Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Di laut angkatan, di darat kerapatan.

Takrif

Kekuatan di laut bergantung kepada angkatan perang, kekuatan di darat bergantung kepada persatuan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanah.

Takrif

Kekuatan sebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kuat lilit kerana simpulnya.

Takrif

Kekuatan persatuan terletak pada anggota-anggotanya yang bersatu padu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berkeras tidak berkeris.

Takrif

Bertindak keras tetapi tidak mempunyai kekuatan untuk mempertahankan dirinya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebesar-besar gajah di rimba, dapat juga ke tangan manusia.

Takrif

Muslihat dapat mengalahkan kekuatan, kekayaan atau kemuliaan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pengayuh sama di tangan, perahu sama di air.

Takrif

Tak usah takut-takut, kerana sama-sama mempunyai kekuatan dan alat syaratnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Habis beralur maka beralu-alu.

Takrif

Mula-mula berunding dengan baik, tetapi kalau tidak dapat juga mencapai persetujuan barulah kekuatan tenaga diadu. beralur = berunding.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
kuat (adjektif)
1. Bersinonim dengan gagah: berdaya, bertenaga, sasa, mampu, sanggup, boleh,
Berantonim dengan lemah

2. Bersinonim dengan teguh: kukuh, tegap, tahan,
Berantonim dengan rapuh

3. Bersinonim dengan cekal: tabah, tahan, sabar,
Berantonim dengan lemah

4. Bersinonim dengan teruk: tenat, nazak, berat,
Berantonim dengan ringan

5. Bersinonim dengan suka: gemar, kaki, candu, ketagih,

6. Bersinonim dengan pandai: bijak, cekap, mahir, cerdik,

Kata Terbitan : sekuat-kuatnya, berkuat, berkuat-kuatan, menguatkan, memperkuat, kekuatan, penguatan,