Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Puisi ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Novel ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisBahasa Sukuan v1.0Bahasa Sukuan v2.0Kamus Melayu ParsiKamus SainsKamus Thai Melayu Dewan
Kata Takrif Sumber
sukacita1 perasaan senang hati; ke­girangan: Dgn ~nya dimaklumkan bahawa anakanda telah pun lulus dlm peperiksaan yg lalu. 2 girang hati; gembira; senang hati: Tatkala Taj-ul-Muluk dilahirkan, ayah­andanya sangatlah ~. bersukacita be­­rasa suka­cita; beriang hati; bergirang hati. me­nyukacitakan menjadikan sukacita.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kesal1. berasa kecewa atau tidak senang hati (di atas sesuatu perkara, perbuatan, dll), berasa sebal, berasa jengkel: penduduk-penduduk di situ ~ kerana tidak ada hospital atau klinik di daerah itu; katanya ia tidak ~ tentang apa yg berlaku ke atas dirinya kerana itu adalah suatu takdir; 2. perasaan kecewa (sesal, tidak senang hati), perasaan jengkel: ia mengisahkan dgn ~ tentang perceraiannya dgn isterinya; mereka berbuat sesuatu dgn tidak berfikir, kemudian timbul pula ~; mengesali berasa kesal (tidak senang) akan: menteri itu ~ sikap setengah-setengah parti pembangkang dlm hal ini; beliau ~ pergaulan bebas pemuda-pemudi; mengesalkan menyebabkan berasa kesal (kecewa, tidak senang hati), menimbulkan (membangkitkan) kesal: hal itu sangat ~ hati mereka berdua; kesalan rasa kesal: raut mukanya yg berkerut-kerut itu menunjukkan ~nya di atas segala-gala yg telah berlaku; kekesalan perihal (perasaan) kesal, keke­cewaan, kesebalan, kejengkelan: mereka yg tidak berjaya kembali dgn penuh ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
berkenan1. bersetuju di hati, berasa gembira (puas hati, senang hati): maka Sultan Mansor Shah pun ~ mendengar bunyi surat itu; ~ pd = ~ di hati disukai (diminati, disenangi): yg mana ~ pd encik, ambillah; buat masa ini belum ada gadis yg ~ di hati Nasir; 2. (kata kehormatan yg digunakan utk raja atau orang atasan dgn maksud) bersetuju (melakukan sesuatu, menunaikan permintaan utk), sudi: Duli Yang Maha Mulia Sultan telah ~ meletakkan batu asas bangunan itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
kesal hati1. berasa kecewa atau tidak senang hati (di atas sesuatu perkara, perbuatan, dll), berasa sebal, berasa jengkel: penduduk-penduduk di situ ~ kerana tidak ada hospital atau klinik di daerah itu; katanya ia tidak ~ tentang apa yg berlaku ke atas dirinya kerana itu adalah suatu takdir; 2. perasaan kecewa (sesal, tidak senang hati), perasaan jengkel: ia mengisahkan dgn ~ tentang perceraiannya dgn isterinya; mereka berbuat sesuatu dgn tidak berfikir, kemudian timbul pula ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
kenan I; berkenan 1. bersetuju di hati, berasa gembira (puas hati, senang hati): maka Sultan Mansor Shah pun ~ mendengar bunyi surat itu; ~ pd = ~ di hati disukai (diminati, disenangi): yg mana ~ pd encik, ambillah; buat masa ini belum ada gadis yg ~ di hati Nasir; 2. (kata kehormatan yg digunakan utk raja atau orang atasan dgn maksud) bersetuju (melakukan sesuatu, menunaikan permintaan utk), sudi: Duli Yang Maha Mulia Sultan telah ~ meletakkan batu asas bangunan itu; memperkenankan mengizinkan, melulus­kan, menyetujui, memakbulkan (bkn Tuhan): tidaklah dapat ia ~ permintaan Wirja; semoga doamu itu akan diperkenankan Tuhan; perkenanan perkenan; perkenan izin (keizinan), kelulusan, kere­laan, persetujuan; ~ diraja persetujuan rasmi yg diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan, Yang Dipertua Negeri dsb, mis per­kenan Yang di-Pertuan Agong terhadap rang undang-undang yg dibahaskan dan diluluskan oleh Parlimen utk membolehkannya menjadi suatu undang-undang atau akta.Kamus Dewan Edisi Keempat
kesal, = ~ hati berasa tidak senang hati atau berasa kecewa kerana sesuatu perkara atau perbuatan; berasa sebal; berasa kecewa bercampur marah; masyghul: Dia ~ kerana permohonannya utk masuk ke universiti ditolak. mengesali berasa kesal atau berasa kecewa akan: Beliau ~ tindakan pemuda-pemuda liar itu. mengesalkan menimbulkan rasa kesal; menyebalkan: Perbuatan mereka yg tidak sopan itu sangat ~nya. kekesalan perasaan tidak senang hati atau perasaan kecewa; kesebalan: Tindakan guru yg membabi buta itu telah menimbulkan ~ di hati murid-murid.Kamus Pelajar Edisi Kedua
senang hatiberasa puas (gembira);Kamus Dewan Edisi Keempat
suka1. perasaan girang dlm hati: maka sangatlah sukacitanya ia serta ditunjukkan­nya ~nya itu; 2. girang hati, senang hati: semua orang ~ melihat mereka berbahagia; 3. mahu (mengerjakan sesuatu), rela, sudi: aku boleh menutup kedaiku kalau aku ~; 4. gemar akan: orang di sini tidak ~ memakan daging; 5. setuju (dgn), cocok, sesuai: ayahku tidak ~ duduk di sini; 6. kehendak (ke­mahuan) hati: mahu tak mahu dimasukkan sahaja beras seberapa ~ dan ditaruh air;7. menaruh kasih (kpd), cinta (akan), sayang (akan): dia tidak ~ pd budak-budak; 8. berkenan akan, mahu akan: aku tak ~ engkau mengganggu mereka; 9. mudah sekali, kerap kali, selalu, sering kali: kereta ini ~ rosak; ~ hati a) girang (senang) hati, sukacita; b) kehendak (kemahuan) hati; ~ ramai (yg) digemari ramai, popular: lagu-lagu (majalah­majalah) ~ ramai; ~ duka kegembiraan dan kesedihan; sesuka = ~ hati = sesuka-suka (dgn) seke­hendak hati, (dgn) semahu-mahunya: pihak yg berkuasa kadang-kadang bertindak ~ mereka; suka-suka seronok-seronok: penceburan mereka dlm sesuatu projek bukan sekadar ingin mencuba atau ~; bersuka = ~ hati = ~ ria bersenang-senang, bergembira; bersuka-suka bersenang-senang, bergem­bira, berfoya-foya: tua muda, gadis, dan teruna, sekaliannya ~; bersuka-sukaan 1. bersuka-suka: setelah duduk lalu turun pula memetik bunga me­ngarang kuntum ~; 2. bh bercinta-cintaan, berseronok-seronok (berkendak dll): dia pun memimpin tangan isterinya masuk ke dlm pelaminan ~; menyukai 1. menaruh minat (terhadap), suka akan, meminati: indah itu adalah seni dan kerana itu orang ~nya; 2. gemar akan (makanan), menggemari: Minah tidak ~ kuih yg berbau minyak sapi atau mentega; 3. menaruh kasih pd, mencintai, menyayangi: ia disukai gadis-gadis kerana badannya tegap dan sihat serta lawa; 4. menaruh simpati kpd, suka kpd: parti yg memerintah tidaklah boleh membuang kakitangan kerajaan yg tidak disukai mereka; menyukakan 1. menjadikan suka, meng­gembirakan, menggirangkan: berita itu sudah tentu akan ~ kedua-dua orang tuaku; 2. bp menyukai: ibu tidak memaksa kau beristeri dgn orang yg tidak kausukakan; sukaan bp 1. segala apa yg disukai, sesuatu yg menyukakan; 2. orang yg dikasihi, kekasih, kendak; kesukaan 1. perihal suka, kegembiraan, kegirangan, kesenangan: tujuan membaca ialah mencari ~ dan pengetahuan drpd apa yg dibaca; 2. sesuatu yg diminati (digemari), kegemaran: menggambar itu adalah ~nya; 3. sebagaimana yg disukai, kemahuan: cara memakai sari itu terpulanglah kpd ~ masing-masing; 4. sesuatu yg disukai (di­sayangi, dicintai, dikehendaki).Kamus Dewan Edisi Keempat
antengJw senang (hati), senyap.Kamus Dewan Edisi Keempat
berenak-enakmelakukan sesuatu dgn senang hati; bersenang-senang; berseronok-seronok: Keluarga itu ~ mandi di pantai.Kamus Pelajar Edisi Kedua
Tesaurus
 
senang (adjektif)
1. Bersinonim dengan mudah: gampang, ringan, ganyir, suang, lasuh, enteng,
Berantonim dengan susah

2. Bersinonim dengan suka: mesra, deman, setuju, gemar, cocok,
Berantonim dengan benci

3. Bersinonim dengan rehat: enak, nyaman, gembira, selesa, lega, sedap, menyenangkan, segar, seronok, nikmat, indah, sihat, naim,
Berantonim dengan sesak

4. Bersinonim dengan bahagia: aman, tenteram, sentosa, baik, elok, aman makmur, mujur, beruntung, sejahtera, tuah, selamat,
Berantonim dengan huru-hara

5. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bersahaja tenang, sedang, sederhana, tidak berlebihan, lugu, sewajarnya,
Berantonim dengan berlebih-lebih

Kata Terbitan : bersenang, bersenang-senang, menyenangi, menyenangkan, mempersenang, kesenangan,

Puisi
 

Dari Gunung ke Anak Bukit,
     Singgah semalam di Bukit Pinang;
Dahulu hati sakit,
     Sekarang hati merasa senang.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
323

Into every life a little rain must fall

Sudah menjadi lumrah kehidupan manusia, ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk menenangkan hati orang yang ditimpa malang dan untuk mengingatkan bahawa nasib malang itu hanyalah sementara)

Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup.

Don't you feel sad, my dear. Everybody must have his or her misfortune. Remember, into every life a little rain must fall. Who knows may be tomorrow luck will come and knock at your door.

Usah kamu bersedih, sayangku. Tiada insan yang tidak ditimpa malang. Ingat, hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. Siapa tahu esok-esok nasib yang baik akan datang juga.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...