PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
cathedral window | | | Sifat tingkap gereja yang kacanya berwarna merah tua. Warna ini dihasilkan dengan menambahkan emas ke dalam kaca cair untuk membentuk ampaian koloid nanozarah. |
nanoparticle | | | Zarah yang terdiri daripada gugusan atom atau molekul yang saiznya antara 1 nm - 100 nm. Sifat fizik nanozarah, seperti sifat elektrik, optik dan magnet mungkin berbeza dengan sifat fizik bahan pukal yang asal kerana bahan bersaiz kecil yang kurang daripada 100 nm mengalami kesan kuantum. Contohnya, nanozarah emas kelihatan berwarna merah tua. Nanozarah berpotensi dipakai secara meluas dalam bidang bioperubatan, optik dan elektronik. |
|
Tesaurus |
---|
| tua (adjektif) | 1. Bersinonim dengan berumur: sudah lanjut usia, sudah baya, sudah berubah, sudah bongkok, berida, tua ganyut, tua leler, tua lontok, tua renta, tua nyanyuk, gae, gayu, Berantonim dengan muda
2. Bersinonim dengan lama: kuno, ketinggalan zaman, purba, silam, usang, lusuh, lapuk, uzur, primitif, arkaik, Berantonim dengan baru
3. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan malam, larut, jauh malam,
4. Dalam konteks buah bersinonim dengan hampir masak, masak, ranum, Berantonim dengan muda
5. Dalam konteks warna bersinonim dengan gelap, pekat, Berantonim dengan muda
6. Dalam konteks emas bersinonim dengan baik, tulen, jati, murni, Berantonim dengan lancung
| Kata Terbitan : tua-tua, |
|
Puisi |
---|
|
Dari cempedak baik nangka, Nangka panjang tangkainya; Dari budak baik orang tua, Orang tua panjang akalnya.
Lihat selanjutnya... |
|