Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
KEKUATAN MUKTAMAD

Kekuatan muktamad lihat Kekuatan bahan.

UMUM
KEKUATAN BAHAN

Kekuatan bahan ialah istilah yang digunakan

oleh jurutera untuk menerangkan jumlah daya

yang dapat dirintang oleh bahan tertentu.

Jurutera juga menggunakan istilah ini untuk

menerangkan bentuk dan saiz bahan boleh

berubah akibat tekanan yang dikenakan

terhadapnya. Selain itu, kekuatan bahan ialah

suatu cabang kejuruteraan yang membincangkan

kajian tentang pelbagai daya dan sifat bahan yang

membolehkannya merintang daya sedemikian.

UMUM
MAGNETOMETER

Magnetometer ialah alat yang mengukur

kekuatan medan magnet. Magnetometer paling

ringkas dapat mengukur medan magnet yang

berdekatan dengan motor elektrik atau kutub

magnet. Magnetometer begini mempunyai

gelungan wayar yang kecil. Apabila gelungan itu

digerakkan melalui medannya, maka terhasillah

voltan elektrik dalam gelungan itu. Voltan ini

menandakan kekuatan medan magnet itu.

UMUM
MAGNITUD RICHTER

Magnitud Richter ialah angka yang

menunjukkan kekuatan gempa bumi. Ahli-ahli sains

mengira magnitud Richter dengan menggunakan

maklumat yang diperoleh daripada seismograf,

sejenis alat yang merakam pergerakan bumi. Ahli

seismograf Amerika (ahli sains yang mengkaji

gempa bumi), Charles F. Richter, telah

membangunkan sistem ini untuk mengukur

kekuatan gempa bumi pada tahun 1935. Kadangkala

sistem ini dikenali sebagai skala Richter.

UMUM
SKALA RICHTERSkala yang memberi gambaran kekuatan atau keamatan gempa bumi di seseatu tempat.GEOGRAFI DAN GEOLOGIAlat/Alatan
TANAH JERLUSLonggokan pasir di permukaan bumi yang tidak mempunyai cukup kekuatan untuk menanggung beban di atasnya.GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
OERSTED

Oersted ialah unit yang digunakan terutamanya

untuk menyatakan keamatan kekuatan medan magnet

yang disebabkan oleh arus elektrik dalam wayar.

Satu oersted bersamaan 79.58 ampere permeter (lihat

Ampere ). Unit ini mendapat namanya sempena

nama Hans Christian Oersted, ahli fizik Denmark yang

merintis kajian tentang elektrokemagnetan. Ia

tergolong dalam sistem unit Gaussan, tetapi tidak

dalam Sistem Antarabangsa yang lebih biasa

digunakan.

UMUM
SINGA

Singa ialah sejenis kucing yang besar, kuat.

Barangkali singa adalah anggota yang terkenal

dalam famili kucing. Manusia ketakutan apabila

mendengar ngauman singa dan berasa jadi takjub

melihat kekuatan dan kehebatan rupanya. Singa

dikenali sebagai raja haiwan, dan terkenal

sebagai lambang kecantikan dan kekuatan.

UMUM
TEKANAN DARAH

Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan

oleh darah terhadap dinding arteri. Jumlah tekanan

ini bergantung pada kekuatan dan kadar kontraksi

jantung, isi padu darah dalam sistem peredaran

darah, dan keanjalan arteri.

UMUM
ARAB PURBA, KERAJAAN

Arab Purba, Kerajaan ialah kerajaan yang

wujud sebelum kedatangan Islam yang saling

berbeza daripada segi kekuatan dan kelemahan.

UMUM
Tesaurus
 
kuat (adjektif)
1. Bersinonim dengan gagah: berdaya, bertenaga, sasa, mampu, sanggup, boleh,
Berantonim dengan lemah

2. Bersinonim dengan teguh: kukuh, tegap, tahan,
Berantonim dengan rapuh

3. Bersinonim dengan cekal: tabah, tahan, sabar,
Berantonim dengan lemah

4. Bersinonim dengan teruk: tenat, nazak, berat,
Berantonim dengan ringan

5. Bersinonim dengan suka: gemar, kaki, candu, ketagih,

6. Bersinonim dengan pandai: bijak, cekap, mahir, cerdik,

Kata Terbitan : sekuat-kuatnya, berkuat, berkuat-kuatan, menguatkan, memperkuat, kekuatan, penguatan,