Kata |
Takrif |
Sumber |
menyerangguh | duduk bertopang dagu dgn siku tertekan ke lutut; sudah bongkok jangan ~ prb jangan dibesar-besarkan sesuatu yg buruk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serangguh | ; menyerangguh duduk bertopang dagu dgn siku tertekan ke lutut; sudah bongkok jangan ~ prb jangan dibesar-besarkan sesuatu yg buruk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelarai | 1. corak (anyaman, tenunan, dll) yg berbentuk damdam; 2. Mn simpul di tepi anyaman, sulaman (suji) di tepi kain; ~ sesat taja prb pekerjaan yg dr mulanya sudah salah; mengelarai 1. membuat anyaman (tenunan) yg bercorak damdam; 2. menyimpul pinggir anyaman, menyuji di tepi kain; bongkok dek menganyam, silap (sesat) ~ prb sungguhpun telah cekap dlm sesuatu pekerjaan masih juga membuat kesilapan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
betul | 1. benar, tidak salah: barangkali ~ kata engkau itu; 2. tepat, langsung: buah itu jatuh ~ di atas kepala saya; pukul satu ~; 3. sungguh, sangat: dia sudah gila ~; ~lah budak ini; 4. sejati, tulen: dua lagi orang Melayu ~ menjadi broker; bongkok baru ~, (buta baru celik) prb angkuh atau sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat; sebetulnya sebenarnya, sesungguhnya, nyata: itu ~ begitu;betul-betul 1. benar-benar, sungguh-sungguh: demokrasi ~ diamalkan di sini; 2. sudah sempurna, cukup, benar-benar: biarkan air itu mendidih dan ~ masak; gaulkan ramuan itu sehingga ~ sebati; 3. tepat benar: dia berdiri ~ di hadapan saya; 4. dgn baik dan sempurna, elok-elok: sikat rambutmu ~ supaya kelihatan kemas;berbetul ark 1. membaiki, merapikan (pakaian, sanggul, dll): Tun Tuah pun tersangkut pd tirai paseban itu, lalu ~; 2. sesuai, cocok: beta hendak pertaruhkan diri beta yg dagang ini kpd anak raja itu, tetapi jikalau sudah ~ pd fikiran nenek;berbetulan bertepatan (dgn), selaras (dgn), sesuai (dgn): letakkan mata gergaji itu ~ dgn tebal kayu yg hendak dibelah;membetuli 1. menujui, mengarahkan, mengenai sasaran: Panji Semirang pun segeralah mengambil anak panahnya, dikenakan pd ibunya, lalu dibetuli dan dilepaskan; 2. membaiki: sambil bangun ia ~ kain sarungnya;membetulkan 1. membaiki (kerosakan, kesalahan, dll): ia ~ duduknya; ~ ejaan yg salah; ~ jam tangannya; 2. membenarkan, menganggap betul: pembunuh itu ~ segala tuduhan;kebetulan 1. dgn tidak sengaja, dgn tidak disangka-sangka: cerita ini berdasarkan pengembaraan dan peristiwa-peristiwa ~; 2. keadaan (kejadian) yg terjadi secara tidak diduga: ini satu ~ saja; 3. tepat atau kena benar (dgn tidak sengaja), pd ketika yg sama (dgn): saya ~ ada di sana ketika ia mengucapkan kata-kata itu;berkebetulan bersamaan masanya (halnya dll): Louis Braille ~ buta sewaktu ia berumur tiga tahun;pembetulan perihal (perbuatan, kerja, dsb) membetulkan: ~ kesalahan itu boleh dibuat nanti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lakon | 1. = lakonan cerita yg dipentaskan (sandiwara, filem, dll), drama: suatu lakonan yg bertajuk Si Bongkok Tanjung Puteri akan dipentaskan di Dewan Bandaran; 2. karangan yg berupa sandiwara (terdiri drpd dialog); ~ layar skrip yg disediakan utk sesebuah filem, termasuk arahan kerja kamera dsb; 3. ki sesuatu peristiwa (kejadian dll): ~ yg menyayat hati; berlakon 1. bermain atau berlagak dlm sandiwara (drama, wayang, dll), mengambil bahagian dlm sandiwara dll: saya mula ~ sejak saya di bangku sekolah lagi; dlm filem Dia Ibuku, Sarimah ~ sbg ibu; 2. ki berpurapura menunjukkan sesuatu kelakuan, menunjukkan kelakuan yg bukan sifat sebenarnya: tak usahlah kau hendak ~ di depan aku, aku sudah tahu kelakuankau yg sebenarnya; melakonkan 1. mementaskan atau memainkan sesuatu cerita (drama, sandiwara, dll); 2. menulis (semula) suatu cerita menjadi sandiwara (drama dll); 3. mementaskan sebuah cerita sbg sandiwara: murid-murid disuruhnya ~ cerita Anak Raja dengan Anak Papa; 4. mengisahkan (menggambarkan) sesuatu perkara: drama itu ~ seorang pegawai tinggi; 5. memainkan sesuatu peranan (watak): seniman Nordin Ahmad ~ watak Hang Jebat dgn baik dlm filem Hang Jebat; lakonan 1. lakon; 2. perihal memainkan sesuatu drama (sandiwara dll), perihal berlakon: ~nya dlm filem-filem pd masa lalu sungguh baik dan memuaskan; pelakon orang yg berlakon dlm drama (sandiwara dll), tokoh dlm cerita dll: siapakah ~ yg akan membintangi filem itu? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kayu I | 1. = pohon ~ = pokok ~ pohon yg hidup atau tumbuh (digunakan juga) utk menyatakan nama atau jenis pohon spt ~ ara, ~ kembang, dll; batang ~ batang pohon; dahan ~ dahan pohon; daun ~ daun pohon; 2. bahagian batang (dahan dsb) yg keras yg banyak gunanya (boleh dijadikan tiang, alat perkakas, dll): bahan api ialah benda-benda yg dibakar utk mendatangkan panas spt ~, arang batu, minyak tanah, dll; perabot yg dibuat drpd ~ jati; 3. yg dibuat drpd kayu (batang atau dahan pokok): kerusi ~; rumah ~; ~ akhir (Bio) bahagian kayu dlm gelang pertumbuhan (pd spesies pokok yg tumbuh di kawasan yg mengalami perubahan musim) yg mempunyai sel yg lebih kecil, lebih tumpat, lebih kuat, dan terbentuk terkemudian drpd bahagian kayu awal; ~ antara (Bio) lapisan pd sebelah dlm gubal kayu yg mempunyai ciri peralihan antara ciri gubal kayu dan ciri teras kayu (dr segi warna dan sifat umum); ~ api = ~ bakar kayu yg digunakan sbg bahan api; ~ arang sj kayu yg keras dan hitam warnanya; ~ awal (Bio) bahagian kayu dlm gelang pertumbuhan (pd spesies pokok yg tumbuh di kawasan yg mengalami perubahan musim) yg mempunyai sel yg lebih besar, kurang tumpat dan terbentuk pd awal musim pertumbuhan; ~ balak a) batang kayu yg telah dipotong; b) Id batang kayu yg telah ditarah; ~ bangunan kayu yg baik utk dibuat rumah dsb; ~ belantan sj gada (pemukul) drpd kayu; ~ besi sj kayu yg keras dan berat (berwarna hitam); ~ bongkok ki orang yg hina lagi miskin (selalu dipandang rendah); ~ cagak kaki penyangga (meriam dll) drpd kayu; ~ gabus kayu yg lembut dan ringan; ~ gergaji (Hut) kayu yg dihasilkan drpd pembelahan dan pemprosesan kayu balak, dan mempunyai beberapa ukuran dan bentuk tertentu, mis papan dan beroti; ~ hutan kayu drpd pokokpokok di hutan; ~ jaras kayu balak yg bergaris pusat kecil (kurang drpd 150 mm) dan boleh digunakan sebagai tiang rumah, tiang elektrik, atau jambatan; ~ keras (Hut) tumbuhan Angiospermae kumpulan dikotiledon (mis cengal, jelutung, dll); ~ kumai (Hut) kayu panjang yg dipotong dengan menggunakan mesin kumai, dan permukaannya dibentuk menjadi pelbagai rupa bentuk utk tujuan hiasan; ~ lapis kayu keping yg nipis dan berlapis-lapis (digunakan oleh tukang kayu); ~ lembut (Hut) tumbuhan Gymnospermae yg menghasilkan kayu (mis pain, damar minyak, sempilor, podo, dll); ~ lempung a) kayu yg ringan; b) Kl orang yg berbadan besar tetapi tidak kuat; ~ malam sj tumbuhan (pokok) dlm famili Ebenaceae, buey, kayu arang, kumoi, meribut kumoi bukit, Diospyros spp.; ~ manis kulit drpd sj pokok yg manismanis pedas rasanya (digunakan dlm masakan); ~ masam sj tumbuhan (pokok) dlm famili Euphorbiaceae, bagil, galang-galang penatan (Sabah), Aporusa spp.; ~ muda (Bio) bahagian kayu yg cepat tumbuh yg terbentuk di keliling empulur pokok; ~ palang a) pengancing pintu drpd kayu; b) salib; ~ pembaris (rul, skil) kayu dll yg bersenggat dgn ukuran (digunakan utk membuat garis lurus); ~ putih tumbuhan yg menghasilkan sj minyak utk dibuat ubat, Meloleuca leucadendron; ~ satar Id kayu pembaris; ~ ukur a) kayu utk mengukur panjang dll sesuatu; b) ki ukuran atau standard yg digunakan utk membuat perbandingan atau penilaian: ~ ukur utk mengetahui yg mana baik dan yg mana tidak baik; ~ besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan prb pemimpin yg menjadi tempat rakyat mengadu nasibnya; ~ bongkok kura-kura pun boleh memanjat prb kalau orang itu sudah bersalah ada sahaja yg menambah-nambah kesalahannya; ~ dikatakan batu, langit hendak dicapai dgn tangan prb orang yg tidak sempurna akal fikirannya; ~ yg banyak akarnya tak takutkan ribut = ~ yg berakar tunjang tak endahkan ribut = jikalau sepohon ~ banyak akarnya lagi teguh, apa-kah ditakutkan ribut prb orang yg banyak kawan tidak takut akan susah; bagai ~ lempung ditebuk kumbang tembus-menembus prb orang yg lemah mudah dianiayai oleh orang yg berkuasa; besar ~ besar dahannya = gedang ~ gedang dahannya prb apabila banyak penghasilan, besar pula perbelanjaannya; di mana ~ bengkok, di sanalah musang meniti prb tempat yg tidak dijaga baik-baik itulah yg dimasuki pencuri; kalau sama tinggi ~ di rimba, di mana angin akan lalu prb kalau sekalian manusia sama pangkat dan darjatnya nescaya tidak ada pekerjaan yg akan menjadi; laksana pohon ~ tidak berbuah prb ilmu yg tidak diamalkan tidak berguna; seberat-berat ~ terapung juga dlm air prb fikiran seseorang itu biar bagaimana teguhnya dapat juga dihasut; tak ~ jenjang dikeping prb dlm keadaan yg serba sukar, segala apa pun dibuat utk mencapai maksud; umpama ~ buruk, buruk dek panas, reput dek hujan prb nasib malang yg tidak dapat dielakkan lagi; umpama ~ lempung, belum ditolak condong sendiri prb orang yg bodoh dan penakut mudah menurut kehendak orang lain; kayu-kayuan, kayu-kayan serba jenis kayu, bermacam-macam jenis kayu; berkayu 1. ada kayunya, berteras; 2. mencari kayu (di hutan): pergi ~ pergi mencari kayu; perkayuan 1. (segala jenis pekerjaan) yg bersangkutan dgn kayu (spt menebang, membuat kerusi drpd kayu); 2. alat-alat rumah drpd kayu: ke kampung telah dikirim surat menyuruh membeli ~ buat rumah anak; 3. rangka rumah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buta | 1. tidak dapat melihat: sekelilingnya hitam pekat bagaikan kedua-dua belah matanya benar-benar ~; 2. tidak terang melihat; ~ rabun = ~ radam mata kabur; 3. ki tidak tahu (menulis, membaca, dll), tidak dapat mengenal (warna, huruf): Karim memang ~ bahasa Inggeris; 4. dlm erti tidak ada (mempunyai) sesuatu; gaji (wang) ~ gaji tanpa bekerja; perigi ~ perigi yg tidak berair; surat ~ surat tanpa nama si pengirim; 5. kata utk menyatakan amat sangat; gelap ~ sangat gelap; malam ~ malam yg sangat gelap; pagi-pagi ~ pagi-pagi sangat; sepeser ~ pun tidak ada sesen pun tidak ada; ~ angka tidak pandai atau tidak tahu mengira; ~ ayam a) rabun (kabur mata) waktu senja; b) petang hari (sesudah waktu senja); ~ belalang buta tetapi mata tidak rosak; ~ belengset buta dgn kelopak mata bahagian bawah terkeleweh; ~ bular buta kerana mata berselaput; ~ celik = ~ cemik = ~ cemer buta dgn biji mata yg tidak rosak; ~ hati a) tidak berhati perut, kejam; b) gelap fikiran (tidak berpengetahuan); ~ kayu bp buta huruf; ~ kesip = ~ pecah buta dgn biji mata yg pecah (rosak); ~ komputer tidak tahu atau tidak pandai menggunakan komputer; ~ larangan tidak dapat melihat jauh; ~ malam buta pd malam hari; ~ mereluh buta langsung; ~ perut a) bp tidak menggunakan akal fikiran, tidak berakal (dlm melakukan sesuatu perbuatan); b) ki asal makan saja (tidak peduli rasa makanan); ~ rengga Kl bermacam-macam jenis buta; ~ siang buta pd siang hari; (mem)buta tuli tidak peduli, tidak mengendahkan sesuatu apa; ~ warna tidak dapat membezakan warna, tidak tahu warna apa sesuatu warna itu; bagai si ~ pergi bergajah prb pekerjaan yg sia-sia (tidak mungkin dapat dilakukan); bongkok baru betul, ~ baru celik prb orang yg hina dan papa kalau mendapat kesenangan maka mengada-ngada; orang ~ dapat tongkat, dipukulkan ~ tuli = spt si ~ baru melihat prb sombong kerana baru beroleh kekayaan (kemuliaan); orang ~ diberi bersuluh prb perbuatan yg sia-sia; spt orang ~ kehilangan tongkat prb berada dlm kesukaran; si ~ membilang bintang di langit prb membuat pekerjaan yg sia-sia; yg ~ peniup lesung prb walau bagaimanapun bodoh dan lemahnya orang, ada juga gunanya; membuta 1. berpura-pura buta; 2. bk tidur: saya sudah ~ waktu dia pulang malam tadi; 3. = ~ tuli = buta-butaan tidak mengendahkan sesuatu apa (berbuat sekehendak hati); membutakan membuat buta, mengakibatkan buta: perompak itu ~ kedua-dua belah mata mangsanya; kau pula hendak ~ hati aku; kebutaan perihal buta, keadaan buta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
anakbiak, *anak biak* Ib, MSr | pengikut. | Siapa sangka Tuai Rumah yang sudah bongkok belakang itu masih meleleh air liur melihat paha perempuan? Siapa sangka? Anakbiak-anakbiak di rumah panjang semuanya tidak akan percaya. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Thai 2.indb muncul pada waktu malam. กบาล [kaba:n] น kepala = กระบาล ก ้ ม [kom] ก membongkok: คุณแม ่ ก ้ มลง หยิบผ ้ าคลุมศ ี รษะที่ ตกลงบนพื้ น Ibu mem- bongkok untuk mengambil kain tudung yang terjatuh di atas lantai. ก ้ มหน ้ า [-na:] ก tunduk: ผู ้ กระทำผิดคน น ั ้นเอาแต ่ ก ้ มหน ้ าโดยไม ่ กระชั ้ น [kracan] ว dekat, hampir: คุณพ ่ อรีบสร ้ างบ ้ านให ้ เสร็จเพราะฤดูฝนกระช ั ้น เข ้ ามา Ayah cepat-cepat menyiapkan ru- mah kerana musim hujan sudah dekat. กระชับ [krachap] ก 1 mengeratkan: ร ั ฐบาลกระช ั บ ความส ั มพ ั นธ ์ ก ั บประเทศเพื่ อนบ ้ าน Kerajaan mengeratkan hubungan de ngan negara-negara
|
|
Tesaurus |
---|
| sudah (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,
2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,
| Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah, |
|
|