Kata |
Takrif |
Sumber |
arkaik | 1. kuno, sudah ketinggalan zaman; 2. sudah tidak lazim dipakai lagi (bkn kata, ungkapan, dsb): al-Kindi menggunakan istilah yg tidak begitu dikenal atau bersifat ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
incongruous | adj (lacking harmony, consistency, compatibility) tdk /sesuai, kena/; (strange seen in relation to surroundings) janggal; (lacking agreement or conformity with st) tdk sesuai; (inappropriate) tdk kena pd tempatnya: the dress looks ~ on one so old, pakaian itu kelihatan tdk kena dgn wanita yg setuanya; the use of an archaism is ~ in this context, penggunaan perkataan yg arkaik tdk sesuai dlm konteks ini; the old building looks ~ among the modern skyscrapers, bangunan lama itu kelihatan janggal di antara pencakar-pencakar langit yg moden; his conduct is ~ with his principles, tingkah lakunya tdk sesuai dgn prinsip-prinsipnya; an ~ remark, kata-kata yg tdk kena pd tempatnya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
archaism | arkaisme | Kesusasteraan | Tiada | Penggunaan perkataan, frasa atau ayat yang dianggap kuno, purba, usang atau antik kerana telah lama tidak digunakan. Perubahan masa menyebabkan banyak perkataan yang pernah digunakan pada zaman silam dianggap lupus dan kuno. Ada kalanya, bahasa arkaik agak sukar difahami maksudnya, dan memerlukan penelitian yang lebih terperinci. Umumnya, bahasa arkaik banyak ditemui dalam puisi. Dalam kesusasteraan Inggeris, perkataan seperti thye, thee, atau morn merupakan perkataan arkaik. Arkaisme mempunyai peranan tertentu, antaranya dapat meninggalkan kesan penggunaan bahasa yang berbeza daripada bahasa biasa, serta dapat menimbulkan suasana budaya masa lampau kepada pembaca masa kini. Dalam tradisi Melayu, bahasa arkaik banyak ditemui dalam teks Melayu lama, khususnya dalam mantera Melayu. |
poetic diction | diksi puitis | Kesusasteraan | Tiada | Pemilihan dan penggunaan bahasa dalam puisi. Pada kurun ke-18, istilah diksi puitis ini ditampilkan untuk membezakan bahasa puisi dengan bentuk bahasa yang lain. Pada masa itu, bahasa puisi dianggap sebagai bahasa khusus yang mengandungi beberapa ciri arkaik dan bersifat berbunga-bunga. Kini, masih wujud perdebatan tentang kedudukan diksi puitis ini, sama ada diksi ini berkaitan dengan bahasa yang khusus atau bahasa seharian. |
Kependekan |
Keterangan |
Sumber |
ark | arkaik | KD4 |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
arkaik | [ar.kaik] | ارکاءيک |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata arkaik |
|
|