Kata |
Takrif |
Sumber |
sindir | = sindiran perkataan dll yg digunakan utk mengatai (mengeji, mengejek, mencela) orang tidak dgn terus terang, kiasan: banyaknya ~ kedengaran; mereka terdiam kerana mendengar percakapanku yg mengandungi sindiran itu; ~ kiasan = sindir-sindiran bermacam-macam sindir (sindiran): tiap-tiap kali balik dr situ, ada-ada sahaja pembawaannya, baik barang-barang mahupun ~ kiasan kpd Ramlah dan suaminya; menyindir mengatakan sesuatu (utk mencela, mengejek, mengeji) tidak dgn terus terang: dia selalu ~ anak-anak dara yg mandi berkemban di situ; pukul anak sindir menantu prb mengata-ngatai orang tetapi perkataan-perkataan itu ditujukan kpd orang lain; sindir-menyindir saling membalas sindiran, saling menyindir: mereka mengambil kesempatan utk ~ antara satu sama lain; tersindir (sudah) disindir (diejek): aku cukup berasa ~ oleh kata-kata Normah itu; penyindir orang yg (suka) menyindir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sindiran yg halus | sindiran yg tidak terang-terang (tersembunyi atau secara berkias); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sindir kiasan | = sindir-sindiran bermacam-macam sindir (sindiran): tiap-tiap kali balik dr situ, ada-ada sahaja pembawaannya, baik barang-barang mahupun ~ kiasan kpd Ramlah dan suaminya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sindiran | perkataan yg diucapkan utk mengatai atau utk mengejek orang dgn cara tidak terus terang; ejekan yg tidak langsung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sindir-sindiran | bermacam-macam sindir (sindiran): tiap-tiap kali balik dr situ, ada-ada sahaja pembawaannya, baik barang-barang mahupun ~ kiasan kpd Ramlah dan suaminya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gambar ejekan (sindiran) | gambar orang yg dibuat ganjil dgn sengaja sbg sindiran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sindiran | perkataan dll yg digunakan utk mengatai (mengeji, mengejek, mencela) orang tidak dgn terus terang, kiasan: banyaknya ~ kedengaran; mereka terdiam kerana mendengar percakapanku yg mengandungi sindiran itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
halus | 1. tidak besar (kasar), kecil-kecil: tepung yg ~; daging itu dicencang ~; gula ~; garam ~; 2. sangat kecil ukuran kelilingnya (bkn jarum, benang, dll), lwn kasar: dawai yg ~; 3. tidak kesat (kasap), lembut, licin: kulit mukanya ~; papan itu diketam sehingga ~; 4. berbudi bahasa yg baik, beradab, bersopan-santun: budi pekerti yg ~; dgn lemah-lembut lagi ~ ia mengeluarkan kata-katanya; 5. kelihatan elok dan rapi (hasil drpd kerja yg teliti), sempurna (hasilnya): raga itu ~ buatannya; 6. dgn teliti, dgn cermat atau hati-hati, secara terperinci: dia tahu apa yg perlu dilakukannya secara ~ tanpa menyinggung sesiapa; 7. tidak langsung atau terang-terangan tetapi dalam atau tajam maksudnya (bkn percakapan, sindiran, dll); sindiran yg ~ sindiran yg tidak terang-terang (tersembunyi atau secara berkias); perintah ~ perintah dlm bentuk nasihat (tidak terang-terang); 8. tidak garau tetapi tinggi (bkn suara dll): suaranya ~; 9. tidak dapat dilihat (diraba) spt roh; orang ~ orang bunian; suara ~ a) suara yg tinggi; b) ilham; halus-halus dgn meneliti segala butir yg berkaitan, dgn teliti, secara terperinci: undang-undang yg telah didebat serta difikir ~ oleh ahli-ahli parlimen yg dipilih oleh rakyat; berhalus (bercakap dsb dgn) bersopan-santun, berlembut: kalau bercakap biarlah ~ sedikit; menghalusi 1. memperlakukan dll dgn halus (tidak dgn keras dll): budak nakal itu tidak boleh dihalusi sepanjang masa; 2. menipu dgn cara yg sangat licin; ~ musuh menipu musuh; 3. mengkaji (menyiasat, menyelidiki, memeriksa) dalam-dalam atau secara terpe-rinci: perkara itu tidak perlu dihalusi lagi; sesudah kita rakamkan rumus-rumus yg di atas, kita perlu ~ beberapa perkara lagi; menghaluskan menjadikan halus; memperhalus 1. menjadikan lebih halus: ia ~ alis matanya; 2. menjadikan lebih sempurna: cara penyampaiannya perlulah diperhalus, disisip dan dijalin melalui bahasa atau dialog yg menarik; kehalusan keadaan yg halus (perbuatan, sifat dll): ~ bahasa; penghalusan perihal (perbuatan dsb) menghalusi, menghaluskan, atau memperhalus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perli | sindiran, ejekan, cemuhan: kata-kata ~ itu kian lama kian terasa menggores hatinya; memerli, memperli 1. menyindir, mengejek, mencemuh: kalau isterinya ~ begitu, lebih-lebih lagi mempermainkan soal agama, sudah tentu tapak kaki naik ke mukanya; 2. menyindir seseorang: dia berasa jengkel kerana abangnya ~nya; memperlikan mempersendakan sesuatu: Siti Salina kali ini ~ bahasa Melayu Kurupaya itu; perlian ark perli, sindiran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kias I | Ar 1. ibarat, teladan atau pengajaran (yg terkandung atau ternyata dlm cerita dll): disiarkan cerita-cerita yg (di dalamnya) penuh ~, ibarat dan pengajaran; 2. teguran yg tidak dgn terus-terang, sindiran; 3. perbandingan dgn contoh yg telah ada atau dgn hal yg telah berlaku: ulama-ulama itu menjalankan tugas mereka dgn berdasarkan Quran, hadis, ~ dan ijmak; mengambil ~ mengambil contoh (teladan); ahli ~ ahli hukum Islam yg berdasarkan kias; manusia tahan ~, binatang tahan palu prb manusia boleh diajar dgn sindiran sahaja tetapi binatang hendaklah dipukul; berkias berkata-kata dgn menggunakan kias (sindiran), beribarat: aku tak pandai ~, tak pandai beribarat; berkias-kiasan sindir-menyindir: Hajah Sainah turut ~ utk mengusik anak angkatnya; mengias 1. menyindir: tidak aku sangka budak semuda itu pandai benar ~; 2. memperbandingkan dgn perkara yg telah ada atau telah berlaku: khalifah-khalifah itu menyelidiki hukum-hukum bagi perkara baru itu dgn jalan dikias dgn sesuatu hukum yg seumpamanya; kias-mengias berkias-kias, sindir-menyindir; mengiasi menyindir kpd; mengiaskan 1. mengenakan kias (perbandingan, persamaan) pd: ~ satu fasal undang-undang kpd suatu keadaan yg tertentu; 2. menunjukkan (mengemukakan) sesuatu dgnperbandingan (persamaan), mengibaratkan: pepatah Inggeris ~ orang bodoh yg banyak cakapnya sbg tong yg tidak berisi; 3. membuat sindiran (ibarat dll) yg ditujukan kpd: ayahnya pernah juga ~ kpd dia supaya membuat amal ibadat; kiasan 1. pertimbangan (perhitungan) mengenai sesuatu perkara dgn perbandingan (persamaan) perkara yg lain; 2. ibarat, perumpamaan; 3. sindiran; 4. pengajaran atau contoh (yg terdapat dlm cerita dll), teladan; 5. lambang; 6. a) = erti ~ erti yg tersembunyi (lain drpd erti yg ternyata); b) = kata ~ kata yg mengandungi (mempunyai) erti kiasan; berkiasan memakai (menggunakan) kiasan, mengandungi kiasan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
insinuation | n 1. indirect, unpleasant suggestion, sindiran; make an ~, membuat sindiran, menyindir: how dare you make such ~s!, berani kamu menyindir begitu!; 2. act of insinuating, menyindir: she managed, by ~, to ruin the girls reputation, dgn menyindir, dia berjaya merosakkan nama baik gadis itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
hit | 3. verbal blow, sindiran: the remarks were a ~ at the elite, kata-kata itu merupakan sindiran thdp golongan elit; 4. a success, (approp n +) /kegemaran ramai, kesukaan ramai, popular/: the new fashion was an immediate ~ with the teenagers, fesyen baru itu menjadi popular di kalangan muda-mudi; La Bamba is quite a ~ with young and old, La Bamba merupakan lagu kegemaran ramai di kalangan tua muda; make a ~ with, dikagumi: the singer made a ~ with the audience, penyanyi itu dikagumi para penonton; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
lampoon | n tulisan sindiran, lampoon; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
gibe | n ejekan, sindiran: schoolboy ~s can be hurtful, ejekan budak sekolah boleh melukakan hati; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
insinuating | adj suggesting by innuendo, menyindir; ~ remark, sindiran; make an ~ remark, menyindir: she made ~ remarks about his past, dia menyindir ttg masa lampau lelaki itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
innuendo | n sindir(an): the speech was full of ~es, ucapan itu penuh dgn sindiran. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
half-truth | n (derog) partly true statement, kenyataan yg separuh benar: a newspaper article full of innuendoes and ~s, artikel surat khabar yg penuh sindiran dan kenyataan separuh benar. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
broad | 6. general, umum: in its ~est sense..., dlm pengertiannya yg paling umum...; a ~ rule of grammar, peraturan tatabahasa yg umum; a ~ distinction, perbezaan yg umum; 7. main, essential, umum: the ~ facts are as follows,<.i> fakta yg umum adalah spt yg berikut; 8. plain, clear, jelas, nyata: a ~ hint, sindiran yg jelas; 9. outspoken, terus terang: a ~ manner, caranya yg terus terang; 10. coarse, indelicate, kurang senonoh: ~ jokes, jenaka yg kurang senonoh; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
pameo | pameo | Kesusasteraan | Puisi | Hasil ciptaan penyair yang sarat dengan unsur-unsur atau nada nada sindiran ataupun ejekan. Sindiran itu diresapkan dalam baris baris puisi secara tidak langsung, namun kesannya cukup tajam. Contohnya, puisi "Malang Pak Kaduk" dalam Bunga Gerimis. Aduhai malang Pak Kaduk! Ayamnya menang kampung tergadai ! Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran! Mudik menongkah surut, Hilir menongkah pasang! Ada isteri dibunuh,Nyai-is mati oleh tak makan! Masa belayar kematian angin, Sudah dilabuh bayu berpuput, Ada rumah bertandang duduk! |
sarcasm | sindiran | Kesusasteraan | Tiada | Perkataan yang digunakan (diucapkan) untuk mengata orang lain secara tidak berterus terang. Kata-kata biasanya berbentuk kejian, ejekan, celaan, mengandungi kata-kata yang pahit, tajam dan melukakan. Sakarsme ialah bentuk ironi yang amat melampau bertujuan untuk menyakitkan perasaan orang lain. Unsur sindirin ditemui dalam semua genre sastera. Dalam budaya Melayu, sindiran ditemui dalam bentuk perumpamaan atau tamsilan. Lihat juga ironi. |
wit | wit | Kesusasteraan | Tiada | Kenyataan yang bijak, lucu serta berunsur sindiran sebagai respons terhadap sesuatu situasi. |
satire | satira | Kesusasteraan | Puisi | Corak puisi yang berupa kecaman, cemuhan atau sindiran tetapi disampaikan secara halus dan kesannya amat tajam. Contohnya. seperti pantun di bawah. Dalam semak ada duri, Ayam kuning buat sarang; Orang tamak selalu rugi, Bagai anjing dengan bayang. |
antiphrasis | antifrasis | Kesusasteraan | Tiada | Penggunaan perkataan atau frasa yang berunsur ironis, sindiran, satira atau humor untuk menyampaikan sesuatu maksud yang bertentangan. |
aphorism | aforisme | Kesusasteraan | Tiada | Ungkapan ringkas yang mengandungi nasihat, panduan dan sindiran seperti bidalan atau pepatah. |
allegory | alegori | Kesusasteraan | Puisi | Gaya penyampaian puisi melalui unsur bahasa perbandingan dan sindiran. Gagasan atau isi lazimnya mengandungi nilainilai moral tentang kehidupan. |
carmen | karmen | Kesusasteraan | Puisi | Baris pertama puisi berperanan sebagai pembayang yang mengandungi nada sindiran. Contohnya, Banyak udang banyak garam, Banyak orang banyak ragam. |
meiosis | ungkapan merendah | Kesusasteraan | Puisi | Gaya pengucapan penyair dalam menyampaikan sesuatu pandangan, gurauan atau sindiran. Penyair mengucapkannya dengan gambaran yang lebih kecil daripada yang sebenarnya supaya gurauan itu tidak begitu keras mengenai sasarannya. Contohnya, baris kedua, rangkap pertama dalam puisi berjudul "Sepasang Tubuh" karya Wan A. Rafar di bawah dapat dikatakan ungkapan merendah yang bersifat gurauan. Sinonim miosis. aku adalah rakyatmu yang lebih kecil dari seekor semut |
burlesque | burlesk | Kesusasteraan | Tiada | Komposisi tentang subjek serius yang disampaikan dalam bentuk lucu atau sindiran. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
sindir | sindiran sindian. | kedayan | |
tidak | kias; 1 ibarat; 2 teguran yg tidak dgn terus-terang, sindiran; 3 contoh yg telah ada, berbandingan dgn hal-hal yg telah berlaku: pigek kuman ~ mengambil kias drpd; tenawan tahan ~, benateang tahan pepah (manusia tahan kias, binatang tahan palu) prb manusi | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
omet Tb | satu permintaan khas daripada pihak perempuan secara sindiran. | Tomuk tidak terus bersuara. Dia menjeling Toksin yang masih menunduk itu. "Ini omet aku," katanya sambil melurut rambutnya yang separuh kusut itu. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bandat Ib | sejenis permainan terup. | Umbai berasa semakin keliru semakin banyak kali dia menjawab sindiran dan ajakan orang-orang di sekeliling hamparan tikar tempat mereka bermain bandat itu. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Parsi.indb hojūm, yūresh( شروي ،موج ُ ـه )hojūm bordan( ندرب موجـه )hedāyat, rahbarī( ىربهر ،تياده naik darah, sangat marah hoki gurun, padang pasir mortar hotel lapan belas kelapan belas perpisahan tulisan sindiran serangan berkejar, menerkam hidayat, pimpinan, bimbingan rabid hockey desert mortar hotel eighteen eighteenth separation lampoon attack to rush guidance, leading Kamus Parsi.indb 153 5/18/11 9:02 AM
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
sindiran | [sin.di.ran] | سينديرن |
sindir-sindiran | [sin.dir.sin.di.ran] | سيندير-سينديرن |
B.Melayu |
B.Inggeris |
B.Parsi |
Sebutan |
tulisan sindiran | lampoon | هَجو | hajv |
|
|