Kata |
Takrif |
Sumber |
positif | 1 tidak diragui lagi; tentu. 2 gambar (yg diambil dgn kamera) yg sudah jadi. 3 bernilai lebih drpd kosong. 4 ist bkn cas elektrik yg mempunyai lebih banyak protonnya dan kurang elektronnya (lw negatif). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
positif | 1 tidak diragui lagi; tentu. 2 gambar (yg diambil dgn kamera) yg sudah jadi. 3 bernilai lebih drpd kosong. 4 ist bkn cas elektrik yg mempunyai lebih banyak protonnya dan kurang elektronnya (lw negatif). | Kamus Pelajar |
elektropositif | /eléktropositif/ ist 1 bkn elektrik yg mempunyai cas positif. 2 bkn unsur yg mempunyai kecenderungan utk membebaskan elektron dan membentuk ion positif dlm tindak balas kimia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
positif | 1. pasti, tegas, tentu, tetap; 2. lwn negatif (elektrik dll); 3. gambar yg diambil dgn kamera yg sudah jadi (bukan pd filem), gambar foto yg sebenarnya (bukan negatif); 4. memperlihatkan (mengemukakan, menekankan, dsb) sesuatu yg baik atau yg boleh mendatangkan manfaat dsb: sikap-sikap ~; mempositifkan menjadikan positif (pasti, baik, membina dsb): beberapa langkah perlu diambil utk ~ pengaruh media dan komunikasi terhadap keluarga dan remaja; anda perlu ~ pemikiran anda; kepositifan perihal, keadaan atau sifat positif (pasti, baik, membina dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ion | (Kim) atom atau kumpulan atom yg bercas elektrik; ~ hidrogen ion positif yg terhasil apabila atom hidrogen hilang elektronnya, proton; ~ karbonium ion organik yg mengandungi karbon bercas positif; mengion bertukar menjadi ion: molekul kuprum sulfat akan ~ menjadi ion kuprum dan ion sulfat; mengionkan menukarkan atau menyebabkan sesuatu menjadi ion: sinaran yg masuk ke dlm kebuk ini akan ~ molekul udara pd jejak laluannya; pengionan proses mengion atau mengionkan: unsur logam mempunyai nilai keupayaan ~ yg rendah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kutub I | 1. hujung paksi atau gandar (bumi dll); 2. (Fiz) pangkalan litar elektrik, sama ada punca positif atau negatif; 3. (Fiz) pengalir atau litar yg membawa arus masuk; ~ bumi bahagian di utara dan selatan bumi pd kedua-dua hujung paksi bumi; K~ Janubi = K~ Selatan kutub di selatan bumi; ~ magnet kedua-dua bahagian hujung magnet (besi berani) yg paling kuat kuasa penariknya; ~ negatif (Fiz) pangkalan litar elektrik bekalan arus terus yg menerima arus, dgn simbol (-); ~ positif (Fiz) pangkalan litar elektrik bekalan arus terus yg mengeluarkan arus, dgn simbol (+); K~ Syamali = K~ Utara kutub di utara bumi; bintang ~ bintang yg kelihatan di atas kutub bumi; berkutub ada kutubnya (bkn sel dll); kekutuban (Fiz) keadaan elektrik sesuatu jasad, sama ada positif atau negatif; pengutuban 1. (Fiz) proses yg menyebabkan cas positif dan cas negatif dlm sesuatu jasad tersesar apabila jasad itu berada dlm medan elektrik; 2. (Kim) perubahan kimia yg berlaku dlm sel kering semasa sel itu digunakan, sehingga menyebabkan rintangan dalamannya bertambah dan memendekkan hayat kegunaan sel kering. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gerak balas | (Bio) sesuatu yg berlaku (spt gerakan) akibat pendedahan kpd sesuatu rangsangan: perubahan arah daun itu menunjukkan ~ positif tumbuhan hijau terhadap matahari; ~ cahaya (matahari) gerak balas yg rangsangannya ialah cahaya (matahari); bergerak balas bertindak balas secara positif: pesakit ~ terhadap rawatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kutub positif | (Fiz) pangkalan litar elektrik bekalan arus terus yg mengeluarkan arus, dgn simbol (+); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kertas positif | kertas gambar foto; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
proaktif | bersikap positif dgn merangka dan mengawal tindakan yg dilakukan jauh lebih awal drpd jangkaan akan berlakunya sesuatu perkara atau kejadian: Mereka mesti ~ dlm menjalankan tugas masing-masing. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
favourable | adj 1. good, promising, baik, menggalakkan: ~ prospects for economic growth, masa depan yg baik utk pertumbuhan ekonomi; ~ signs, tanda-tanda yg menggalakkan; 2. advantageous, menguntungkan: ~ terms, syarat-syarat yg menguntungkan; 3. giving consent, positif: a ~ answer, jawapan yg positif; 4. suitable, sesuai: the climate is ~ for the growing of rubber, iklimnya sesuai utk penanaman getah; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
active | 5. (gram.) aktif: ~ voice, ragam aktif; 6. (of volcano) hidup, (masih) aktif; 7. (commerce) aktif: ~ bond, bon aktif; ~ money, wang aktif; ~ account, akaun aktif; ~ market, pasaran /cergas, aktif/; ~ balance, imbangan positif; 8. (science) aktif: ~ deposit, /endapan, enapan/ aktif; ~ hydrogen, hidrogen aktif; ~ ingredient, ramuan aktif; ~ mass, jisim aktif; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
direction | 3. management, supervision, tugas /mengarahkan, mengetuai/: the ~ of the project was entrusted to him, tugas mengarahkan projek itu dipertanggungjawabkan kepadanya; under /sos ~, the ~ of so./, di bawah arahan sso; 4. way in which st develops, arah (sst); (in a certain field) haluan: the reforms fell short of expectations but they were a step in the right ~, usaha pemulihan itu tdk spt yg dijangka tetapi merupakan langkah yg positif ke arah itu; new ~s in drama, haluan baru dlm drama; 5. guiding principle, haluan: they were without ~ in their lives, kehidupan mereka tanpa haluan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
motive | motif | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Sebab, alasan atau faktor yang mendorong seseorang untuk melakukan jenayah. Motif boleh dalam bentuk positif atau negatif. Motif yang positif tidak mencerminkan niat yang positif. Contohnya, perbuatan memandu melebihi had laju untuk tujuan menyelamatkan nyawa seseorang, masih dianggap sebagai satu kesalahan dengan niat walaupun dilakukan dengan motif yang baik. |
false positive | positif palsu | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Ralat pengkelasan semasa pengesanan atau pengecaman oleh proses seperti sistem pengesanan pencerobohan. Ralat ini merupakan suatu keadaan sah, iaitu positif yang diperoleh akibat daripada ketidakjituan petua untuk dirujuk oleh proses tersebut. Keadaan tersebut sebenarnya adalah tidak sah, iaitu negatif. |
exciton | eksiton | Fizik | Nanoteknologi | Pasangan elektron dan lohong positif yang bergerak bebas menerusi hablur bukan logam sebagai satu unit. Oleh sebab elektron dan lohong positif mempunyai nilai cas yang sama, tetapi berlawanan, ini bermakna nilai bersih cas eksiton adalah sifar. Eksiton merupakan zarah pseudo, berspin integer dan mematuhi statistik Bose pada had ketumpatan rendah. Eksiton mempunyai jangka hayat yang pendek dan akan musnah sekiranya berlaku pergabungan elektron dan lohong, atau apabila kedua-duanya berada berjauhan antara satu sama lain. |
plasma | plasma | Kimia | Kimia Analisis | Nyahcas gas terion yang mengandungi ion positif, elektron bebas dan molekul atau atom dengan bilangan cas positif dan negatif yang sama banyak. |
absolute constant error | ralat tekal mutlak | Sains Sukan | Biomekanik | Ralat perlakuan yang mengambil kira arah kesilapan yang telah berlaku dengan mengabaikan arah ralat, sama ada positif atau negatif sesuatu arah kesilapan. Ralat positif menunjukkan arah yang terlebih dan ralat negatif menunjukkan arah yang terkurang daripada kriteria lakuan. |
positive economics | ekonomi positif | Ekonomi | Tiada | Cabang ekonomi tentang apa yang sebenarnya terjadi, tanpa melibatkan pertimbangan nilai apabila sesuatu dasar digunakan. Ekonomi ini menganalisis sebab dan akibat sesuatu tindakan ekonomi dengan berpandukan pengamatan dan bukti empirik. |
positive selection | pemilihan positif | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Proses mutasi alami sesuatu alel, yang memberi manfaat kepada populasi dalam sesuatu persekitaran. |
positive reinforcement | pengukuhan positif | Perubatan | Psikiatri | Ganjaran yang diberikan untuk menggalakkan sesuatu perbuatan atau tingkah laku yang baik. |
positive symptom | simptom positif | Perubatan | Psikiatri | Gejala yang biasa dialami oleh pesakit psikosis, seperti halusinasi, delusi dan tingkah laku ganas. |
positive space | ruang positif | - | Tiada | Kawasan pada halaman bahan terbitan yang diisi dengan bahan grafik dan teks. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
positif | sukong [suko] | Melanau Dalat | |
jak | positif | TETAW | |
Kamus Parsi.indb mojjarad( در ّ جم )mojrem, moghaṣṣer( ر ِّ صق ُ ـم ،مر ُجم )majles( سلجم )majalle( ه ّ ـلجم )majnūn( نونجم tahniah penuh sesal penterjemah berterima kasih bantal teks misalan positif segi tiga memaksa masyarakat, kaum seorang, bujang penjenayah, pesalah pertemuan majalah gila, sawan, sasau congratulations regretful, sorry translator thankful, grateful pillow context, text example positive triangle to oblige community single
|
Kamus Sains.indb tahun. (KEJ) additive factor (faktor tambahan) Lihat additive gene. (BIO) additive gene (gen tambah) Gen daripada kumpulan poligon yang memberi kesan fenotip kumulatif ber- dasarkan jumlah campuran kesan negatif dan positif setiap gen. Contohnya, bagi warna bijirin gandum, setiap gen dominan memberi nilai kumulatif. Si- nonim additive factor. (BIO) additive genetic variance (varians genetik tambah) Varians genetik hasil kesan purata penggantian melalui bawaan udara. (BIO) air-earth conduction current (arus konduksi udara-bumi) Bahagian arus udara-bumi yang disebabkan konduksi elektrik atmosfera itu sendiri. Arus ini diwakili gerakan (ke bawah) cas positif ruang di kawasan be- bas ribut-petir di seluruh dunia. Arus konduksi merupakan bahagian terbesar arus udara-bumi dan jauh melebihi sumbangan arus kerpasan dan arus olakan. Magnitudnya lebih kurang
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd sistem pengesanan pencerobohan. Ralat ini merupakan suatu keadaan tidak sah, iaitu negatif yang diperoleh akibat kekurangan atau ketidakjituan petua untuk dirujuk oleh proses tersebut. Keadaan tersebut sebenarnya adalah sah, iaitu positif. Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 73 6/6/11 4:01:50 PM 74 nombor pengenalan peribadi nyahsulitan nombor pengenalan peribadi (Ig. personal identification number (PIN); Br. nombor pengenalan peribadi atau perisian pengecam suara. pengesanan berasaskan anomali (Ig. anomaly based detection) Kaedah mengesan suatu kod atau perbuatan hasad berdasarkan perbezaan berbanding aktiviti biasa sistem komputer. Kaedah ini terdedah kepada kesalahan positif, tetapi sesuai untuk mengesan kod atau perbuatan yang belum diketahui. pengesanan berasaskan peraturan (Ig. rule based detection; Br. pengesanan berasaskan peraturan; Id. deteksi berbasis aturan) Kaedah mengesan suatu kod atau
|
Kamus Thai 2.indb ้ สำเร็จ Encik Banthoon berjaya mentadbirkan Bank Kasikorn Thai dalam keadaan ekonomi negara merosot. บล็อก [blk] น blok บวก [buak] น 1 tanda campur ก 2 cam- pur ว 3 positif: คุณหมอบอกว ่ าเลือดของชาย คนนั ้ นเป็นบวกบี Doktor menyatakan ba- hawa darah pemuda itu positif B. บวงสรวง [buasua] ก memuja: คนจีน ในปัตตานีกำลังจัดงานบวงสรวงศาลเจ ้ าแม ่ ลิ้ มกอเหนี่ ยว Orang Cina di Pattani se- dang mengadakan upacara memuja Tokong Lim Ko Niau. บ ่ วง [bua
|
Kamus Thai 2.indb dibina pada abad ke-7. เจตคติ [ce:tkati ] น sikap: นักท ่ องเที่ ยว ส ่ วนใหญ ่ มีเจตคติที่ เป็นบวกต ่ อประเทศไทย Ke banyakan pelancong mempunyai sikap yang positif terhadap negara Thai. เจตจำนง [ce:tcamno] น hasrat, niat: คณะรัฐมนตรีมีเจตจำนงที่ จะแก ้ ปัญหาเศรษฐกิจ ของชาติ Kabinet mempunyai hasrat un tuk menyelesaikan masalah ekonomi negara. เจตนา [ce:ttana:] น 1 niat: ประชาชน |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
positif | [po.si.tif] | ڤوسيتيف |
B.Melayu |
B.Inggeris |
B.Parsi |
Sebutan |
positif | positive | مثبت | mos̱bat |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
positif | positive | Sifat bahan yang mempunyai cas positif. | Sekolah Rendah |
ion | ion | Atom atau molekul yang kehilangan elektron, atau yang memperoleh elektron. Ion positif terbentuk apabila atom kehilangan elektron, dan ion negatif terbentuk apabila atom menerima elektron. Ion positif dikenali sebagai kation manakala ion negatif disebut anion. | Menengah Atas |
spektrometer jisim | mass spectrometer | Alat untuk menentukan jisim atom relatif sesuatu atom unsur. Dalam spektrometer jisim, suatu campuran ion positif bergerak dengan halaju yang sama melalui medan magnet, yang akan memesongkan ion positif tersebut. Lihat Rajah | Menengah Atas |
anod | anode | Elektrod positif dalam sel elektrolisis. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
kation | cation | Ion bercas positif yang bergerak ke arah katod dalam elektrolisis. | Menengah Atas |
anod | anode | 1. Elektrod positif dalam sel elektrolisis. 2. Terminal negatif pada sel kimia. | Menengah Atas |
proton | proton | Zarah subatom bercas positif yang membentuk nukleus atom. | Menengah Rendah |
zwiterion | zwitterion | Ion yang mempunyai cas positif dan negatif pada atom kumpulan yang sama. | Menengah Atas |
cas elektrik | electric charge | Zarah asas positif dan negatif, yang dapat menarik atau menolak satu sama lain melalui tindak balas elektromagnet. Dua zarah dengan cas yang serupa menolak satu sama lain, manakala dua zarah dengan cas yang berbeza menarik satu sama lain. | Menengah Atas |
logam | metal | Unsur yang mudah membentuk ion positif, mengkonduksi haba dan elektrik, mempunyai permukaan yang berkilat, mulur, dan boleh ditempa. Contohnya, kuprum, plumbum, natrium, dan aluminium. | Menengah Atas |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
nombor berarah | directed number | Nombor dengan tanda positif (+) atau negatif (−). Contohnya, −3 merupakan nombor negatif 3 manakala +10 merupakan nombor positif 10. Lazimnya, nombor positif tidak diletakkan tanda (+). | Menengah Atas |
indeks positif | positive index | Nombor indeks yang mempunyai nilai positif. Contohnya, angka 2 dalam 5² ialah indeks positif. | Menengah Atas |
positif | positive | Perihal nombor yang mempunyai nilai lebih besar daripada sifar. | Menengah Rendah |
sudut positif | positive angle | Sudut yang terbentuk jika diukur mengikut arah lawan jam bermula dari paksi-x. Lihat rajah | Menengah Atas |
nombor positif | positive number | Nombor yang nilainya lebih besar daripada sifar. Contohnya, 0.5, 1, dan 2. | Menengah Atas |
nombor positif | positive number | Nombor yang nilainya lebih besar daripada sifar. Contohnya, 0.5, 1 dan 2. | Menengah Rendah |
integer positif | positive integer | Nombor bulat yang lebih besar daripada sifar. Contohnya, 1, 2, 3, ... . | Menengah Rendah |
integer | integer | Nombor bulat yang bertanda positif (+) dan bertanda negatif (−). Contohnya, −2, −1, 0, 1, 2. | Menengah Rendah |
nombor berarah | directed number | Nombor dengan tanda positif (+) atau negatif (−) di hadapannya. | Menengah Rendah |
ketakterhinggaan | infinity | Kuantiti yang tidak mempunyai had. Simbol bagi ketakterhinggaan positif ialah +∞, manakala bagi ketakterhinggaan negatif ialah -∞. | Menengah Atas |
|
Tesaurus |
---|
| positif (adjektif,) | Bahasa Asal :Inggeris | Bersinonim dengan pasti, tentu, tegas, sah, nyata, jelas, terang, benar, sahih, tepat, jitu, muktamad;, | |
|
|