Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Panduan ; Perkhidmatan ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisKamus Melayu ParsiKamus SainsKamus Thai Melayu Dewan
Kata Takrif Sumber
respons(réspons) sambutan, reaksi, jawaban: tentu sekali kami mengharapkan ~ drpd pembaca.Kamus Dewan Edisi Keempat
cengli (céngli)patut, memang, sudah semesti­nya, tentu sekali, masuk akal.Kamus Dewan Edisi Keempat
keghairahan1. nafsu, percintaan, cinta berahi; 2. kecemburuan; 3. perihal ghairah (penuh minat), keinginan (minat) yg keras: ~ orang ramai menyertai koperasi yg menjanjikan kemudahan pinjaman kpd mereka tentu sekali menarik minat banyak pihak yg ternyata menangguk di air keruh;Kamus Dewan Edisi Keempat
k-ekonomiekonomi yg berasaskan pengeta­huan, iaitu penggunaan ilmu dan teknologi yg lebih intensif dan meluas dlm semua sektor ekonomi serta dlm pengurusan awam dan korporat: dlm usaha negara menuju ke arah ~, tentu sekali perbelanjaan kerajaan dlm memajukan sektor IT akan bertambah secara berterusan.Kamus Dewan Edisi Keempat
membelenggu1. melekatkan (mengenakan) belenggu pd, menggari: kedua-dua tangannya dipegang kuat-kuat dan dibelenggu; 2. ki mengikat kebebasan: hasrat penjajah utk ~ fikiran rakyat; 3. menyekat, menghalang: adat-adat yg ~ kemajuan; 4. memikat (hati dll): parasnya yg cantik manis tentu sekali akan ~ hati barang siapa yg memandangnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
belenggu1. alat utk mengikat kaki atau tangan, rantai kangkang, gari, sengkela: polis itu membawa ~ dan melekatkannya di tangan Yusuf; 2. ki sesuatu yg dianggap spt mengikat (kebebasan dll): merdeka itu ertinya terlepas drpd ~ menjadi anak jajahan; membelenggu 1. melekatkan (mengenakan) belenggu pd, menggari: kedua-dua tangannya dipegang kuat-kuat dan dibelenggu;2. ki mengikat kebebasan: hasrat penjajah utk ~ fikiran rakyat; 3. menyekat, menghalang: adat-adat yg ~ kemajuan; 4. memikat (hati dll): parasnya yg cantik manis tentu sekali akan ~ hati barang siapa yg memandangnya; terbelenggu 1. terikat (dgn belenggu); 2. tersekat atau terkongkong kebebasan utk melakukan sesuatu: ada manusia bebas, ada yg ~; 3. terpikat: ~ oleh kata-katanya yg lemah lembut;kebelengguan rasa (keadaan) terbelenggu: kemerdekaan individu dan masyarakat serta negara drpd setiap ~ isme-isme boleh diatasi sehingga semuanya dapat tunduk kpd Allah;pembelengguan perbuatan membelenggu: kemerdekaan yg melepaskan sebarang bentuk atau rupa penaklukan, ~, dan penindasan.Kamus Dewan Edisi Keempat
ghairah1. nafsu (keinginan) yg keras, cinta (berahi) yg amat sangat: dia melihat gadis itu dgn penuh ~; 2. cemburu yg keras: ~nya berombak-ombak melihat kelakuan isterinya; 3. penuh minat (keinginan, nafsu, dll), mempunyai atau menunjukkan minat (keinginan dsb) yg keras atau meluap-luap: anak-anak muda itu makin ~ menyanyi; mengghairahkan 1. menimbulkan nafsu (cinta, cemburu, dll) yg amat sangat: memang kucing itu apabila berkasih-kasihan terlalu ~; 2. mengingini (mencintai, mencemburui) amat sangat: ia ~ kedudukan saudaranya itu; keghairahan 1. nafsu, percintaan, cinta berahi; 2. kecemburuan; 3. perihal ghairah (penuh minat), keinginan (minat) yg keras: ~ orang ramai menyertai koperasi yg menjanjikan kemudahan pinjaman kpd mereka tentu sekali menarik minat banyak pihak yg ternyata menangguk di air keruh; pengghairah sesuatu yg (boleh) mengghairahkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
jauh1. besar jaraknya, tidak dekat: rumahnya agak ~ dr kedai itu; ~ perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman; 2. tempat yg besar jaraknya (dr tempat tertentu), tempat yg tidak dekat: mereka datang dr ~ dan dekat; 3. jarak, antara: berapa ~ lagi pergi ke Siam dr Alor Star? 4. amat sangat, terlampau sangat: harga kain ~ lebih murah di Pulau Pinang drpd di sini; ~ drpd amat sangat tidak; ~ drpd cukup sangat tidak mencukupi; ~ drpd memuaskan sama sekali tidak memuaskan; ~ malam larut malam; ~ menyayup Kd terlalu jauh; ~ pemandangan luas pemandangan, dalam pengetahuan; lebih ~ selanjutnya, seterusnya; ~ bau bunga, dekat bau tahi prb kalau jauh (kaum keluarga dll) berkasih-kasihan, tetapi kalau berdekatan mereka saling berbantahan; ~ berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa prb orang yg banyak mengembara dan lama hidup itu tentu sekali banyak pengalamannya dan luas pemandangannya; ~ menyalak kuat, dekat mencawat ekor prb orang yg berani bercakap besar di belakang sahaja; ~ panggang dr api prb jawapan atau sindiran yg tidak tepat; nan ~ tiada terjelang, nan dekat tak tertandangi prb tidak mengunjungi keluarga (sahabat) yg jauh mahupun dekat (kerana sudah tua, banyak pekerjaan, dll); telah ~ maka dipanggil prb telah terlambat; sejauh jauhnya, jaraknya: ia berjalan kaki ~ dua batu; ~ mana had mana, hingga mana; ~-jauh hingga jauhnya; ~ mata memandang dlm jarak yg dapat dipandang oleh mata; jauh-jauh sejauh mungkin, jauh sekali: pergilah ~ agar tiada sesiapa pun boleh mengganggumu; berjauh berada jauh, merenggang: orang yg berpencak itu mula-mula ~, makin lama makin berdekat; ~ hati a) kecil hati, hiba hati; b) segan-segan; berjauhan jauh antara satu sama lain, tidak berdekatan: rumah mereka tidak ~ antara satu sama lain; berjauh-jauhan 1. jauh letaknya (antara satu sama lain), tidak berhampiran: kapal-kapal layar menjalankan perniagaan antara dua buah negeri yg ~; 2. saling berjauh, saling menghindari: mereka kelihatan ~; 3. berebut-rebut siapa yg lebih jauh; menjauh (semakin) menjadi jauh, menghindar (agar jauh); menjauhi menjaga supaya jauh dr, menghindari: orang kampung berdoa supaya dijauhi drpd mara bahaya; menjauhkan 1. menjadikan jauh, merenggangkan, menjarangkan, menjarakkan: berus gigi yg hendak dimasukkan ke dlm mulutnya itu dijauhkannya semula; 2. menghindarkan, menyingkirkan; ~ bencana menghindarkan bencana; ~ diri menyingkirkan (menyisihkan) diri; kejauhan 1. = jauhan tempat (jarak) yg jauh: ombak memecah di ~ dan angin riuh menyapu puncak gunung; 2. terlalu jauh.Kamus Dewan Edisi Keempat
pagi-pagi1. pagi benar (kira-kira pukul enam), pagi sekali: ~ ia pergi ke pasar; 2. terda­hulu drpd waktunya, awal lagi: pergilah ~ supaya tentu dapat bas; ~ buta (hitam) pagi­-pagi sekali;Kamus Dewan Edisi Keempat
bantahan1. sanggahan, sangkalan: kalau tidak ada ~, tentu benar tuduhannya; 2. suka membantah: ~ sekali anak ini;Kamus Dewan Edisi Keempat
Tesaurus
 
tentu (kata tugas)
1. Bersinonim dengan pasti: tetap, tegas, mesti, tidak boleh tidak, positif,

2. Bersinonim dengan jelas: nyata, terang, ketara, sahih, sah, benar, betul, tidak syak lagi, tidak ragu-ragu lagi,

3. Bersinonim dengan tidak boleh tidak: mesti, pasti, nescaya, wajib,

Kata Terbitan : menentukan, ketentuan, penentuan, penentu,