Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Majalah ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Karyawan
Ismail Abdullah - Dewan Bahasa dan Pustaka
perguruan, Ismail ditugaskan mengajar di beberapa buah sekolah di Kuala Terengganu dari tahun 1968 hingga 1972. Pada tahun 1973 beliau menyambung pendidikannya di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang seni halus dan sastera sehingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera. Beliau kembali mengajar di Terengganu setelah selesai pengajiannya di universiti sehingga penghujung tahun 1979. Kemudian beliau bertugas di Maktab Perguruan Kota Bharu, Kelantan sebagai pensyarah seni. Setahun kemudian, Ismail mendapat peluang menyambung pengajian di peringkat Sarjana Seni Halus (M.F.A.) di Rochester Institute of Technology, Rochester, New York, Amerika Syarikat, dalam bidang fotografi seni halus. Sekembalinya ke tanah air pada tahun 1983, beliau berkhidmat di Pusat Pengajian
Zakaria Ali - Dewan Bahasa dan Pustaka
Texas, Amerika Syarikat, selama empat tahun atas Biasiswa Yayasan Tunku Abdul Rahman, Yayasan Asia dan The Teele Foundation of Southwestern University dan berjaya menerima Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seni halus pada Mei 1972. Beliau kemudiannya memperoleh Ijazah Sarjana di Stephen F. Austin State University pada Ogos 1973 dan Ijazah Sarjana dalam pengkhususan sejarah seni di Universidad de las Americas, Puebla juga pernah menjadi penasihat kepada pelajar-pelajar tahun akhir untuk projek seni dan latihan ilmiah dan menyelia sejumlah calon Sarjana dan Doktor Falsafah. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Bahagian Seni Halus pada tahun 1982 hingga tahun 1984 dan tahun 1989 hingga tahun 1991. Di samping itu, Zakaria juga pernah menjadi Timbalan Pengarah Pusat Seni pada tahun 1983 hingga 1984 serta pernah
Asmaranda - Dewan Bahasa dan Pustaka
dan akhbar tanah air. Cerpen-cerpen beliau kebanyakannya bertolak daripada lingkaran kehidupan manusia pinggiran atau golongan bawahan. Beliau mengakui bahawa kehidupan golongan ini begitu mencuit hati kecilnya, seolah-olah panggilan halus itu tidak dapat dihindari. Oleh itu tidak hairanlah beliau memilih nama "Asmaranda", suatu nama yang sering ditemui dalam cerita-cerita Panji Jawa untuk karya kreatifnya. Bagi beliau, "Asmaranda" ialah manusia
A. Ghafar Ibrahim - Dewan Bahasa dan Pustaka
Writing Program, University of lowa, Amerika Syarikat dari Oktober 1974 hingga Mac 1975. Selepas itu, beliau sekali lagi telah berangkat bersama-sama keluarganya ke Amerika Syarikat untuk mengikuti pendidikan Seni Halus di College of Visual dan Performing Arts atas tajaan MARA. Pada tahun 1976, beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Seni dari Northern Illinois University. Ijazah Sarjana Sastera pula diperoleh dari Eastern
Matlob - Dewan Bahasa dan Pustaka
Siri Adventur BOLTAM) - Surat Rahsia . Singapura: Pustaka Nasional, 1970. - Hantu-hantu Laut. Singapura: Pustaka Nasional, 1971. - Anjing Polis. Singapura: Pustaka Nasional, 1971. - Siapa Jadi Johan. Singapura: Pustaka Nasional, 1971. - Orang Halus Bukit Titiwangsa. Singapura: Pustaka Nasional, 1972. - Pemancing Udang Galah. Singapura: Pustaka Nasional, 1973. - Rahsia Hospital Buta. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1977. - Rahsia Pulatala . Kuala Lumpur: Penerbit Fajar
Usman Awang - Dewan Bahasa dan Pustaka
organisasi penulis tanah air, sumbangan dan penyertaan Usman Awang amat dirasakan. Beliau banyak terlibat secara aktif dalam banyak aktiviti penulis. Beliau bukan saja hidup sebagai pencipta karya yang asli dan halus, malah sebagai penggerak yang berani kepada ramai penulis muda. Sejak tahun 1950-an, beliau merupakan salah seorang pengasas Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM), Setiausaha ASAS 50 di Singapura dan Ketua
1
Tesaurus
 
halus (adjektif)
1. Bersinonim dengan kecil: seni, renik,
Berantonim dengan kasar

2. Dalam konteks kulit
bersinonim dengan licin, gebu, lembut, rapi, elok,
Berantonim dengan kesat

3. Dalam konteks kelakuan
bersinonim dengan bersopan, bersantun, bersopan santun, beradab, bertertib, elok, baik, lemah lembut, halim,
Berantonim dengan kasar

4. Dalam konteks kerja
bersinonim dengan rapi, sempurna, kemas, cermat, teliti, elok, bagus,
Berantonim dengan gabas

5. Dalam konteks sindiran
bersinonim dengan tidak langsung, tidak terus terang, berlapik, beralas,

6. Dalam konteks suara
bersinonim dengan lembut, lunak, merdu, gemersik, indah, sedap,
Berantonim dengan garau

Kata Terbitan : halus-halus, berhalus, menghalusi, menghaluskan, kehalusan,

Puisi
 

Saya bertemu Kuala Halus,
     Rumah dinaik di dalam puan;
Badan saya semadi kurus,
     Bawa berahi denganmu tuan.



Lihat selanjutnya...