Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Novel ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jauh panggang dari api.

Takrif

Jawapan atau sindiran yang tidak tepat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menyinggung mata bisul orang.

Takrif

Menyakiti hati seseorang dengan sindiran (perkataan, perbuatan dan sebagainya) dalam sesuatu pertemuan. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggetil puncak kedal orang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menggetil puncak kedal orang.

Takrif

Menyakiti hati seseorang dengan sindiran (perkataan, perbuatan dan sebagainya) dalam sesuatu pertemuan. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyinggung mata bisul orang). getil = mencubit; kedal = kudis.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Telinga terbakar muka menyala.

Takrif

Lekas marah kerana mendengar sindiran atau kecaman.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kena pukul di punggung (= di pantat), gigi habis tanggal.

Takrif

Sindiran (jawapan) yang tepat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Manusia tahan kias, binatang tahan palu.

Takrif

Mengajar manusia dengan sindiran, mengajar binatang dengan pukulan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lemah-lembut santan berlada.

Takrif

Perkataan yang lemak manis tetapi berisi sindiran yang pedas.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tak ada guruh pada orang pekak, tak ada kilat pada orang buta.

Takrif

Kias dan sindiran tidak ada ertinya bagi orang yang bodoh.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Binatang tahan palu, manusia tahan kias.

Takrif

Mengajar binatang dengan pukulan, mengajar manusia dengan kiasan atau sindiran.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
sindir
Kata Terbitan : menyindir, sindiran,