Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Novel ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sungai Aruk tempatku diam, Tempat berumah dengan Ayubi; Sudah tahu diam-diam, Saya di rumah senang hati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dari Gunung ke Anak Bukit, Singgah semalam di Bukit Pinang; Dahulu hati sakit, Sekarang hati merasa senang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sayang ke barat Pulau Peringgi, Buah padi buah jeranang; Saya melarat membawa diri, Sebab membawa hati tak senang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Petang-petang ribut berdentung, Panji juala di Pulau Pinang; Petang-petang duduk termenung, Bilakan kala hati nak senang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pasang kelong laut Mengkalis, Tumis santan linang berlinang; Biar remuk jiwaku habis, Lagi tak dapat hati tak senang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Batu Pahat perigi batu, Sebelah sana Gunung Banang; Abang pergi bawalah aku, Duduk di rumah hati tak senang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak dara duduk di pintu, Turun ke laman pergi mandi; Kalaulah tuan kata begitu, Barulah senang rasa hati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Saya ke darat ke Pulau Lidi, Buah padi pisang jeranang; Jangan diharap membawa diri, Hendak membawa hati tak senang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Selasih diambil dari barat, Dibawa orang jual ke pekan; Cinta kasih tak ada ubat, Selagi tak jumpa hati tak senang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Selasih diambil dari barat, Dibawa orang jual ke pekan; Cinta kasih tak ada ubat, Selagi tak jumpa hati tak senang.
Tesaurus
 
senang (adjektif)
1. Bersinonim dengan mudah: gampang, ringan, ganyir, suang, lasuh, enteng,
Berantonim dengan susah

2. Bersinonim dengan suka: mesra, deman, setuju, gemar, cocok,
Berantonim dengan benci

3. Bersinonim dengan rehat: enak, nyaman, gembira, selesa, lega, sedap, menyenangkan, segar, seronok, nikmat, indah, sihat, naim,
Berantonim dengan sesak

4. Bersinonim dengan bahagia: aman, tenteram, sentosa, baik, elok, aman makmur, mujur, beruntung, sejahtera, tuah, selamat,
Berantonim dengan huru-hara

5. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bersahaja tenang, sedang, sederhana, tidak berlebihan, lugu, sewajarnya,
Berantonim dengan berlebih-lebih

Kata Terbitan : bersenang, bersenang-senang, menyenangi, menyenangkan, mempersenang, kesenangan,

Puisi
 

Dari Gunung ke Anak Bukit,
     Singgah semalam di Bukit Pinang;
Dahulu hati sakit,
     Sekarang hati merasa senang.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
323

Into every life a little rain must fall

Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia, ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk menenangkan hati orang yang ditimpa malang dan untuk mengingatkan bahawa nasib malang itu hanyalah sementara)

Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup.

Don't you feel sad, my dear. Everybody must have his or her misfortune. Remember, into every life a little rain must fall. Who knows may be tomorrow luck will come and knock at your door.

Usah kamu bersedih, sayangku. Tiada insan yang tidak ditimpa malang. Ingat, hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. Siapa tahu esok-esok nasib yang baik akan datang juga.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...