Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Majalah ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pucuk panggang digigit liat, Kelekati dalam perahu; Halus pandang boleh dilihat, Halus di hati siapa tahu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Saya bertemu Kuala Halus, Rumah dinaik di dalam puan; Badan saya semadi kurus, Bawa berahi denganmu tuan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Raja Ainon jalan ke selat, Pulau Pinang pasirnya halus; Air kuminum terasa kelat, Usahkan kenyang bertambah haus.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang mengail tepi pantai, Dapat seekor ikan todak; Sungguh halus sutera cindai, Kalau buruk terbuang juga.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Gajah mina hitam di laut, Tujuh hasta panjang gading; Halus pinggangnya bagai diraut, Susahkan cari bakal banding.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dibuang akan ke tengah laut, Dipungut oleh raja Maiskol; Halus pinggangnya bagai diraut, Rambutnya panjang hujung bersimpul.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Talang wak talang jauh di laut, Tempat nan budak berdagang telur; Halus juak pinggang bagai diraut, Tuan laksana si kembang melur.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Perahu belayar menyusur arus, Patah kemudi susur di pantai; Baik cari cindai yang halus, Alah beli menang dipakai.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Cik Mat masuk ke bilik, Singgah ambil pasak perahu; Sudah kulihat lagi kubelek, Halus kasar sudah kutahu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak siapa terbatuk-batuk, Perut buncit nampak mengantuk; Kalau pancing ikan betuk, Kailnya halus baru dipatuk.
1
Tesaurus
 
halus (adjektif)
1. Bersinonim dengan kecil: seni, renik,
Berantonim dengan kasar

2. Dalam konteks kulit
bersinonim dengan licin, gebu, lembut, rapi, elok,
Berantonim dengan kesat

3. Dalam konteks kelakuan
bersinonim dengan bersopan, bersantun, bersopan santun, beradab, bertertib, elok, baik, lemah lembut, halim,
Berantonim dengan kasar

4. Dalam konteks kerja
bersinonim dengan rapi, sempurna, kemas, cermat, teliti, elok, bagus,
Berantonim dengan gabas

5. Dalam konteks sindiran
bersinonim dengan tidak langsung, tidak terus terang, berlapik, beralas,

6. Dalam konteks suara
bersinonim dengan lembut, lunak, merdu, gemersik, indah, sedap,
Berantonim dengan garau

Kata Terbitan : halus-halus, berhalus, menghalusi, menghaluskan, kehalusan,

Puisi
 

Saya bertemu Kuala Halus,
     Rumah dinaik di dalam puan;
Badan saya semadi kurus,
     Bawa berahi denganmu tuan.



Lihat selanjutnya...