi ki dapat menyesuaikan diri; mengetengahi menjadi perantara dlm per-selisihan dll, mendamaikan (orang yg berban-tah, bertengkar, dll), mencampuri (perbualan orang dll); mengetengahkan 1. membawa ke tengah: ~ perahu; 2. memberitahu kpd, mengemukakan (usul, cadangan, dll), mengutarakan, memajukan: terasa mahu hendak ~ perkara itu; 3. menampilkan ke muka, menonjolkan, mengemukakan: beliau sebenarnya seorang pengarah yg boleh diketengahkan; 4. me-ngadukan kpd (hakim, pengadil, dll); setengah 1. separuh, seperdua: luasnya tanah itu ~ ekar; bekerja ~ hari; 2. tidak sempurna, tidak sepenuh-penuhnya, tidak ... betul; 3. bp kurang waras fikirannya (otak-nya, akalnya), agak gila: bercakap merepek-repek tidak tentu hala spt percakapan orang ~; 4. setengah-setengah; ~ hati tidak dgn sungguh-sungguh hati; ~ masak a) belum masak betul (tentang buah-buahan dll); b) ki orang yg tidak mempunyai pengetahuan yg cukup atau luas; ~ mati hampir akan mati; ~ mengerti tidak mengerti betul-betul; ~ rasmi tidak rasmi benar; ~ tiang ki agak gila; ~ umur (baya, tua) kira-kira berumur 3540 tahun; setengah-setengah 1. beberapa (orang dll), sebilangan (sebahagian) daripadanya, sese-tengah: sesudah sembahyang maghrib ~ orang berangkat pulang, ~ pula duduk berzikir; dlm bahasa Melayu vokal di akhir ~ kata dan kata pinjaman dibunyikan sbg a tetapi yg lain sbg e pepet; 2. tidak dikerjakan (diselesaikan) dgn sempurna, kepalang, kepalang tanggung, tanggung-tanggung: kalau bekerja hendaklah betul-betul jangan ~; sesetengah beberapa (orang dll), sebilangan (sebahagian) daripadanya, setengah-setengah; bertengah sl naik dll setengah (gunung dll): baru kira-kira ~ gunung itu, maka tidaklah ternaiki lagi oleh segala mereka; menengah 1. menuju (menghala) ke tengah, pergi ke tengah: dr pinggir ia ~; 2. yg di tengah-tengah, sedang (tidak besar dan tidak kecil); anak ~ anak yg di tengah-tengah (ada kakak dan adiknya); pegawai ~ pegawai yg pangkatnya antara pegawai tinggi dgn pegawai rendah; sekolah ~ sekolah yg peringkatnya antara institusi pengajian tinggi (spt universiti dsb) dan sekolah rendah; ~ tulang bumbungan (punggung) prb Mn mahal tidak murah pun tidak (harga); menengahi mengantarai (mendamaikan, me-leraikan) perselisihan dll, mengetengahi: ia datang ~ pertengkaran itu; tengahan = wang ~ Id setengah rupiah (suku); pertengahan 1. tempat (titik waktu dll) yg di tengah-tengah atau kira-kira di tengah-tengah: maka pd ~ jalan itu, bertemulah ia dgn suatu sungai; pd ~ tahun tujuh puluhan pd tahun 1975 (mungkin juga pd lewat tahun 1974 atau awal tahun 1976); 2. setengah atau separuh (melakukan sesuatu): hatta sedang ~ bendahara makan, Raja Kedah pun datang; 3. bp sedang: dia ~ makan sekarang; 4. tidak berapa tinggi dan tidak rendah dll, sedang, sederhana: bukit itu ~, tidak terlalu tinggi, tidak terlalu rendah; 5. sama banyak, rata-rata; penengah 1. yg terletak di tengah-tengah; 2. perantara, pelerai, pendamai (dlm perselisihan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
baya pandang Ib | pakaian orang yang baru meninggal dunia yang disidai di atas mayat. Ia digunakan untuk upacara mengakhiri tempoh perkabungan si mati tersebut. Kain itu kemudiannya disimpan oleh saudara-mara terdekat si mati. | Mayat itu diangkat ke ruai dan diletakkan di dalam sebuah kurungan yang dipanggil sapat. Di atas sapat itu diletakkan baya pandang. Pada pintu masuk yang dipanggil pala tangga kedua-dua hujung rumah panjang, alu dilintangkan supaya hantu, roh orang-orang yang sudah mati tidak naik ke rumah. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Thai 2.indb กระชั ้ น [kracan] ว dekat, hampir: คุณพ ่ อรีบสร ้ างบ ้ านให ้ เสร็จเพราะฤดูฝนกระช ั ้น เข ้ ามา Ayah cepat-cepat menyiapkan ru- mah kerana musim hujan sudah dekat. กระชับ [krachap] ก 1 mengeratkan: ร ั ฐบาลกระช ั บ ความส ั มพ ั นธ ์ ก ั บประเทศเพื่ อนบ ้ าน Kerajaan mengeratkan hubungan de ngan negara-negara muzik itu harmoni dan sedap didengar. กลมกลืน [-kl:n] ว 1 sebati: เมื่ อส ่ วน ผสมของแป ้ งกลมกลืนก ั นแล ้ วควรเก็บไว ้ ในตู ้ เย็น 15 นาที Apabila sudah sebati, adunan tepung itu hendaklah disimpan selama 15 minit di dalam peti sejuk. 2 sedon- don: เขาใส ่ ผ ้ าคลุมเสื้ อผ ้ าและร ้ องเท ้ าที่ กลมกลืน ก
|
|
Tesaurus |
---|
| sudah (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,
2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,
| Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah, |
|
|