Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sungai Kantan bertembok batu, Tempat orang membuat perahu; Ayam jantan memang begitu, Pandai berkokok bertelur tak tahu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ada rumah tidak berpintu, Ada pintu tidak bertingkap; Rimau garang memang begitu, Mengaum saja tidak menangkap.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Cik Yam duduk di pintu, Sambil menjahit baju kurung; Sahabat diam memang begitu, Macam gunting makan di hujung.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pergi ke pulau memetik mengkudu, Hendak dikirim ke Surabaya; Adat perantau memang begitu, Sampai musim pulanglah dia.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Burung Perling muka merah, Murah beralun pintu; Emak jeling katakan marah, Perangainya memang begitu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Layang-layang bertali besi, Tanam selasih muka pintu; Sekali sayang sekali benci, Orang kasih memang begitu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buah timun dimakan landak, Buah mempelam di muka pintu; Tengok senyum katakan hendak, Memang perangai sudah begitu.
1
Tesaurus
 
memang (kata tugas)
Bersinonim dengan sungguh, sungguh-sungguh, benar-benar, betul-betul, tentu sekali, tentu, pasti, cengki, cengli;,
Kata Terbitan : sememangnya,

Puisi
 

Ada rumah tidak berpintu,
     Ada pintu tidak bertingkap;
Rimau garang memang begitu,
     Mengaum saja tidak menangkap.



Lihat selanjutnya...