Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
dari manakah asal usul perkataan "petua"?.. adakah ia berasal dari perkataan arab "fatwa"? harap dapat dijelaskan terima kasih. | Petua merupakan perkataan bahasa Melayu yang bermaksud nasihat, petunjuk, atau panduan yang berguna (biasanya oleh orang tua-tua atau yang berpengalaman) tentang cara melaksanakan atau mencapai sesuatu dengan berkesan. F atwa perkataan yang berasal dari Arab iaitu keputusan tentang sesuatu hukum agama (yang belum pernah diputuskan lagi) berdasarkan nas al-Quran, hadis, dan sumber hukum lain, termasuk ijtihad oleh mufti (atau mereka yang berwenang tentang keputusan hukum syarak); | Tatabahasa | 28.08.2013 |
Ucapan alu-aluan untuk pegawai-pegawai kerajaan | Yang Berbahagia (Singkatan YBhg.) Yang Berhormat (YB) Sapaan Yang Berusaha digunakan apabila menyapa orang yang menganjur atau mengadalikan majlis atau pegawai kanan kerajaan yang belum menerima anugerah/bintang kebesaran. Dan pegawai kanan/tinggi kerajaan yang lebih tinggi lagi pangkatnya tetapi belum menerima anugerah/bintang kebesaran disapa sebagai Yang Amat Berusaha; dan Yang Dihormati : Boleh digunakan dalam sapaan kepada yang lebih tua, lebih mulia dan sebagainya. | Istilah | 01.10.2013 |
Sharifah Nur Rasyidah Jul 8th, 10:51pm Assalamualaikum. Saya ingin bertanyakan satu soalan. Apakah hukuman yang dikenakan oleh pihak DBP kepada pencemar bahasa? Mohon pencerahan lanjut daripada pihak tua. Terima kasih. | Untuk makluman, sebagai badan perancangan bahasa, DBP hanya boleh memberikan nasihat dan bimbingan tentang penggunaan bahasa Melayu yang baik, betul dan indah tetapi DBP belum lagi diberikan kuasa undang-undang untuk mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja yang yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik. | Lain-lain | 08.07.2014 |
|
Tesaurus |
---|
| tua (adjektif) | 1. Bersinonim dengan berumur: sudah lanjut usia, sudah baya, sudah berubah, sudah bongkok, berida, tua ganyut, tua leler, tua lontok, tua renta, tua nyanyuk, gae, gayu, Berantonim dengan muda
2. Bersinonim dengan lama: kuno, ketinggalan zaman, purba, silam, usang, lusuh, lapuk, uzur, primitif, arkaik, Berantonim dengan baru
3. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan malam, larut, jauh malam,
4. Dalam konteks buah bersinonim dengan hampir masak, masak, ranum, Berantonim dengan muda
5. Dalam konteks warna bersinonim dengan gelap, pekat, Berantonim dengan muda
6. Dalam konteks emas bersinonim dengan baik, tulen, jati, murni, Berantonim dengan lancung
| Kata Terbitan : tua-tua, |
|
|