SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSungai Aruk tempatku diam, Tempat berumah dengan Ayubi; Sudah tahu diam-diam, Saya di rumah senang hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari Gunung ke Anak Bukit, Singgah semalam di Bukit Pinang; Dahulu hati sakit, Sekarang hati merasa senang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang ke barat Pulau Peringgi, Buah padi buah jeranang; Saya melarat membawa diri, Sebab membawa hati tak senang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPetang-petang ribut berdentung, Panji juala di Pulau Pinang; Petang-petang duduk termenung, Bilakan kala hati nak senang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPasang kelong laut Mengkalis, Tumis santan linang berlinang; Biar remuk jiwaku habis, Lagi tak dapat hati tak senang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBatu Pahat perigi batu, Sebelah sana Gunung Banang; Abang pergi bawalah aku, Duduk di rumah hati tak senang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak dara duduk di pintu, Turun ke laman pergi mandi; Kalaulah tuan kata begitu, Barulah senang rasa hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSaya ke darat ke Pulau Lidi, Buah padi pisang jeranang; Jangan diharap membawa diri, Hendak membawa hati tak senang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSelasih diambil dari barat, Dibawa orang jual ke pekan; Cinta kasih tak ada ubat, Selagi tak jumpa hati tak senang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSelasih diambil dari barat, Dibawa orang jual ke pekan; Cinta kasih tak ada ubat, Selagi tak jumpa hati tak senang. |
|
Tesaurus |
---|
| senang (adjektif) | 1. Bersinonim dengan mudah: gampang, ringan, ganyir, suang, lasuh, enteng, Berantonim dengan susah
2. Bersinonim dengan suka: mesra, deman, setuju, gemar, cocok, Berantonim dengan benci
3. Bersinonim dengan rehat: enak, nyaman, gembira, selesa, lega, sedap, menyenangkan, segar, seronok, nikmat, indah, sihat, naim, Berantonim dengan sesak
4. Bersinonim dengan bahagia: aman, tenteram, sentosa, baik, elok, aman makmur, mujur, beruntung, sejahtera, tuah, selamat, Berantonim dengan huru-hara
5. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan bersahaja tenang, sedang, sederhana, tidak berlebihan, lugu, sewajarnya, Berantonim dengan berlebih-lebih
| Kata Terbitan : bersenang, bersenang-senang, menyenangi, menyenangkan, mempersenang, kesenangan, |
|
Puisi |
---|
|
Dari Gunung ke Anak Bukit, Singgah semalam di Bukit Pinang; Dahulu hati sakit, Sekarang hati merasa senang.
Lihat selanjutnya... |
|