Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MONSIGNOR | Monsignor ialah gelaran kehormat yang diberikan kepada golongan paderi dari Gereja Roman Katolik. Perkataan ini berasal daripada perkataan Itali monsignore yang bermakna My Lord dan dipendekkan sebagai Msgr. Kardinal tidak dipanggil Monsignor tetapi orang tua-tua (patriarch), ketua biskop, biskop dan orang yang terlibat dengan keluarga paus, diberi gelaran ini. Pada kebiasaannya, biskop dan ketua biskop dipanggil Tuan Yang Terutama atau Your Excellency walaupun kadang-kadang ketua biskop boleh juga dipanggil Your Grace. | UMUM | |
MASA TUA | Masa tua tidak dapat didefinisikan dengan tepat kerana maknanya tidak sama dalam semua masyarakat. | UMUM | |
ORANG TUA | ORANG TUA, gelaran kepada ketua kampung di Sabah dan Sarawak. Gelaran ini merujuk kepada orang yang telah dilantik sebagai pemimpin dan wakil kerajaan sesebuah kampung. Lazimnya orang yang dilantik oleh penduduk sesebuah kampung sebagai orang tua ialah orang lelaki yang sudah berkahwin, arif tentang adat resam tempatan dan berasal daripada keluarga pemimpin. Sebagai satu konsep orang tua membawa erti kebajiksanaan serta mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam tentang adat resam anak buah dan kampung lain. | BUDAYA | Jawatan/Gelaran |
KAUM MUDA-KAUM TUA | KAUM MUDA-KAUM TUA, dua garis fahaman keagamaan di Nusantara. Golongan Kaum Muda-Kaum Tua di Nusantara muncul pada dasawarsa pertama abad ke-20. Golongan Kaum Tua berpegang pada pemikiran dan amalan tradisional dan golongan Kaum Muda pula menginginkan pembaharuan yang tidak dikongkong oleh tradisi yang ada dari sudut permasalahan agama. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
ROSIN | Rosin ialah resin yang diambil daripada beberapa jenis pokok pain di Amerika Utara dan Eropah. Ia berbeza-beza pada warnanya daripada kuning pucat hingga kepada perang tua dan merah tua. | UMUM | |
NEREUS | Nereus ialah dewa laut yang tua dan baik hati dalam mitos Yunani. Penyair Homer dan Hesiod memanggilnya Orang Tua Laut. | UMUM | |
MASJID TUA KAMPUNG LAUT | Masjid Tua Kampung Laut, masjid tertua di Malaysia yang asalnya terletak di Kampung Laut, Kelantan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangunan/Kota |
DATO' SIAMANG GAGAP | DATO SIAMANG GAGAP (? - ?), pembesar Negeri Sembilan pada masa pemerintahan Yamtuan Antah (m.m. 1872-1889). Nama sebenarnya ialah Abdul Kahar bin Mukmin. Dia mendapat gelaran Dato Siamang Gagap daripada Yamtuan Antah, mengambil sempena kepercayaan orang tua-tua bahawa negeri yang terdapat siamang yang gagap tidak akan dapat dikalahkan oleh musuh. Gelaran tersebut diberikan kerana keberanian dan sifat kepahlawanannya. Dia juga terkenal dengan panggilan Dato Imam Perang kerana mengetuai pasukan Yamtuan Antah ketika mempertahankan Seri Menanti daripada serangan British. Dato Siamang Gagap menjadi tempat rujukan Yamtuan Antah dalam urusan pemerintahan dan dia juga sangat dihormati rakyat jelata. Dia tidak pernah tunduk kepada tekanan British yang campur tangan dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran negeri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SEORANG TUA DI KAKI GUNUNG | SEORANG TUA DI KAKI GUNUNG, novel karya Azizi Haji Abdullah. Novel ini telah diterbitkan pada tahun 1982 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Novel yang memenangi hadiah Kedua hadiah Novel GAPENA-Yayasan Sabah II pada tahun 1981 ini, pernah dijadikan teks mata pelajaran kesusasteraan Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). | SASTERA | Karya |
OCTAVIA | Octavia (69?S.M.11S.M.) ialah kakak tiri tua pemerintah Rom yang bernama Octavian, yang menjadi maharaja Augustus pada tahun 27 S.M. Octavia mengahwini pemerintah bersama Octavian iaitu Mark Antony pada tahun 40 S.M. Perkahwinan ini memeteraikan perjanjian damai yang mengakhiri perang saudara antara Octavian dengan Antony. Octavia melahirkan dua orang anak perempuan, Antonia Tua dan Antonia Muda. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| tua (adjektif) | 1. Bersinonim dengan berumur: sudah lanjut usia, sudah baya, sudah berubah, sudah bongkok, berida, tua ganyut, tua leler, tua lontok, tua renta, tua nyanyuk, gae, gayu, Berantonim dengan muda
2. Bersinonim dengan lama: kuno, ketinggalan zaman, purba, silam, usang, lusuh, lapuk, uzur, primitif, arkaik, Berantonim dengan baru
3. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan malam, larut, jauh malam,
4. Dalam konteks buah bersinonim dengan hampir masak, masak, ranum, Berantonim dengan muda
5. Dalam konteks warna bersinonim dengan gelap, pekat, Berantonim dengan muda
6. Dalam konteks emas bersinonim dengan baik, tulen, jati, murni, Berantonim dengan lancung
| Kata Terbitan : tua-tua, |
|
Puisi |
---|
|
Dari cempedak baik nangka, Nangka panjang tangkainya; Dari budak baik orang tua, Orang tua panjang akalnya.
Lihat selanjutnya... |
|