Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Majalah ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
ATOM

Atom adalah salah satu daripada unit asas jirim.

Segala-segala di sekeliling kita terbina daripada

atom. Atom sangat halus sejuta kali lebih halus

daripada ketebalan rambut manusia. Titik paling

halus yang boleh dilihat di bawah mikroskop

biasa mengandungi lebih daripada 10 bilion

atom.

UMUM
MAKHLUK HALUS

MAKHLUK HALUS, kejadian dalam dunia ghaib yang dipercayai dapat mempengaruhi keadaan dan mempunyai kuasa terhadap alam nyata. Makhluk halus dikenal juga sebagai semangat, badi, dan jiwa. Roh bukan makhluk halus. Sebelum kedatangan Hindu dan Buddha, orang Melayu menganggap makhluk halus sebagai hantu tetapi setelah kedatangan agama tersebut, dewa dan dewi juga dipercayai mempunyai kuasa seperti makhluk halus yang lain.

BUDAYAKepercayaan
SENI HALUS

Seni halus berkaitan dengan membuat objek-

objek cantik, atau mengeluarkan, atau

mempersembahkan karya yang menarik kepada

cita rasa estetik seseorang. Kita berharap untuk

menikmati puisi, lukisan, atau simfoni kerana

seninya sendiri, bukan semata-mata sebagai cara

untuk sesuatu yang lain. Kita juga mengharapkan

karya seni yang besar dapat mengembangkan

minda kita dengan mengungkap dan menjelaskan

fikiran terbaik tokoh besar.

UMUM
KELODAK

Kelodak ialah bahan berpasir halus dan berselut

yang terdiri daripada zarah halus batuan yang

mendap ke bahagian dasar sungai dan kumpulan

air yang lain. Bahan yang mendap di dalam air

atau udara dikenali sebagai enapan. Contoh enapan

yang biasa ialah tanah liat, kelodak, pasir, tanih,

dan kelikir. Kelodak terdiri daripada zarah halus

yang berbeza-beza saiznya, iaitu bergaris pusat

daripada 0.004 milimeter hinggalah 0.0625 milimeter.

Kebanyakan tanah yang mengandungi longgokan lanar

adalah subur.

UMUM
PETIT POINT

Petit point ialah bentuk sulaman yang halus,

selalunya dijahit di atas kanvas jejaring halus.

Istilah ini juga digunakan untuk menggambarkan

kanvas yang telah siap. Petit point kadangkala

dikenali juga sebagai jahit khemah (tent stitch) atau

jahit setengah (half stitch).

UMUM
SILIUM

Silium ialah struktur halus bak rambut yang

mengunjur daripada jenis sel tertentu. Silium adalah

kurus dan sentiasa bergerak. Ia terlalu halus

hinggakan ia hanya boleh dilihat menerusi

mikroskop. Pada haiwan peringkat tinggi, silium terdapat

pada sel membran hidung, telinga, dan tiub yang

menuju ke paru-paru. Pergerakan silium yang

berombak dalam organ ini menolak keluar habuk,

bakteria, dan mukus, dan menjaga saluran supaya

bersih. Pada banyak haiwan yang hidup dalam air,

sel yang mengandungi silium mengipas air yang

mengandungi makanan dan oksigen ke dalam

haiwan tersebut. Banyak organisma bersel satu

mempunyai silium yang berfungsi sebagai organ

deria dan sebagai cara bergerak.

Lihat juga Protozoa (Siliat).

UMUM
KALSEDONI

Kalsedoni ialah mineral yang sebahagian

besarnya terdiri daripada kristal kuarza halus

dengan liang-liang halus.

UMUM
KACA GENTIAN

Kaca gentian juga dinamakan kaca serabut,

ialah kaca dalam bentuk gentian halus (bebenang).

Gentian ini mungkin banyak kali lebih halus

daripada rambut manusia, dan kelihatan serta

berasa seperti sutera.

UMUM
KARANG

Karang ialah bentukan batu kapur yang

terbentuk di laut oleh berjuta-juta haiwan halus.

Bentukan karang mungkin kelihatan seperti pokok

bercabang, kubah besar, kerak kecil yang tidak

malar, atau seperti paip organ yang halus.

UMUM
PUNARAN

Punaran ialah proses mencipta reka bentuk atau

gambar pada plat logam dengan menggunakan

asid. Punaran mempunyai kepentingan dalam seni

halus dan percetakan komersial. Rencana ini

membincangkan punaran sebagai seni halus.

Untuk maklumat mengenai punaran dalam

percetakan komersial, lihat Fototurisan dan

fotolitograf i.

UMUM
Tesaurus
 
halus (adjektif)
1. Bersinonim dengan kecil: seni, renik,
Berantonim dengan kasar

2. Dalam konteks kulit
bersinonim dengan licin, gebu, lembut, rapi, elok,
Berantonim dengan kesat

3. Dalam konteks kelakuan
bersinonim dengan bersopan, bersantun, bersopan santun, beradab, bertertib, elok, baik, lemah lembut, halim,
Berantonim dengan kasar

4. Dalam konteks kerja
bersinonim dengan rapi, sempurna, kemas, cermat, teliti, elok, bagus,
Berantonim dengan gabas

5. Dalam konteks sindiran
bersinonim dengan tidak langsung, tidak terus terang, berlapik, beralas,

6. Dalam konteks suara
bersinonim dengan lembut, lunak, merdu, gemersik, indah, sedap,
Berantonim dengan garau

Kata Terbitan : halus-halus, berhalus, menghalusi, menghaluskan, kehalusan,

Puisi
 

Saya bertemu Kuala Halus,
     Rumah dinaik di dalam puan;
Badan saya semadi kurus,
     Bawa berahi denganmu tuan.



Lihat selanjutnya...