Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
apakah perbezaan makna perkataan cincang dan cencang?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, cencang bermaksud tetak kecil-kecil atau halus-halus (dengan parang, golok, dll). Cincang juga mempunyai maksud yang sama dengan cencang, iaitu  tetak kecil-kecil atau halus-halus (dengan parang, golok, dll). Maksud cincang yang lain ialah 1. sj tumbuhan (pokok), cungkil, kabau, semincang, terentang bulit, Allophylus glaber; 2. sj tumbuhan (pokok), cungkil, belakang ular, leban bunga, tumbit kayu, Allophylus ternatus.Makna03.04.2012
APAKAH MAKSUD PERKATAAN "KERSIK"Kersik bermaksud pasir kasar atau batu kerikil yang halus-halus.Makna07.02.2009
Apakah maksud: 1. Tetupai 2. Rerambut terima kasih..Tetupai ialah kepingan kayu, logam dan lain-lain untuk menyokong,  menyambung atau megukuhkan sambungan. Selalunya tetupai digunakan dalam membina rumah. Rerambut ialah saluran darah yang halus-halus, atau sesuatu yang menyerupai rambut.Tatabahasa18.06.2014
Apakah ejaan yang betul dan makna yang betul, adakah serondeng atau serunding?Ejaan yang betul ialah serondeng yang bermaksud makanan yang dibuat daripada kelapa parut yang digoreng atau makanan yang dibuat daripada daging (ikan, udang dan sebagainya) yang disiat halus-halus dan dimasak dengan santan dan rempah-rempah hingga kering.Ejaan20.06.2018
apakah itu nasi malukut?? benarkah ianya wujud dan menjadi makanan tradisi di sesuatu tempat??Nasi malukut tiada dalam sumber rujukan DBP yang ada hanya hanyalah malakut (bermaksud alam atau tempat malaikat dan roh/kerajaan) dan melukut (bermaksud pecahan beras yg halus-halus)Makna01.11.2007
bihun= sejenis mi yang halus yang dibuat daripada tepung beras. mihun= makanan yang dibuat daripada tepung beras yang bentuknya halus panjang (lebih halus daripada laksa): ~ goreng; ~ sup. Berdasarkan definisi bihun dan mihun, adakah kedua-duanya boleh digunakan?Kedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa11.05.2010
apakah yang dimaksudkan dengan bahasa halus dan bahasa kasar?contoh-contoh bahasa halus dan bahasa kasar?apakah ciri-ciri bahasa halus dan bahasa kasar?dan apakah kesan dalam kehidupan masyarakat kita.memandangkan negara kita semakin maju dan moden dan berada pada alaf baru,agak berbeza penggunaannya dalam kehidupan pada masyarakat sekarang.dan bagaimana ianya dikategorikan memandangkan negara kita ini merupakan negara yang berbilang kaum, berbilang agama dan juga bangsa.Bahasa halus yang saya fahami  lebih ditumpukan kepada kesantunan berbahasa, bahasa halus juga kadang-kala merujuk kepada bahasa istana. Bahasa kasar pula lazimnya digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dakam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk mendapatkan penerangan yang lebih sila dapatkan buku Prof. Dr. Asmah Hj. Omar yang telah mengupas agak panjang tentang kesantunan berbahsa dan sila buat kajian/penyelidikan dengan  mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber.  Lain-lain20.07.2010
antara mihun degan bihun, ejaan mana yang betul? bolehkah kita mulakan ayat dengan Sebagai contohnya/Conthnya ?
Mihun ialah makanan yang dibuat daripada tepung beras yang bentuknya halus panjang (lebih halus daripada laksa).
Bihun ialah sejenis mi yang halus yang dibuat daripada tepung beras. Berdasarkan definisi bihun dan mihun, kedua-dua ejaannya betul. Sebagai contohnya tidak boleh digunakan pada permulaan ayat manakala contohnya boleh digunakan pada permulaan ayat tetapi perlu ada kesinambungan daripada ayat sebelumnya.

Lain-lain27.08.2015
Tudung sutera yang dihadiahkan oleh Karina ini memang___________. A lembut B halus (tuan, jawaban ialah A..tetapi saya kekeliruan kerana halus juga membawa maksud 3. tidak kesat (kasap), lembut, licin) TQKedua-dua perkataan, iaitu halus dan lembut boleh digunakan dalam ayat tersebut. Makna22.08.2011
1. APAKAH PERKATAAN SEERTI DENGAN PERKATAAN SOFISICATED DAN MAKSUDNYA. 2. JIKA ADA BAGAIMANA EJAAN YANG TEPAT.Maksud sofistikated ialah mempunyai cita rasa yang tinggidan halus, bersifat kompleks dan halus. Perkataan lain ialah canggih. Ejaannya sofistikated dan canggih.Makna22.09.2008
Tesaurus
 
halus (adjektif)
1. Bersinonim dengan kecil: seni, renik,
Berantonim dengan kasar

2. Dalam konteks kulit
bersinonim dengan licin, gebu, lembut, rapi, elok,
Berantonim dengan kesat

3. Dalam konteks kelakuan
bersinonim dengan bersopan, bersantun, bersopan santun, beradab, bertertib, elok, baik, lemah lembut, halim,
Berantonim dengan kasar

4. Dalam konteks kerja
bersinonim dengan rapi, sempurna, kemas, cermat, teliti, elok, bagus,
Berantonim dengan gabas

5. Dalam konteks sindiran
bersinonim dengan tidak langsung, tidak terus terang, berlapik, beralas,

6. Dalam konteks suara
bersinonim dengan lembut, lunak, merdu, gemersik, indah, sedap,
Berantonim dengan garau

Kata Terbitan : halus-halus, berhalus, menghalusi, menghaluskan, kehalusan,

Puisi
 

Saya bertemu Kuala Halus,
     Rumah dinaik di dalam puan;
Badan saya semadi kurus,
     Bawa berahi denganmu tuan.



Lihat selanjutnya...