Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Majalah ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Kalau dikau pergi meramu, Carilah kayu nan lurus-lurus; Kalau dikau menuntut ilmu, Carilah ilmu yang halus-halus.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Adat Melayu tegaknya lurus, Bercakap lurus berkata benar; Sifat Melayu hendaklah halus, Adab halus pantang mengasar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Pucuk panggang digigit liat, Kelekati dalam perahu; Halus pandang boleh dilihat, Halus di hati siapa tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baju hitam berketam halus, Mari tersangkut di alang panjang; Tubuh adik nan hitam halus, Seri gemala banjar yang halus.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tali halus untuk pembalut, Galah juga akan meretasnya; Kami lurus diajar belut, Allah juga akan membalasnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Apa tanda kain pelekat, Raginya halus dibentang Iebar; Apa tanda pemimpin rakyat, Budinya halus orangnya sabar.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Apa tandanya si batang tebu, Batang tebu halus uratnya; Apa tandanya orang berilmu, Orang berilmu halus sifatnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Adat berbicara berhalus-halus, Adat bermuafakat berhemat cermat; Adat bersaudara berlurus-lurus, Adat berkerabat ingat-mengingat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Saya bertemu Kuala Halus, Rumah dinaik di dalam puan; Badan saya semadi kurus, Bawa berahi denganmu tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ada buluh diraut-raut, Diraut halus dibuat tikar; Jika hendak pergi melaut, Lupa jangan kemudi dan layar.Pantun Melayu SarawakNasihat
Tesaurus
 
halus (adjektif)
1. Bersinonim dengan kecil: seni, renik,
Berantonim dengan kasar

2. Dalam konteks kulit
bersinonim dengan licin, gebu, lembut, rapi, elok,
Berantonim dengan kesat

3. Dalam konteks kelakuan
bersinonim dengan bersopan, bersantun, bersopan santun, beradab, bertertib, elok, baik, lemah lembut, halim,
Berantonim dengan kasar

4. Dalam konteks kerja
bersinonim dengan rapi, sempurna, kemas, cermat, teliti, elok, bagus,
Berantonim dengan gabas

5. Dalam konteks sindiran
bersinonim dengan tidak langsung, tidak terus terang, berlapik, beralas,

6. Dalam konteks suara
bersinonim dengan lembut, lunak, merdu, gemersik, indah, sedap,
Berantonim dengan garau

Kata Terbitan : halus-halus, berhalus, menghalusi, menghaluskan, kehalusan,

Puisi
 

Saya bertemu Kuala Halus,
     Rumah dinaik di dalam puan;
Badan saya semadi kurus,
     Bawa berahi denganmu tuan.



Lihat selanjutnya...