Kata |
Takrif |
Sumber |
sewajarnya | 1 memang demikian halnya atau keadaannya; sememangnya: Sudah ~ seseorang isteri menolong suaminya. 2 sudah demikian sifatnya atau kudratnya; semestinya begitu: Sikap bermusuh-musuhan antara dua golongan itu memang ~. 3 dgn sendirinya; tidak dipaksa-paksa: Fikiran kanak-kanak itu tumbuh dgn ~. 4 sebagaimana seharusnya; sebagaimana semestinya: Ayat-ayat suci itu harus ditafsirkan ~ dan jangan dipinda-pinda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sewajarnya | 1. memang begitu halnya (keadaannya dll), sebenarnya (demikian), sememangnya: sbg seorang yg dilahirkan di Negeri Sembilan, maka sudah ~ pula saya sentiasa bersimpati dgn perjalanan adat Perpatih di Negeri Sembilan; 2. memang begitu sifatnya (kudratnya, tabiatnya), sudah semestinya begitu: pertengkaran antara puak pembangkang dgn puak kerajaan yg berlaku dlm parlimen itu sudah ~; 3. dgn begitu sahaja, tidak dibuat-buat (dipaksa-paksa), dgn sendirinya: jangan dihalang fikiran kanakkanak yg tumbuh dgn ~; 4. sesuai dgn yg seharusnya, sebagaimana mestinya, sebagaimana patut: kandungan Quran itu harus difahami dgn ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sewajarnya | 4 sebagaimana seharusnya; sebagaimana semestinya: Ayat-ayat suci itu harus ditafsirkan ~ dan jangan dipinda-pinda. | Kamus Pelajar |
sewajarnya | 3 dgn sendirinya; tidak dipaksa-paksa: Fikiran kanak-kanak itu tumbuh dgn ~. | Kamus Pelajar |
sewajarnya | 2 sudah demikian sifatnya atau kudratnya; semestinya begitu: Sikap bermusuh-musuhan antara dua golongan itu memang ~. | Kamus Pelajar |
sewajarnya | 1 memang demikian halnya atau keadaannya; sememangnya: Sudah ~ seseorang isteri menolong suaminya. | Kamus Pelajar |
memang | (mémang) sesungguhnya, sebenarnya, sewajarnya, sudah sepatutnya begitu: ~ benar perkataan engkau itu; Zahar ~ selalu datang ke rumahnya; dihitung dr segi agama suaminya ~ berhak beristeri lagi; sememangnya 1. sebenarnya, sesungguhnya: kami ~ berharap utk sehidup semati; 2. sepatutnya, sewajarnya: ia ~ harus bersuka ria dlm keadaan serupa itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cotok | paruh ayam (burung dll); salah ~ melantingkan prb a) sesuatu perbuatan yg salah itu harus dibetulkan; b) melakukan sesuatu pekerjaan itu hendaklah dgn sewajarnya, kalau tidak kesusahan akibatnya; salah ~ berkudung paruh, salah telan belah perut prb kesalahan akan dihukum dgn sewajarnya atau menurut adat yg ditentukan; mencotok mencatuk, memagut, mematuk: ayam ~ makanan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wajar | sewajarnya | Kamus Pelajar |
sewajibnya | semestinya, sewajarnya, seharusnya: ~lah mereka bersatu padu dan bekerjasama utk mencapai kemajuan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
befitting | adj wajar, sewajarnya, selayaknya: a ~ example, contoh yg wajar; in a ~ manner, dgn gaya yg sewajarnya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
due | 2. appropriate, sewajarnya, wajar: the matter will be given ~ consideration, perkara itu akan diberi pertimbangan yg sewajarnya; take ~ care, betul-betul hati-hati: he took ~ care not to hurt their feelings, dia betul-betul hati-hati agar tdk menyinggung perasaan mereka; 3. owing as an obligation, patut diberikan: the extra money ~ to you will be paid next week, wang lebih yg patut diberikan kpd kamu akan dibayar minggu hadapan; he does not treat him with the respect ~ to a superior, dia tdk memperlakukannya dgn rasa hormat spt yg | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
accordingly | adv 1. correspondingly , sewajarnya: hes a dangerous person and must be treated ~, dia orang yg berbahaya, dan mesti diperlakukan sewajarnya; 2. consequently, oleh sebab itu, oleh itu, /dgn, oleh, yg/ demikian, maka. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fitting | adj (proper, right) sewajarnya; (suitable) sesuai; (appropriate) kena pd tempatnya: according to tradition, it was ~ for the eldest child to marry first, mengikut adat, sewajarnyalah anak yg sulung berkahwin dahulu; her behaviour was not ~ for a hospital supervisor, kelakuannya tdk sesuai bagi penyelia hospital; I think it was a ~ compliment, saya rasa pujian itu kena pd tempatnya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fit1 | ~ and proper, sewajarnya, sepatutnya: since you were driving the car its only ~ and proper that you should pay the fine, oleh sebab kamu yg memandu kereta itu, sewajarnyalah kamu yg membayar dendanya; ~ for a king, sangat mewah: he was given a hotel room ~ for a king, dia diberi bilik hotel yg sangat mewah; ~ to drop, /setengah, separuh/ mati: Ive worked in the garden until Im ~ to drop, saya bekerja di kebun hingga setengah mati; ~ to explode, spt hendak meletup; ~ to wake the dead, bagai hendak pecah telinga: the noise of the traffic here is ~ to wake the dead, kebisingan lalu lintas di sini bagai hendak pecah telinga; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
appropriate | adj suitable, fitting, a. (gen) sesuai: a speech ~ to the occasion, ucapan yg sesuai utk majlis itu; such a remark is scarcely ~ in the present circumstances, kata-kata spt itu tdk sesuai dlm keadaan sekarang ini; clothes ~ to the climate, pakaian yg sesuai dgn iklim; b. (of action, measure, step, etc) sesuai, sewajarnya, wajar: to take ~ action, mengambil tindakan yg sewajarnya; c. (of remuneration) sesuai, sepadan, berpadanan, berpatutan: a salary ~ to an office, gaji yg berpadanan dgn jawatan; d. (of punishment, retribution, etc) sesuai, sewajarnya, wajar: to choose an ~ punishment for the offence, memilih hukuman yg sesuai bagi kesalahan itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fit1 | keep ~, menjaga kesihatan: the doctor declared him ~ to play in the final, doktor mengesahkan bahawa dia cukup sihat utk bermain dlm pertandingan akhir; 3. right and proper, sepatutnya, sewajarnya: he did not think ~ to see her, dia fikir sepatutnya dia tdk berjumpa dgn wanita itu; it is not ~ that you should treat him so, kamu tdk sepatutnya memperlakukannya demikian; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
documentation | n 1. act of documenting, pendokumenan; 2. (documents as evidence, proof) dokumen; (documents as references) dokumentasi: we need proper ~ to support our claim, kita perlukan dokumen-dokumen yg sewajarnya utk menyokong tuntutan kita. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
earn | vt 1. obtain, mendapat, memperoleh: he ~s a salary of $1,000 a month, dia mendapat gaji $1,000 sebulan; to ~ $500 in fees, mendapat bayaran $500; 2. yield, menghasilkan: these shares are expected to ~ $300 a year, saham-saham ini dijangka akan menghasilkan $300 setahun; 3. deserve, /sewajarnya, sepatutnya, selayaknya/ mendapat: he did not ~ that promotion, tdk sewajarnya dia mendapat kenaikan pangkat itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
guarantee | n 1. (formal) promise that st will be done or will definitely happen, jaminan; (leg.) gerenti: the computer has a two-year ~, komputer itu mempunyai jaminan dua tahun; is the washing machine still under ~?, adakah mesin basuh itu masih dlm jaminan?; the union wanted some ~ that the management would give the matter due consideration, kesatuan sekerja mahukan suatu jaminan bahawa pihak pengurusan akan memberikan pertimbangan sewajarnya thdp perkara itu; ~ letter, surat jaminan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
political order | aturan politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan perjalanan politik yang diterima masyarakat atau yang sewajarnya. Keadaan ini bersifat aman, menurut adat, budaya dan perlembagaan. Dalam aturan politik yang normal tidak berlaku kekacauan, rusuhan, pemberontakan atau kacau-bilau. Orang ramai menghormati pemimpin dan autoriti manakala Orang ramai menghormati pemimpin dan autoriti manakala sesiapa yang melanggarnya akan dikenakan tindakan. Tindakan seperti berkempen, melancarkan piket, demonstrasi secara aman dan perarakan yang menurut undang-undang adalah masih dalam aturan politik demokrasi dan diterima. |
military government | pemerintahan tentera | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemerintahan sesebuah negara yang dilaksanakan oleh institusi tentera tanpa memberi hak sivil yang sewajarnya kepada orang ramai. Pemerintahan jenis ini tidak berasaskan pemisahan kuasa sebagaimana yang lazim diamalkan dalam sistem demokrasi. Kepimpinan tertinggi dan elit tentera yang lain bertindak sebagai pemerintah serta memutuskan segala dasar penting negara. Pemerintahan tentera dikaitkan dengan kekerasan, ketiadaan kebebasan dan keadilan mahkamah serta sekatan kepada parti politik, NGO, gerakan sosial dan pelajar. Pemerintahan tentera ini biasanya muncul melalui rampasan kuasa. Tahun 1970-an merupakan dekad pemerintahan tentera di Amerika Latin, Afrika dan Asia apabila banyak negara jatuh ke tangan tentera. |
obsolete diction | diksi usang | Kesusasteraan | Puisi | Pemilihan dan penggunaan diksi yang sudah terlalu kerap digunakan dalam sesebuah puisi atau sajak. Kesan penggunaannya tidak mampu lagi mengangkat makna yang sewajarnya, sesuai dengan sesuatu pemikiran yang hendak disampaikan oleh penyairnya. |
war risk insurance | insurans risiko perang | insurans | Tiada | Tidak ada insurans ditawarkan bagi risiko terhadap harta atau liabiliti di darat kerana apabila tercetus peperangan, pihak kerajaan dianggapkan telah membuat peruntukan yang sewajarnya. Walau bagaimanapun, risiko perang tidak dikecualikan bagi polisi insurans hayat dan perlindungan ini juga boleh didapati bagi risiko marin dan penerbangan. |
improvisation | improvisasi | Kesusasteraan | Tiada | Perlakuan secara spontan oleh seseorang pelakon dalam sesuatu seni persembahan. Contohnya dalam persembahan drama, jika berlaku sesuatu yang tidak dijangka, pelakon harus tahu menanganinya secara improvisasi, iaitu melakukan gerak, aksi atau ucap yang boleh memberikan reaksi sewajarnya terhadap kejadian yang tidak dijangka itu. Improvisasi berasal daripada perkataan Latin improvisus yang bermaksud tanpa persediaan. |
nationality | kerakyatan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Status kewarganegaraan yang dimiliki oleh seseorang dalam sesebuah negara. Status ini membezakan seseorang itu dengan pelancong, pendatang yang sah dan tidak sah, pelarian dan pemohon suaka politik. Dengan status kewarganegaraan, seseorang itu layak mendapat hak seperti yang sewajarnya diterima oleh seorang warganegara seperti hak mengundi, dilindungi oleh kerajaan dan pelbagai jenis pembiayaan seperti persekolahan, kesihatan dan kebajikan. Status warganegara boleh diperoleh melalui beberapa cara seperti melalui jus soli atau menjadi warganegara apabila lahir di negara tersebut atau melalui permohonan secara perundangan dan penganugerahan oleh sesebuah negara atas kepakaran yang dimiliki. |
tyranny of the majority | tirani majoriti | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemerintahan sebuah kerajaan majoriti yang zalim. Walaupun pemerintahan ini mendapat legitimasi majoriti, namun pemerintahannya berlaku secara tidak adil. Pemerintah memberi kelebihan kepada golongan majoriti dan bertindak kejam terhadap golongan minoriti. Golongan minoriti tidak diberi hak yang sewajarnya dan ditindas dalam segala aspek. Contohnya, pemerintahan Kerajaan Serbia menjelang abad ke-21 dan pemerintahan Nazi Jerman terhadap minoriti Yahudi. |
quasi-federation | separa persekutuan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang mengamalkan sistem persekutuan yang bersifat separa. Negara ini memiliki ciri-ciri asas persekutuan, namun praktiknya tidak sepenuhnya mengamalkan sistem persekutuan tersebut. Dalam sistem ini, kerajaan pusat sering memiliki kuasa yang tinggi atau bersifat terpusat sementara kerajaan negeri tidak memiliki autonomi yang sewajarnya. Contohnya, India dan Malaysia merupakan negara yang bersifat separa persekutuan. |
dramatic irony | ironi dramatik | Kesusasteraan | Tiada | Keadaan atau situasi dalam persembahan (drama, teater) yang diketahui oleh penulis atau penonton, tetapi watak-watak yang menjayakan persembahan itu mungkin tidak mengetahuinya. Persembahan menggunakan kaedah plot yang membolehkan penonton mengetahui lebih banyak tentang situasi sesuatu watak berbanding apa yang disedari oleh watak itu sendiri. Watak bertindak bertentangan dengan apa yang sewajarnya, aksinya memberikan makna yang berlainan kepada penonton. Ramalan boleh meningkatkan kesan ironi dramatik. Contohnya, dalam drama Oedipus Rex, Oedipus mendesak agar mencari pembunuh Creon, tetapi sebenarnya dialah pembunuhnya. Oedipus dapat melihat dengan jelas ketika buta, tetapi semasa celik, dia sebenarnya buta. Lihat juga ironi. |
laissez jaire | laissez faire | Sains Politik | Politik Perbandingan | Doktrin yang berpegang kepada kebebasan sepenuhnya kepada semua urus niaga dalam sesebuah negara demi kepentingan kebebasan, pasaran dan hak individu. Ini bermakna, sebarang campur tangan kerajaan dalam mempengaruhi pasaran atau meletakkan peraturan dalam urus niaga ditolak sama sekali. Segala aspek dalam urus niaga seperti penetapan harga, jumlah eksport dan import, kadar faedah pinjaman, peraturan pinjaman, insurans, saham, perbankan dan sebagainya bebas ditentukan sendiri oleh pasaran atau aktor yang terlibat sahaja. Kerajaan hanya memerhati dan menyediakan infrastruktur di samping mengutip cukai yang sewajarnya. Dasar ini menjadi asas kepada perkembangan sistem kapitalisme dan sangat bertentangan dengan sistem ekonomi komunisme dan sosialisme. Dasar ini secara tidak langsung memberi kelebihan kepada golongan yang lebih kaya dan meminggirkan golongan yang miskin. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
wajar | sewajarnya sawajarnyak, sapatutnyak; | kedayan | |
Kamus Sains.indb capaian rawak yang bercas penuh dan dengan itu berada dalam keadaan logik 1. (KOM) full frame (bingkai penuh) Keadaan paparan yang menunjukkan keseluruhan grafik dalam ruang paparan setelah diskalakan dengan sewajarnya. (KOM) full load voltage (voltan beban penuh) Voltan pangkalan bateri atau bekalan apabila membekalkan arus beban penuh kepada sesuatu beban. (KEJ) full-gauge bit (bit tolok penuh) Bit yang masih
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
sewajarnya | [se.wa.jar.nya] | سواجرڽ |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
efektor | effector | Otot atau tisu yang membolehkan haiwan bertindak sewajarnya terhadap sesuatu rangsangan. | Menengah Atas |
|
Tesaurus |
---|
| wajar (adjektif) | 1. Bersinonim dengan sepatutnya: seharusnya, munasabah, semestinya, bersesuaian, selayaknya,
2. Bersinonim dengan biasa: bersahaja, tidak dibuat-buat, memang begitu, norma,
| Kata Terbitan : sewajar, sewajarnya, |
|
|