Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KEKUATAN MUKTAMAD | Kekuatan muktamad lihat Kekuatan bahan. | UMUM | |
KEKUATAN BAHAN | Kekuatan bahan ialah istilah yang digunakan oleh jurutera untuk menerangkan jumlah daya yang dapat dirintang oleh bahan tertentu. Jurutera juga menggunakan istilah ini untuk menerangkan bentuk dan saiz bahan boleh berubah akibat tekanan yang dikenakan terhadapnya. Selain itu, kekuatan bahan ialah suatu cabang kejuruteraan yang membincangkan kajian tentang pelbagai daya dan sifat bahan yang membolehkannya merintang daya sedemikian. | UMUM | |
MAGNETOMETER | Magnetometer ialah alat yang mengukur kekuatan medan magnet. Magnetometer paling ringkas dapat mengukur medan magnet yang berdekatan dengan motor elektrik atau kutub magnet. Magnetometer begini mempunyai gelungan wayar yang kecil. Apabila gelungan itu digerakkan melalui medannya, maka terhasillah voltan elektrik dalam gelungan itu. Voltan ini menandakan kekuatan medan magnet itu. | UMUM | |
MAGNITUD RICHTER | Magnitud Richter ialah angka yang menunjukkan kekuatan gempa bumi. Ahli-ahli sains mengira magnitud Richter dengan menggunakan maklumat yang diperoleh daripada seismograf, sejenis alat yang merakam pergerakan bumi. Ahli seismograf Amerika (ahli sains yang mengkaji gempa bumi), Charles F. Richter, telah membangunkan sistem ini untuk mengukur kekuatan gempa bumi pada tahun 1935. Kadangkala sistem ini dikenali sebagai skala Richter. | UMUM | |
SKALA RICHTER | Skala yang memberi gambaran kekuatan atau keamatan gempa bumi di seseatu tempat. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Alat/Alatan |
TANAH JERLUS | Longgokan pasir di permukaan bumi yang tidak mempunyai cukup kekuatan untuk menanggung beban di atasnya. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
OERSTED | Oersted ialah unit yang digunakan terutamanya untuk menyatakan keamatan kekuatan medan magnet yang disebabkan oleh arus elektrik dalam wayar. Satu oersted bersamaan 79.58 ampere permeter (lihat Ampere ). Unit ini mendapat namanya sempena nama Hans Christian Oersted, ahli fizik Denmark yang merintis kajian tentang elektrokemagnetan. Ia tergolong dalam sistem unit Gaussan, tetapi tidak dalam Sistem Antarabangsa yang lebih biasa digunakan. | UMUM | |
SINGA | Singa ialah sejenis kucing yang besar, kuat. Barangkali singa adalah anggota yang terkenal dalam famili kucing. Manusia ketakutan apabila mendengar ngauman singa dan berasa jadi takjub melihat kekuatan dan kehebatan rupanya. Singa dikenali sebagai raja haiwan, dan terkenal sebagai lambang kecantikan dan kekuatan. | UMUM | |
TEKANAN DARAH | Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan oleh darah terhadap dinding arteri. Jumlah tekanan ini bergantung pada kekuatan dan kadar kontraksi jantung, isi padu darah dalam sistem peredaran darah, dan keanjalan arteri. | UMUM | |
ARAB PURBA, KERAJAAN | Arab Purba, Kerajaan ialah kerajaan yang wujud sebelum kedatangan Islam yang saling berbeza daripada segi kekuatan dan kelemahan. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| kuat (adjektif) | 1. Bersinonim dengan gagah: berdaya, bertenaga, sasa, mampu, sanggup, boleh, Berantonim dengan lemah
2. Bersinonim dengan teguh: kukuh, tegap, tahan, Berantonim dengan rapuh
3. Bersinonim dengan cekal: tabah, tahan, sabar, Berantonim dengan lemah
4. Bersinonim dengan teruk: tenat, nazak, berat, Berantonim dengan ringan
5. Bersinonim dengan suka: gemar, kaki, candu, ketagih,
6. Bersinonim dengan pandai: bijak, cekap, mahir, cerdik,
| Kata Terbitan : sekuat-kuatnya, berkuat, berkuat-kuatan, menguatkan, memperkuat, kekuatan, penguatan, |
|
|