Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Majalah ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Glosari Dialek JohorGlosari Dialek KedahGlosari Dialek KelantanGlosari Dialek Negeri SembilanGlosari Dielek MelakaGlosari Dialek PahangGlosari Dialek Pulau Pinang
Entri Fonetik Kelas Kata Makna Ayat Dialek Sebutan Ayat Maksud Ayat
pencok nenas[p«n.tSo/ n«.nAs]1. , timun, dan lada yang dihiris halus dan dicampur, dibubuh cuka dan garam. 2. sejenis sambal belacan yang dicampur nanas dan digaul dengan sedikit daun selasih.
bebotok[b«.bo.to/]kata namasejenis lauk daripada ikan yang dibubuh rempah, kerisik, daun kunyit yang dimayang halus dan dibungkus dengan beberapa jenis pucuk daun seperti pucuk ubi, pucuk kaduk dan lain-lain. Ikan yang disalut rempah dan pucuk-pucuk itu dibungkus dengan rapi dengan
kue terap[ku.we t«.ÄAp]sejenis kuih yang dibuat daripada campuran tepung kacang hijau (yang telah digoreng minyak) dan gula halus yang diembunkan terlebih dahulu sebelum dicetak dan dijemur di tengah panas matahari, putu kacang; koye.
koye[ko.j«]kata namasejenis kuih yang dibuat daripada campuran tepung kacang hijau (yang telah digoreng tanpa minyak) dan gula halus yang diembunkan terlebih dahulu sebelum diterap dan dijemur di tengah panas matahari, putu kacang; kue terap.
singgang serani[siN.gAN s«.ÄA.ni]sejenis masakan ikan, kuahnya daripada bawang, halia, kunyit hidup, dan sedikit belacan yang kesemuanya ditumbuk halus dan ditumis, dibubuh air asam jawa dan serai titik dan boleh juga dibubuh dua tiga biji lada hitam.
ntok-ntok[nt/.nt/]kata namasejenis makanan yang dibuat daripada kelapa parut, ketumbar, jintan, ikan bilis atau udang kering yang ditumbuk halus. Adunan tersebut digaul dengan kuning telur sebelum dibentuk bulat-bulat dan dicelup putih telur lalu digoreng.
begedel[b«.g«.del]kata namasejenis makanan yang dibuat daripada kentang rebus yang dilecek, dibubuh kayu manis, bunga lawang, cengkih dan udang kering yang ditumbuk halus, daun saderi dan daun bawang digaul dengan kuning telur dibentuk bulat-bulat dan dicelup dalam putih telur dan
tembose[t«m.bo.s«]kata namasejenis kuih seperti karipap yang berbentuk bulat dan berintikan daging, kentang, bawang besar yang dipotong dadu, dan daun saderi yang dihiris halus, kemudian ditumis dengan bawang-bawang dan rempah.
selayang pandang[s«.lA.jAN pAn.dAN]sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum yang diuli dan dicanai, disapu dengan minyak kacang dan tepung sagu. Adunan ini digulung ketat-ketat, dipotong dan digelek sebelum digoreng. Akhirnya gorengan tersebut ditabur dengan gula halus.
1
Tesaurus
 
halus (adjektif)
1. Bersinonim dengan kecil: seni, renik,
Berantonim dengan kasar

2. Dalam konteks kulit
bersinonim dengan licin, gebu, lembut, rapi, elok,
Berantonim dengan kesat

3. Dalam konteks kelakuan
bersinonim dengan bersopan, bersantun, bersopan santun, beradab, bertertib, elok, baik, lemah lembut, halim,
Berantonim dengan kasar

4. Dalam konteks kerja
bersinonim dengan rapi, sempurna, kemas, cermat, teliti, elok, bagus,
Berantonim dengan gabas

5. Dalam konteks sindiran
bersinonim dengan tidak langsung, tidak terus terang, berlapik, beralas,

6. Dalam konteks suara
bersinonim dengan lembut, lunak, merdu, gemersik, indah, sedap,
Berantonim dengan garau

Kata Terbitan : halus-halus, berhalus, menghalusi, menghaluskan, kehalusan,

Puisi
 

Saya bertemu Kuala Halus,
     Rumah dinaik di dalam puan;
Badan saya semadi kurus,
     Bawa berahi denganmu tuan.



Lihat selanjutnya...