Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v2.0Glosari Leksikal Bahasa SukuanKamus Thai Melayu Dewan
Kata Takrif Sumber
sewajarnya1. memang begitu halnya (ke­adaannya dll), sebenarnya (demikian), se­memangnya: sbg seorang yg dilahirkan di Negeri Sembilan, maka sudah ~ pula saya sentiasa bersimpati dgn perjalanan adat Perpatih di Negeri Sembilan; 2. memang begitu sifatnya (kudratnya, tabiatnya), sudah semestinya begitu: pertengkaran antara puak pembangkang dgn puak kerajaan yg berlaku dlm parlimen itu sudah ~; 3. dgn begitu sahaja, tidak dibuat-buat (dipaksa-paksa), dgn sendirinya: jangan dihalang fikiran kanakkanak yg tumbuh dgn ~; 4. sesuai dgn yg seharusnya, sebagaimana mestinya, sebagai­mana patut: kandungan Quran itu harus difahami dgn ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
wajar1. memang begitu (tidak dibuat-buat, ditambah-tambah, dll); nasi ~ nasi biasa (nasi putih, tidak bersantan, dll); 2. sebagaimana yg sepatutnya (bersesuaian, kena pd tempat­nya, dsb), dapat diterima atau dipertahankan sbg munasabah, seharusnya, semestinya, sepatutnya: kaum wanita harus mendapat tempat yg ~ dlm masyarakat; tuntutan rakyat yg ~ utk keperluan hidup; sewajar; ~ dgn sama halnya dgn, selaras dgn, setimbal dgn, sesuai dgn; sewajarnya 1. memang begitu halnya (ke­adaannya dll), sebenarnya (demikian), se­memangnya: sbg seorang yg dilahirkan di Negeri Sembilan, maka sudah ~ pula saya sentiasa bersimpati dgn perjalanan adat Perpatih di Negeri Sembilan; 2. memang begitu sifatnya (kudratnya, tabiatnya), sudah semestinya begitu: pertengkaran antara puak pembangkang dgn puak kerajaan yg berlaku dlm parlimen itu sudah ~; 3. dgn begitu sahaja, tidak dibuat-buat (dipaksa-paksa), dgn sendirinya: jangan dihalang fikiran kanakkanak yg tumbuh dgn ~; 4. sesuai dgn yg seharusnya, sebagaimana mestinya, sebagai­mana patut: kandungan Quran itu harus difahami dgn ~; mewajarkan menjadikan dapat diterima atau dianggap sbg sepatutnya atau seharusnya demikian, menjadikan (memperlihatkan dsb) wajar: filem ini tidak berusaha utk ~ kekuasaan kolonial bangsa kulit putih; saya tidak nampak sebarang alasan atau hujah yg kuat yg dapat ~ kita bertindak menghapuskan tulisan Jawi; kewajaran perihal wajar: perbincangan di atas telah menunjukkan ~ pendirian ini; apakah ada ~ atau tidak utk bertindak sedemikian?Kamus Dewan Edisi Keempat
sudah 3 memang begitu keadaannya dll; sememang begitu: Kalau ~ nasib, apa yg hendak dikatakan.Kamus Pelajar
kalian1. = sekalian; 2. bp awak (kamu) semua: biarlah ~ dulu, aku akan menyusul; ~ memang begitu, suami isteri serupa saja; daftar ~ kali-kali, sifir;Kamus Dewan Edisi Keempat
sesungguhnya1. bahawasanya, sebenarnya, sebetulnya: ~ dua hari yg lalu, laki-laki perem­puan banyak datang menemui dia; 2. memang (begitu), sememangnya: ~ hari telah rembang petang, matahari sudah condong benar ke barat;Kamus Dewan Edisi Keempat
sedia1. memang ada (sejak dr mula atau dahulu), yg asal (sudah-sudah, dahulu), semula: Sang Rajuna Tapa gelarnya, asalnya ~ orang Singapura; 2. memang begitu (halnya, keadaannya), begitulah (biasanya): yg hidup itu ~ akan mati juga sudahnya; ke­gemar-annya tetap macam ~; 3. siap (utk berbuat sesuatu), mustaid: tetapi sudahlah ~ kawannya memegang murang; 4. sanggup dan rela (mahu), sudi: Amerika ~ mengi­rimkan rombongan itu pd bila-bila masa sahaja; 5. telah sudah: Si Sirih telah ~ mengetahui perangai Si Tenggang; sedianya sememangnya, sebetulnya, se­patutnya, jangkanya: ~ hamba hendak ke rumah Tuan; bersedia 1. bersiap (utk melakukan sesuatu, menanti, dll): ~ utk menghadapi musuh; 2. = bersedia-sedia mempersiapkan diri: ia sedang ~ utk berangkat; 3. rela dan sanggup: ~ menolong orang miskin; kebersediaan perihal (keadaan) bersedia: ~ utk tolong-menolong; menyediakan 1. menyiapkan (makanan dll); 2. melengkapkan (kapal, kenaikan, dll): diperintahkanlah sekalian menteri dan rakyat ~ panca­persada; 3. mencukupkan (wang dll): ~ wang utk membeli kereta; 4. mengadakan (sesuatu utk), mengatur, me­nyusun: wakil itu ~ kenderaan utk membawa mereka ke asrama yg dikhaskan; tersedia telah disediakan (dilengkapkan), ada: teman hidupmu yg ibu idam-idamkan sudah ~; ketersediaan keadaan tersedia: ~ indeks; kesediaan perihal sedia, kesanggupan, ke-relaan: mereka menampakkan ~ utk ber-juang demi bangsa dan negara; persediaan 1. perbuatan menyediakan, per-siapan: perasaan gentar semasa mengajar biasanya kerana kurang ~; 2. = sediaan sesuatu yg telah disediakan (ada), cadangan; buku ~ mengajar buku yg mengandungi butir-butir pelajaran yg akan diajarkan kpd murid sehari-hari (disediakan oleh guru); penyedia orang (institusi, badan, dsb) yg menyediakan sesuatu: ~ makanan.Kamus Dewan Edisi Keempat
sudah1 telah siap sedia; selesai; habis; tamat: Setelah ~ makan, mereka pun makan sirih sekapur seorang. 2 telah berlalu tempohnya; telah berlaku: Perkara yg ~ janganlah dikenang. 3 memang begitu keadaannya dll; sememang begitu: Kalau ~ nasib, apa yg hendak di­­katakan. 4 = sudahlah cukuplah; ber­hentilah; padalah: ~, jangan menangis lagi. sudahnya, sudah-sudahnya akhir­­nya; kemudiannya: Sekalian yg hidup akan mati juga ~. sesudah se­telah sudah melakukan sesuatu dll; sehabis: ~ bersembahyang, kami pun berwirid dan berdoa. menyudahi mem­berikan penutup kpd sesuatu (spt rundingan, ucapan dsb); mengakhiri: Beliau ~ ucapannya dgn serangkap pantun. menyudahkan membuat jadi sudah; menghabiskan; menyiapkan; menamatkan: Tunggu sebentar, saya hendak ~ kerja ini dahulu. kesudahan apa-apa yg berlaku sesudah sesuatu; penghabisan; akhir: Bagaimana ~ cerita itu? Mula-mula mereka bergurau-gurau, ~nya mereka berkelahi. penyudah apa-apa yg terakhir; penghabisan: Itulah kali ~ dia datang ke mari.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sengajamemang diniatkan atau dimaksudkan begitu; memang dgn niat terlebih dahulu: Dia ~ tidak mahu datang. Kemalangan itu berlaku dgn tidak ~.Kamus Pelajar
sengajamemang diniatkan atau dimak­sudkan begitu; memang dgn niat ter­lebih dahulu: Dia ~ tidak mahu datang. Kemalangan itu berlaku dgn tidak ~. menyengaja berbuat sesuatu yg se­ngaja: Saya ~ supaya dia tahu akan ke­hadiran saya. menyengajakan me­la­kukan dgn sengaja: Perbalahan itu me­mang disengajakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dasar1 bahagian yg di bawah sekali (bkn laut, sungai, botol, kuali dll): Air sungai itu sangat jernih hingga nampak ~nya. 2 asas; panduan (pendapat, falsafah, aturan dll): ~ kerajaan ialah meninggikan taraf ekonomi rakyat Malaysia. ~ Ekonomi Baru dasar yg membuka jalan ke arah penyelesaian masalah ekonomi yg tidak seimbang. 3 lantai: ~ rumah itu dibuat drpd simen. 4 lapisan yg di bawah sekali (pd gambar dll): latar: ~ gambar itu berwarna biru muda. 5 bp memang begitu (perangainya, sifatnya dsb): ~ hidung belang, di mana pun, dia suka mengganggu perempuan. berdasar 1 mempunyai dasar: Selendang itu ~ warna merah jambu. 2 bersandar; berasas: Aduan-aduan itu ~ pd bukti yg nyata. berdasarkan berdasar pd; berasaskan: Laporan itu ~ kejadian-kejadian yg betul-betul berlaku. mendasarkan memakai sbg dasar: Kekuatan sesebuah negeri itu biasanya didasarkan pd kekuatan tenteranya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
Tesaurus
 
memang (kata tugas)
Bersinonim dengan sungguh, sungguh-sungguh, benar-benar, betul-betul, tentu sekali, tentu, pasti, cengki, cengli;,
Kata Terbitan : sememangnya,

Puisi
 

Ada rumah tidak berpintu,
     Ada pintu tidak bertingkap;
Rimau garang memang begitu,
     Mengaum saja tidak menangkap.



Lihat selanjutnya...